Mereka baru sahaja pulang dari kubur, Surianna dan Hafzal pulang ke rumah keluarga Hafzal.
"Abang masuk dulu.. Abang penat" ujarnya. Surianna hanya mengangguk. Hafzal masuk ke dalam rumah. Surianna tidak pula mengikut suaminya, dia duduk di beranda.
Surianna memandang, ramai ahli keluarga Hafzal yang sedang berada di bawah khemah termasuk ayah dan mama.
"Eh, Suri.. Kenapa duduk sini? " soal Nabila.
Surianna memandang kakak iparnya.
"Saja aje.. Penat" jawabnya ringkas.
Nabila mengangguk perlahan, dia duduk di sebelah Surianna.
"Mana Hafzal? " soal Nabila. Sambil matanya melihat ke arah kelompok saudara-maranya.
"Dia ada kat dalam, dia penat agaknya.. Lagipun Suri faham, dia tengah sedih" jawabnya.
"Emm.. Memanglah. Hafzal memang rapat dengan umi dari dulu lagi. Yelah, Hafzal kan anak bongsu.. Tapi anak emas dia abang Am lah" Nabila ketawa kecil. Sesekali dia mengesat air mata yang hendak menitis.
"Eh, mestilah umi sayang semua anak dia.." Surianna memegang bahu Nabila.
"Tapi.. Suri ok ke? " soal Nabila.
"Ok aje.. Kenapa? " dia pelik dengan soalan kakak iparnya.
"Yelah, akak risau kalau Suri masih terasa dengan.. "
Surianna memintas.
"Akak, kan Suri dah cakap. Suri tak pernah pun ambik hati ataupun dendam dengan arwah. Suri dah maafkan semua salah arwah pada Suri" lembut Surianna menuturkannya.
"Akak mintak maaf Suri.. Kalau soalan akak ni dah buat Suri kecewa" Nabila melindungi rasa sebaknya.
"Tak apalah kak.. " Surianna mengusap bahu Nabila.
"Assalamualaikum"
Dalam mereka leka bersembang, mereka dikejutkan dengan suara seseorang.
"Waalaikumsalam.. " Surianna dan Nabila menjawab serentak sambil memandang wanita itu.
"Eh! Nurin" kata Nabila.
Nurin tersenyum melihat mereka berdua.
"Marilah duduk sini.. " ramah Nabila mempelawanya.
Nurin tersenyum, dia sempat menyalami Surianna dan Nabila sebelum duduk di sebelah Nabila.
"Apa khabar Suri? " manis wajah Nurin bertanya.
"Sihat alhamdulillah.. " balas Surianna.
"Berbual lah dulu, akak nak pergi buat air dekat tetamu kejap ye" Nabila bangun menuju ke dalam rumah.
"Mana Hafzal? " soal Nurin.
"Dia, ada kat dalam. Dia tengah sedih tu" beritahu Surianna.
"Saya pun macam tak percaya aje yang auntie meninggal. Baru aje dua hari lepas dia datang rumah" kata Nurin. Sesekali dia mengesat air mata yang menitis di pipi.
"Awak dengan dia macam mana? Saya dengar dia boleh terima awak lepas awak kahwin tu" soal Nurin.
Surianna menunduk. Dia nak bagitahu pun serba salah.
"Saya kalau boleh tak nak berbual pasal arwah. Yelah dia dah tak ada kan.. Pasal penerimaan dia pada saya tu.. " Surianna tidak meneruskan ayatnya dia hanya senyum paksa.
Nurin faham maksud Surianna.
"Saya mintak maaf kalau soalan saya ni buat awak kecil hati" Nurin rasa bersalah.
YOU ARE READING
Cinta Yang Terhalang
RomanceCinta yang dipupuk sejak zaman sekolah lagi. Kerana kecewa kekasih yang amat dicintai berkahwin dengan abangnya sendiri, Hafzal membawa diri ke Australia. Pulang ke tanah air setelah 5 tahun berlalu. Surianna, kesedihannya tidak pernah padam. Pertam...