Hafzal memberhentikan kereta di hadapan restoran Pizza Hut. Dia datang bersama Surianna dengan menaiki keretanya. Puas juga dia memujuk Surianna tadi, akhirnya Surianna terima juga. Dia mahu membawa Surianna makan di restoran yang mereka makan tempoh hari, tetapi Surianna kata tak ada selera dan mahu makan fast food sahaja.
"Awak, kita dah sampai.. Jom" ajak Hafzal.
Surianna mengeluh, rasa penat pula hendak turun. Tapi, memikirkan perutnya yang akan lapar nanti dia terpaksa juga lah keluar. Hafzal seakan-akan faham dengan keadaan Surianna itu menahan Surianna yang baru membuka pintu kereta itu.
"Eh, tak apa. Awak duduk aje dalam kereta. Biar saya yang pergi beli ye" Hafzal keluar dari kereta. Sebelum itu, dia sempat melihat keadaan Surianna sebelum berlalu masuk ke dalam restoran.
Surianna menyandarkan kepala di kusyen kereta. Dalam diam, hatinya mula gembira dengan layanan Hafzal. Surianna memegang kepalanya, tiba-tiba dia berasa pening. Tekak ni pulak asyik sakit aje, badannya panas. Dalam beberapa minit, Hafzal datang bersama plastik yang berisi beberapa kotak piza dan minuman. Hafzal perasan keadaan Surianna.
"Awak ok tak ni? Awak tak sihat ke? " soal Hafzal setelah melihat muka Surianna yang kelihatan lesu itu.
"Ok.. Jangan risaulah. " balasnya perlahan.
"Kita pergi klinik" cadang Hafzal.
"Eh, tak apa.. Awak terus aje balik ofis saya ok ajelah.. " balasnya. Hafzal terus menghidupkan kereta lalu melucur laju kereta.
Tiba di ofis, Surianna membuka pintu kereta, dia merasakan keadaan sekeliling seakan-akan berpusing. Dia memegang kepalanya. Surianna berjalan selangkah, tetapi dia tidak berdaya. Dia tidak sempat memegang tiang lalu tanpa dapat dikawal, dia terjatuh terbaring.
"Suri!! " Hafzal terus meluru mendapatkan Surianna.
"Suri.. Suri. Suri bangun awak.. " Hafzal menepuk-nepuk perlahan pipi Surianna, namun tiada tindak balas. Dia terus mengangkat tubuh Surianna lalu dibaringkan ke dalam kereta. Dengan keadaan risau, Hafzal terus memecut laju keretanya.
Dalam beberapa jam, dia selamat sampai di rumah keluarga Surianna. Dia menekan loceng beberapa kali sebelum pintu pagar dibuka. Puan Suhaila menghampiri Hafzal.
"Ye.. Kenapa ni? " soalnya."Makcik, sekarang ni.. Suri, dia pengsan" Hafzal memberitahu.
"Ya Allah! Anak aku.. Mana dia sekarang? "Cemas muka Puan Suhaila sambil tangannya memegang dada.
"Dia ada dalam kereta.. Kejap" Hafzal membuka pintu kereta lalu menggendong Surianna keluar.
"Cepat, bawak dia masuk.. " dengan cemas Puan Suhaila terus menyuruh Hafzal masuk. Hafzal terus meluru masuk.
"Sini.. Masuk sini bilik dia" arah Puan Suhaila. Hafzal memasuki bilik Surianna lalu perlahan-lahan dia membaringkan tubuh Surianna di atas tilam.
"Macam mana boleh jadi macam ni.? " soal Puan Suhaila sambil mengusap kepala anaknya.
"Saya tak tahu, tiba-tiba dia jatuh. Itu yang saya terus bawak dia balik. " terang Hafzal.
"Kenapa ni? " mereka menoleh sebaik sahaja mendengar suara di belakang mereka."Suri pengsan bang.. " beritahu Puan Suhaila. Encik Raden mendekati anaknya. Selepas itu, dia memandang Hafzal. Hafzal hanya menunduk.
SURIANNA sudah diperiksa oleh doktor peribadi yang dipanggil oleh Encik Raden. Surianna tidak ada apa, dia cuma demam. Hafzal yang berada di taman terus bangun apabila Encik Raden menghampirinya.
"Kamu ni Hafzal kan? " soalnya. Hafzal hanya mengangguk.
"Kamu memang rapat dengan Suri? " soalnya lagi.
YOU ARE READING
Cinta Yang Terhalang
RomansaCinta yang dipupuk sejak zaman sekolah lagi. Kerana kecewa kekasih yang amat dicintai berkahwin dengan abangnya sendiri, Hafzal membawa diri ke Australia. Pulang ke tanah air setelah 5 tahun berlalu. Surianna, kesedihannya tidak pernah padam. Pertam...