"Suri.. " lembut Hafzal memanggil. Surianna memandang Hafzal.
"Saya mintak maaf"
"Untuk apa? "
"Kalau saya ada sakitkan hati awak dalam diam.. " Hafzal berhenti. Mereka duduk di bangku setelah penat berjalan di sekitar taman.
"Awak tak ada buat salah pun dekat saya. Buat apa awak nak mintak maaf? " kata Surianna.
"Tapi awak macam marah aje dekat saya"
"Mana ada saya marah dekat awak. Awak tu aje yang emo sangat. Saya ok aje, lagipun tak ada sebab saya nak marah kan awak." balas Surianna. Padahal, dia sedang mengawal rasa cemburnya.
"Tak apalah kalau awak tak marah saya. Tak Best tau kalau awak marah. Buruk" Hafzal cuba berdamai.
"So selama ni bila saya ni marah. Awak pandang saya buruklah? Bila saya baik dengan awak, muka saya ok" Surianna menjegilkan mata.
"Eh, mana ada macam tu awak.. Saya tak kata pun awak buruk. "
"Tak payah nak tipulah, tadi tu awak kata saya buruk! " Surianna mencubit paha Hafzal.
"Saya kata bila awak marah" Hafzal ketawa. Lama dia tidak bergurau dengan Surianna. Rindu kenangan yang dulu, dan kini dia kembali.
"Awak.. " Surianna memandang Hafzal. Hafzal tersenyum padanya, manis sungguh senyumannya.
"Terima kasih tau.. " ucap Hafzal.
"Untuk apa? " Surianna tidak faham.
"Sebab sudi buka pintu hati awak semula pada saya" lancar kata-kata Hafzal.
"Mana awak tahu saya dah buka pintu hati saya pada awak? Awak dah masuk ke? " Surianna menduga.
"Kenapa awak cakap macam tu? Awak tak sudi ke? Awak.. Saya dah lama tau nak tagih cinta dari awak" Hafzal sudah tidak keruan. Takut sungguh dia kalau Surianna masih tidak dapat menerimanya.
"Bukan ke awak dah janji nak anggap saya ni cuma sebagai kawan aje ke? Tak lebih dari tu" Surianna masih menduga. Nak tengok reaksi Hafzal.
"Eh, mana ada saya janji. Awak yang kata, saya tak kata apa-apa pun. Awak yang kata, cuma ingat balik" kata Hafzal.
"Awak nak tahu tak, dulu masa awak tinggalkan saya. Saya terpaksa kahwin dengan abang awak.. Bila dia meninggal, saya nekad. Saya tak nak bercinta lagi, hati saya dah tertutup buat mana-mana lelaki. Tapi..bila awak hadir.. Awak kalahkan ego saya " Surianna tersenyum.
Hafzal faham maksudnya. Hatinya melonjak gembira.
"Saya cintakan awak Suri. Cinta sangat-sangat. Awak.. Awak cintakan saya tak? " Hafzal dengan berani menyoal Surianna.
Surianna tersenyum lalu perlahan-lahan dia menganggukkan kepala. Hafzal bersyukur pada yang Maha Esa. Doanya dimakbulkan. Dapat juga dia bersama orang yang dia sayang, orang yang dirindui selama ini.
"Terima kasih awak.. Saya sayang awak sangat-sangat. Saya harap, kita takkan terpisah lagi lepas ni. Kita kekal ye" Hafzal memujuk Surianna. Surianna hanya menganggukkan kepala.
"Tapi.. Kalau boleh saya cuba nak halalkan hubungan kita.. " kata Hafzal.
"Maksud awak? " Surianna tidak faham.
"Kita kahwin? " kata Hafzal spontan.
Berubah muka Surianna. Hafzal perasan akan riak wajah Surianna yang berubah itu.
"Kenapa? "
"Benda ni berat sikit bagi saya. Awak yakin ke? " Surianna memandang Hafzal.
"Yakin? "
YOU ARE READING
Cinta Yang Terhalang
RomanceCinta yang dipupuk sejak zaman sekolah lagi. Kerana kecewa kekasih yang amat dicintai berkahwin dengan abangnya sendiri, Hafzal membawa diri ke Australia. Pulang ke tanah air setelah 5 tahun berlalu. Surianna, kesedihannya tidak pernah padam. Pertam...