Surianna masuk ke dalam ofis. Dia masih penat tapi memikirkan pasal kerja dia datang juga. Surianna meletakkan beg tangan di atas meja. Beg laptop diletakkan di sebelah kiri meja.
Dia ada mendengar ada pekerja baharu yang akan datang pada hari ini. Ish! Malaslah nak fikir pasal tu. Surianna memicit tangan kirinya yang berasa lenguh.
"Perhatian semua! " suara bos besar sudah kedengaran. Semua staf bangun. Surianna dengan malas bangun juga. Mesti nak umum pasal pekerja baharulah tu.
"Mulai hari ini, kita ada pekerja baharu. Silakan.. " Bos besar memanggil pekerja itu. Surianna tidak berapa jelas melihat wajah pekerja baharu itu kerana mejanya sedikit jauh.
"Kenalkan, Hafzal. Dia akan bekerja di sini dan saya harap korang semua akan beri kerjasama dengan dia ye"
Surianna yang berasa malas tadi terus bertenaga. Bukan bertenaga kerana teruja, tetapi bertenaga kerana terkejut. Biar betul? Dia salah dengar ke? Hafzal kerja sini.
"Hafzal.. Situ meja kamu.. " kata bos besar. Hafzal mengambil barang-barang lalu diletakkan di atas mejanya. Meja Hafzal dan Surianna tidak jauh pun cuma selang tiga buah meja sahaja.
Surianna mengeluh. Kenapa? Kenapa saat aku perlukan dia, dia hilang? Dan kenapa saat aku mahu menutup pintu hati aku pada dia, dia muncul? Surianna memegang kepala. Bagaimana dia mahu elakkan diri daripada bertemu dengan Hafzal?
"Suri, kau kenapa ni? Kau ok tak? " soal Aira setelah melihat Surianna memegang kepalanya.
"Aku ok aje, cuma pening sikit aje. " balas Surianna.
"Eh, kalau macam tu kau MC ajelah."
"Tak apa, lagipun aku baru aje habis cuti kelmarin. Nanti apa pulak kata bos bila aku asyik cuti aje" kata Surianna.
"Yelah, betul kau ok ni? " Aira inginkan kepastian.
Surianna hanya mengangguk.
Tanpa disedari, sepasang mata sedang melihatnya. Hafzal tersenyum gembira, apabila dekat dengan Surianna. Dia tahu tempat kerja Surianna. Dia memohon pekerjaan di sini, Alhamdulillah.. Dia dapat bekerja di sini. Ini ajelah caranya untuk dekatkan diri dengan Surianna.
"Hafzal, jom ikut lunch. " ajak Fitri. Rakan sebelah mejanya.
"Tak apa, nanti aku keluar. Pergi dulu. " balas Hafzal. Hakikatnya dia sedang menunggu Surianna. Kelihatan Surianna begitu sibuk membuat kerja.
Dalam beberapa minit, Surianna menutup fail dan laptop. Dia bangun dari kerusi untuk keluar makan tengahari. Saat dia lalu di sebelah meja Hafzal dia mempercepatkan langkah. Hafzal segera mendapatkan Surianna. Lengan Surianna terus dipaut.
"Lepaslah" Surianna melepaskan lengannya daripada gengaman Hafzal.
"Awak boleh tak jangan ganggu saya? Saya tak ada masa nak layan awak" kata Surianna.
"Ok, saya tak ganggu awak. Awak kan rakan sekerja saya so saya nak lah dekatkan diri dengan awak"
"Tak payah nak gunakan gelaran rakan sekerja. Saya tahu niat awak Hafzal"
"Ok, ok.. Saya memang nak dekatkan diri dengan awak. Saya cuma nak kita macam dulu aje. Please, " bersungguh-sungguh Hafzal memujuk.
"Saya cuma anggap awak hanya rakan sekerja. Faham tak? Rakan sekerja tak lebih daripada tu" Surianna menekankan perkataan 'rakan sekerja' itu.
"Satu lagi saya nak pesan. Tolong jangan sentuh saya sesuka hati awak ye. Tolong hormat kehormatan saya. Kita tak ada apa-apa ikatan. " Surianna menjeling Hafzal.
YOU ARE READING
Cinta Yang Terhalang
RomanceCinta yang dipupuk sejak zaman sekolah lagi. Kerana kecewa kekasih yang amat dicintai berkahwin dengan abangnya sendiri, Hafzal membawa diri ke Australia. Pulang ke tanah air setelah 5 tahun berlalu. Surianna, kesedihannya tidak pernah padam. Pertam...