10

146 4 1
                                    

Setelah tiba di rumah, Puan Zarina terus menarik anaknya keluar dari kereta. Atirah tidak keluar, dia hanya duduk di dalam kereta. Puan Zarina mencengkam lengan anaknya.

"Kau melawan cakap aku ye! Apa yang hebat sangat perempuan tu sampai kau dah tergila-gila dekat dia? Kau cakap dengan aku! Kerana perempuan tu, kau lawan aku ni! " terus Hafzal ditabuhnya.

"Hafzal sayangkan dia umi... Hafzal cintakan dia.. " balas Hafzal perlahan. Lagi kuat dia kena penampar.

"Cinta? Sebesar mana cinta kau tu?  Agung sangat ke? " Puan Zarina menolak anaknya. Hafzal jatuh terduduk.

"Aku nak ajar kau cukup-cukup hari ni! Biar kau ingat! Kerana perempuan tu, kau sanggup sakitkan hati umi kau ni! " Puan Zarina mencapai getah paip di halaman rumah.

"Umi, Hafzal mintak maaf umi.. " Hafzal merayu tetapi tidak diendahkan oleh uminya.

Puan Zarina tanpa belas kasihan melibas tubuh Hafzal dengan menggunakan  getah paip itu berkali-kali. Hafzal hanya mampu menepis dengan tangannya. Sakit! Perit! Itu yang dia rasakan sekarang ni.

"Ampun umi.... Ampun... " rayu Hafzal. Puan Zarina tidak peduli. Dia terus melibas anaknya.

"Dasar anak tak kenang budi! " jeritnya. Nasib baik waktu itu Encik Rahman baru pulang.

"Ya Allah! Ina, apa awak buat ni" terus dia mendapatkan anaknya.

"Sudah Ina! " tengkingnya.

"Awak dah gila ke? Sanggup awak buat anak macam ni. Awak nak bunuh dia ke?"
Hilang sabar pulak Encik Rahman.

"Biarkan dia! Anak tak guna! "

"Kalau nak ajar dia pun, ajarlah cara baik. Cara yang terhormat, dulu bila dia tak ada, awak terhegeh-hegeh suruh dia balik. Tapi bila dia balik, awak buat dia macam ni pulak! " marah Encik Rahman.

"Kalau macam tu awak ajarlah anak awak ni. Ajar dia supaya jangan nak menggatal, jangan nak sesuka hati aje buat benda haram dekat luar" kata Puan Zarina sambil menunjal kepala anaknya berkali-kali.

"Awak ajarlah dia dengan cara baik. Saya ni kan jahat" sambungnya lalu masuk ke dalam rumah. Atirah terus memandu keluar keretanya dari halaman rumah selepas melihat insiden tadi.

"Bangun nak.. " Encik Rahman membantu anaknya bangun. Hafzal perlahan-lahan bangun sambil memegang belakangnya yang terasa pedih. Kesian Encik Rahman melihat keadaan anaknya, bibirnya lebam. Tangannya habis berbirat dan berdarah akibat dicengkam oleh uminya. Tergamak isterinya sanggup memukul anaknya sendiri.

"Dah, jom masuk. Ayah sapukan ubat ye" mereka bersama-sama beriringan masuk ke dalam rumah.

.......................-.........................

SURIANNA memegang tepi bibirnya yang sedikit lebam. Diana sedang tuamkannya.

"Ssstt.. Sakitlah.. Dahlah Di. Nanti lama-lama hilanglah.. " Surianna menolak perlahan tangan Diana.

"Hish, kau ni kan. Kalau aku tak tuam nanti bila nak hilangnya lebam tu. "

Surianna merasa tepi binirnya. Nampak sangat ke lebam tu.

"Kau ni, nampak sangat ke lebam kat muka aku ni? " soal Surianna.

"Kurang nampak, tapi orang boleh perasanlah lepastu kau sakit lagi" balas Diana.

"Macam mana aku nak jawab dengan family aku nanti " Surianna cemas. Dia takut dengan keluarganya, terutama ayah. Kalau ayah tahu yang ini kerja umi, tak pasal-pasal ayah pergi serang keluarga umi pulak. Nanti bermusuh pulak, taknaklah diorang sampai bermusuh kerana aku aje.

"Kau terus terang ajelah. Buat apa nak simpan derita kau tu? Sampai bila kau nak diam? Sampai hancur badan kau baru kau bukak mulut? " Diana memandang kawannya. Dia masih geram dengan tindakan Puan Zarina. Ikutkan sekarang juga dia mahu buat report polis. Dia sanggup menghadap keluarga Puan Zarina. Tetapi, dia cuma kesiankan Surianna saja nanti tak pasal-pasal kerana dia orang membenci Surianna.

"Hei.. Kau termenung apa tu? " Surianna menolak perlahan muka sahabatnya.

"Aku fikir pasal kau lah. Aku risau sebab kau ni jenis diam aje bila orang buat kau" Diana memandang simpati sahabatnya.

"Kalau teruk sangat takkanlah aku nak diam. Kau ni.. Emo sangatlah. " Surianna tersenyum.

"Tapi aku ni kesiankan kau. Aku tak nak orang buat macam ni kat kau! " Diana menggeleng.

"Habis tu, kau nak terus baliklah ni" soal Diana.

"Yelah, baliklah nanti. Takkanlah aku nak duduk rumah kau pulak, nanti tak pasal-pasal menangis pulak anak aku tu. Dia mana pernah berengang dengan aku" kata Surianna.

"Habistu, macam mana dengan kau? " soal Diana lagi.

"Macam mana apa? " Surianna tidak faham.

"Kau dengan Hafzal? " katanya.

"Nak buat macam mana, terpaksalah hadap. Dah satu ofis kan, kena jugaklah bertembung" selamba sahaja Surianna menjawab.

"Kalau aku, aku design terus. Cari tempat baru, tak payah nak hadap muka dia" protes Diana.

"Kau ni, takkanlah aku nak berhenti kerja kerana dia aje? Tak masuk akal langsung tau. Macam bodoh aje bunyinya. " Surianna ketawa.

"Hah! Bodohlah.. Nanti tak pasal-pasal kau kena hentam dengan bekas mak mentua kau tu. Nanti dia kata kau kacau anak dia pulak. Lagipun banyaklah kerja lain, kau pun bukannya tak pandai. Kau ada ijazah kan. Ramai ajelah tempat kerja lain nak terima kau" balas Diana.

"Biarlah Di. Aku dah selesa kerja kat situ. Nanti bila tukar kerja, banyak kerja kena buat. Malaslah aku" kata Surianna.

"Sejak bila kau malas ni? Sejak aku kenal kau, aku tak pernah tengok kau malas macam ni tau. Dah lah, aku nak masak. Kau jangan balik lagi, kau makan sini lah" kata Diana lalu menuju ke dapur.

"Nak aku tolong? "Surianna mengekorinya.
"Tak apa,kau duduk aje "

"Tak apalah, aku tolong kau.. "Surianna mengambil sayur yang dikeluarkan oleh Diana dari peti ais.

"Ok lah.. " balas Diana. Dia tahu, Surianna tidak senang kalau tengok dia buat kerja. Mesti dia akan tolong juga.

Cinta Yang TerhalangWhere stories live. Discover now