Surianna melihat jam di tangan, sudah pukul 5:30 petang. Surianna melihat sekeliling, manalah si Diana ni? Kata nak datang tak datang datang lagi.
"Suri!! Sorry aku lambat! "
Hampir nak menjerit Surianna dibuatnya. Diana ni main terjah dari belakang aje!
"Kau ni kan, terkejut aku tau. Kalau aku ada lemah jantung macam mana? Silap-silap dah mati aku tadi" marah Surianna.
"Alah, sorrylah janganlah marah aku. But, again i'so sorry because i have emergency tadi" kata Diana lalu duduk di hadapan. Surianna.
"Yelah tu, emergency sangat"
"Eh, betullah kalau kau tak percaya kau tanya Ed. Kan Ed kita ada emergency kan?" Diana memandang Eddy yang duduk di sebelahnya untuk meminta penjelasan.
"Ye.. Kena saman aje" balas Eddy selamba. Diana terus menyiku lengan Eddy.
"Kena saman? Ya Allah macam mana korang buat ni? Ni mesti kes bawak laju ni kan? " Surianna memandang dua orang sahabatnya silih berganti.
"Kawan kau ni lah, dia bawak laju lepastu langgar lampu pulak" jelas Eddy.
"Kau ni kan Di, kau naik kereta Eddy tapi kau buat macam kereta kau punya. Kasian dia.. Habis tu, berapa korang kena? " soal Surianna.
"Dua ratus aje.. " balas Eddy.
"Dah bayar tak? Kalau belum nanti aku bank in kan kat kau"
"Eh, tak payahlah Suri. Aku dah bayar tadi, aku share dengan Di" kata Eddy.
"Sorry... " Diana buat muka kesian.
"Hish! Kalau kereta aku, aku suruh dia bayar semua berani buat berani tanggung" kata Surianna.
"Kejamnya kau! Sampainya hati kau "
"Sampai hati ke, dah sampai ke aku peduli apa? " Surianna buat muka selamba.
"Dah! Janganlah bergaduh. Sekarang ni perut aku dah lapar, aku nak makan. Can i take my order now? "Eddy mengangkat tangan untuk meminta pesanan.
"Emm korang hari Khamis ni datanglah rumah aku ye, aku ada buat majlis. Majlis birthday anak aku" jemput Surianna.
"Ye ke! Eeee tak sabarnya! Tak apa, nanti aku pergi celebrate birthday tu. Kalau kau nak masak apa-apa aku boleh tolong " ramah pula Diana ni.
"Eh, tak apalah. Kesian pulak kat kau nanti. Korang datang makan dah lah.. Lagipun aku ambik katering " balas Surianna.
"Oh! Tak apalah.. "
"Bekas mak mentua kau datang jugak ke? " Diana takut-takut bertanya.
Surianna diam seketika, memikirkan pasal bekas keluarga mentuanya. Dia tidak lagi jemput.
"Aku tak jemput lagi... " balas Surianna perlahan.
Diana dapat membaca apa yang dirasai oleh Surianna. Dia memegang tangan Surianna.
"Diorang tak boleh terima kau lagi? Maaflah aku tanya, kenapa diorang benci kau? " soal Diana. Marah nadanya, marah pada ibu mertua Surianna yang garang itu.
"Mak mentua aku tak pernah suka kat aku dari dulu lagi. Dia lagi membenci aku bila aku dengan Irham excident. Dia salahkan aku.. " Surianna terus bercerita. Sudah lama dia simpan perasaan dia ini. Air mata sudah kelihatan di tubir matanya."Memang tak boleh terima takdir betul! " marah Diana.
"Salah aku juga, aku yang suruh Irham pergi hospital. Sebab Afiq demam, dia cemas sangat masa tu.. " Surianna tidak dapat menahan kesedihan. Air matanya terus terhambur.
YOU ARE READING
Cinta Yang Terhalang
RomanceCinta yang dipupuk sejak zaman sekolah lagi. Kerana kecewa kekasih yang amat dicintai berkahwin dengan abangnya sendiri, Hafzal membawa diri ke Australia. Pulang ke tanah air setelah 5 tahun berlalu. Surianna, kesedihannya tidak pernah padam. Pertam...