Hafzal pulang ke rumahnya, dia ingin ke bilik kerana dia sudah letih. Waktu itu, uminya memanggil.
"Hafzal.. " panggil Puan Zarina.
Hafzal yang ingin ke bilik itu terhenti, dia memandang uminya yang sedang duduk di sofa ruang tamu bersama abahnya.
"Kenapa umi? " soal Hafzal sambil menghampiri uminya.
"Duduk sekejap, umi nak cakap sikit ni" lembut sahaja nada uminya.
Hafzal akur juga, dia terus melabuhkan punggung di sebelah abahnya.
"Umi nak cakap apa? " soal Hafzal.
"Hafzal, umi sebenarnya nak minta maaf. Umi banyak sangat salah dengan kamu nak" ucap Puan Zarina sebak.
"Kenapa ni umi? Hafzal tak salahkan umi pun dalam apa-apa masalah. " kata Hafzal.
"Tak,umi banyak salah pada kamu. Hari ni, umi sedar yang umi banyak sangat salah pada kamu. Paling umi rasa bersalah bila umi sanggup pukul kamu sebab kamu ada hubungan dengan Suri" Puan Zarina mengesat air matanya."Umi janganlah cakap macam tu, Hafzal ok aje umi. Hafzal tak boleh hukun umi sampai bila-bila.. Hafzal sayang umi" Hafzal memegang tangan uminya.
"Umi rasa bersalah pada Suri, tergamak umi benci dia. Tergamak umi halang korang berdua. "
"Umi.. Kalau umi nak jumpa Suri. Hafzal boleh bawa jumpa dia." kata Hafzal.
"Biar umi sendiri aje yang pergi jumpa dia. Tapi ambil masa sikitlah,umi malu sebenarnya. Yelah,selama ni muka dia pun umi tak nak tengok. Kalau umi jumpa dia, dia akan maafkan umi tak?" Puan Zarina memandang anaknya dengan pandangan sayu.
"Insyaallah umi, dia akan maafkan umi. Suri baik orangnya, dia mesti maafkan umi punya" Hafzal tersenyum manis pada uminya.
"Terima kasih sebab maafkan umi"
"Sama-sama umi. Alhamdulillah, Allah dah buka pintu hati umi. Umi dah berubah" kata Hafzal.
Encik Rahman tersenyum melihat isterinya sudah berubah.
"Kalau umi nak, esok Hafzal bawak umi jumpa Suri? "
Puan Zarina mengangguk perlahan.
"Hafzal. Satu lagi umi nak cakap, umi takkan halang korang berdua lagi. Umi tak kisah, asalkan korang bahagia" kata Puan Zarina.
Hafzal yang mendengarnya terus mengukirkan senyuman.
"Umi! Betul ke umi tak marah lagi? Umi takkan marah kan bila Hafzal dengan Suri? " Hafzal mendapatkan uminya.
"Tak.. Kalau korang nak kahwin, umi setuju aje" kata Puan Zarina. Dia juga turut tersenyum.
"Terima kasih umi" Hafzal mencium tangan uminya.
...............................-.............................
Surianna duduk di taman sambil melihat Afiq yang sedang bermain di laman rumah. Waktu itu, dia melihat kereta ayahnya memasuki pekarangan rumah.
Encik Raden keluar dari kereta lalu terus mendekati anaknya.
"Ayah, awalnya ayah balik hari ni. Selalunya pukul 6 baru ayah balik. Ni baru pukul berapa" tegur Surianna sambil menyalami ayahnya.
"Saja ayah balik awal hari ni, penat sangat hari ni. " kata Encik Raden.
"Ayah ni kan, Suri kan dah pesan biar Suri aje yang tampung keluarga kita. Suri mampu, ayah duduk ajelah kat rumah. Suri kesian tau tengok ayah" balas Surianna sambil memicit bahu ayahnya.
YOU ARE READING
Cinta Yang Terhalang
RomanceCinta yang dipupuk sejak zaman sekolah lagi. Kerana kecewa kekasih yang amat dicintai berkahwin dengan abangnya sendiri, Hafzal membawa diri ke Australia. Pulang ke tanah air setelah 5 tahun berlalu. Surianna, kesedihannya tidak pernah padam. Pertam...