Hafzal mendongak memandang tingkap bilik Surianna. Tingkapnya masih tertutup, takkan dah tidur? Hafzal mengutip batu-batu kecil lalu dilontarkan pada tingkap bilik Surianna.
Sudah dua kali dia melontar, masih tidak dibuka. Hafzal melontar sekali lagi, barulah tingkap dibuka. Hafzal senyum, baru sahaja dia hendak memanggil Surianna tetapi niatnya tak jadi kerana yang membuka tingkap iaitu ayahnya Encik Raden. Hafzal cepat-cepat menyembunyikan diri disebalik pokok bunga.
Encik Raden melihat sekeliling, benda apa yang main-main kat tingkap malam-malam ni? Encik Raden terus menutup tingkap lalu menguncinya. Hafzal menarik nafas lega, nasib baik Encik Raden tak melihatnya. Kalau tak alamatnya balik rumah tak ada kepalalah. Hafzal duduk menyandar pada pokok, hendak telefon Surianna dia tidak membawanya. Kalut punya pasal sampai terlupa nak bawak telefon bimbitnya.
"Ayah buat apa kat atas? " soal Surianna setelah melihat ayahnya menuruni tangga.
"Tak buat apa, periksa bilik kamu" balasnya selamba. Encik Raden duduk di atas sofa di sebelah Zulaikha yang sedang menonton televisyen.
"Bilik Suri? Eh, kenapa pulak pergi masuk bilik Suri? Suri tak ambik apa-apa barang milik ayah" kata Surianna.
"Tak... Ayah lalu sebelah bilik kamu tadi. Ayah dengar ada bunyi kat tingkap bilik kamu. Itu yang ayah pergi periksa, mana tahu ada penyangak mana-mana ke datang cuba nak masuk dalam bilik kamu" kata Encik Raden.
"Jangan-jangan bilik Kak Suri, ada hantu tak? " Zulaikha buat muka takut.
Surianna sudah dapat Agak siapa punya kerja.
"Aip! Apa cakap macam tu? Percaya benda-benda karut macam tu" Puan Suhaila menegur anaknya sambil menampar perlahan bahu anaknya.
"Alah, mama Kak Ika ni khurafat sikit ma" sampuk Ikmal yang sedang bermain dam bersama Hafiz.
"Diamlah kau!" jerit Zulaikha.
"Tak ada apa-apa lah Ayah," kata Surianna. Dalam kepalanya asyik memikirkan tentang Hafzal. Call tak angkat, dia masih ada kat luar ke ataupun dah balik? Yelah, dah mission fails.
JAM sudah menunjukkan pukul sebelas malam, selepas menidurkan Hafiz Surianna masuk ke dalam bilik. Terus dia menuju ke tingkap lalu membukanya. Meliar mata Surianna mencari kelibat Hafzal.
"Mana dia ni? Call tak angkat. Hish! Betul-betul buat orang risaulah dia ni" Surianna merengus geram. Dia tahu Hafzal belum pulang lagi.
Surianna tiba-tiba terdengar seperti orang sedang menampar. Apa lagi, terkejut Surianna dibuatnya apabila melihat Hafzal sedap-sedap baring sambil menampar- nampar badannya. Nyamuk mungkin.
"Awak, Hafzal... Hei" Surianna mengawal suaranya, takut didengari oleh ayahnya. Hafzal masih tak perasan.
Surianna mencari sesuatu di biliknya. Dia mengambil botol bedak yang sudah tidak dipakainya lalu melontar tepat terkena kepala Hafzal.
"Aduh! Ssstt... " terjerit Hafzal apabila botol bedak itu terkena kepalanya. Dia menggosok kepalanya berkali-kali.
"Eh! Awak. " Hafzal bangun lalu berjalan untuk mendekati tingkap bilik Surianna.
"Sorry, kenapa saya call tak angkat? " soal Surianna.
"Saya lupa bawak phone lah. Kalau tak saya dah call awak dah tak adalah saya tunggu sini lama-lama " kata Hafzal.
"Hah! Tahu pun, kenapa awak tak balik dulu? Awak lebih sanggup tunggu saya, awak ingat saya tak tahu awak datang tadi. Awal awak datang tadi" Surianna menggelengkan kepala.
"Saya boringlah.. Tak dapat jumpa awak. " Hafzal terus berbaring di atas rumput. Kedua-dua tangannya melapikkan kepalanya. Bila baring senang sikit nak tengok Surianna.
YOU ARE READING
Cinta Yang Terhalang
RomanceCinta yang dipupuk sejak zaman sekolah lagi. Kerana kecewa kekasih yang amat dicintai berkahwin dengan abangnya sendiri, Hafzal membawa diri ke Australia. Pulang ke tanah air setelah 5 tahun berlalu. Surianna, kesedihannya tidak pernah padam. Pertam...