23

79 3 0
                                    

Hafzal mengelap peluh di dahi, dari dia pergi ke pasaraya hingga dia sampai di rumah semua dia yang buat kerja. Angkat barang, angkat itu.

Kesian pula Nurin melihat Hafzal, sampai hati Puan Zarina buat Hafzal begini.

"Hafzal, saya nak mintak maaf pada awak" ucap Nurin.

"Kenapa pulak? Awak tak ada buat apa-apa salah pun pada saya"

"Tak, saya dah menyusahkan awak. Dari tadi, awak aje yang angkat barang-barang ni. Saya kesian dengan awak" Nurin meluahkan rasa simpatinya.

"Alah, tak kisahlah awak. Takkan saya nak buat aje awak yang angkat semua tu" Hafzal tersenyum.

"Saya nak cakap sikit, tapi awak jangan marah ye.. " Nurin sempat memandang ke arah pintu rumah Puan Zarina.

"Apa dia? Cakaplah.. " balas Hafzal.

"Saya tak rasa niat umi awak tu baik" kata Nurin.

"Maksud awak? " Hafzal tak faham.

"Tak, saya tahu niat umi awak. Tadi, saya rasa dia sindir Surianna" Nurin memberitahu perkara yang dia rasa.

"Dia kata benda buruk pasal Suri ke? "

"Macam ni, tadi masa dekat pasaraya saya terjumpa Surianna. Tapi dari jauh aje, dan pada masa tulah umi awak asyik mengata aje pasal Surianna" jelas Nurin.

Hafzal terdiam, dia seperti memikirkan sesuatu.

"Saya tak nak kita terus macam ni" kata Nurin.

"Saya rasalah, umi saya dekatkan saya dengan awak semata-mata untuk sakitkan hati Suri " balas Hafzal.

"Entahlah. Saya kesian dekat awak, mesti nanti lagi benci Surianna pada awak. Saya kena juga berterus-terang pada umi awak pasal perasaan kita" Nurin bertekad.

"Tak apa, pasal tu nanti saya akan cuba cakap dengan dia. Memadailah saya nak buat macam mana pun" kata Hafzal.

Dia juga tidak setuju dengan cadangan uminya mahu menjodohkannya dengan Nurin. Bukan bererti dia tidak suka pada Nurin tetapi dia tiada hati pada Nurin. Cintanya hanya pada Surianna.

"Tak apalah, saya balik dulu dah lewat ni" Nurin meminta diri.

"Ok. Elok-elok drive"

Nurin hanya mengangguk sebelum masuk ke dalam kereta. Selepas kereta Nurin hilang dari pandangan, Puan Zarina mendekati anaknya.

"Amboi.. Rancaknya berbual. Suka umi tengok korang berbual" kata Puan Zarina dengan wajah yang manis.

"Kitaorang berbual-bual biasa aje umi. Yelah, kawan kan" balas Hafzal.

"Kawan aje? " Puan Zarina memandang anaknya.

"Yelah.. Nurin kawan Hafzal. Kenapa umi?" Hafzal kelihatan bingung.

"Haih, takkan kawan aje. Kamu ni kan, tak pandai langsung nak ambik hati si Nurin tu. Dia tu baik orangnya, kamu rapat dengan dia nanti boleh buat jadi isteri terus" selamba sahaja Puan Zarina berkata.

"Apa umi merepek ni? Umi, Hafzal dengan Nurin tu cuma kawan aje, kitaorang tak ada apa-apa pun. Dia pun anggap yang sama"jelas Hafzal.

Berubah muka Puan Zarina apabila Hafzal berkata begitu.

"Habis tu, kalau Hafzal tak nak dengan Nurin tu, Hafzal nak dengan siapa? Dengan perempuan tu?" mencerlung mata Puan Zarina memandang Hafzal.

Hafzal tidak menjawab.

"Hebat sangat ke perempuan tu? Sampai nak kejar-kejar sangat dia tu, umi tak kira umi nak jugak kamu kahwin dengan Nurin tu. Nurin aje yang layak jadi menantu umi, perempuan tu layak dekat tapak kaki umi aje! " hambur Puan Zarina.

Cinta Yang TerhalangWhere stories live. Discover now