Hafzal masuk ke dalam bilik isterinya, dia melihat isterinya yang sedang tidur di atas katil. Perlahan-lahan dia melabuhkan punggung di atas katil, kepala isterinya diusap lembut.
Surianna yang berasa ada sesuatu terjaga, dia melihat suaminya sudah ada di sebelahnya.
"Eh, abang" Surianna terus duduk.
"Kenapa bangun ni? Tidurlah.. "
"Tak apa, Suri dah tak mengantuk dah" balas Surianna.
"Abang kenapa ni? Abang masih marah pada umi ke? " soal Surianna apabila melihat wajah muram suaminya.
"Abang terkilan Suri, pada masa yang sama abang malu dengan Suri. Malu sebab perangai umi" katanya.
"Abang tak boleh terima atas apa yang dia dah buat pada Suri " Hafzal mengenggam cadar katil. Kecewa! Geram! Sedih! Semua menjadi satu.
"Abang.. " Surianna memegang bahu suaminya.
"Sudahlah.. Kita lupa kan aje apa yang terjadi. Bila kita asyik teringat, itu yang kita emosi. " pujuknya.
"Lupakan? " Hafzal memandang Surianna.
"Tak semudah tu Suri untuk abang lupakan. ""Abang, kalau ikutkan apa yang Suri rasa lagi sakit tahu tak. Tapi Suri lupa, buang semua yang tak sepatutnya. Suri maafkan segala salah dan silap umi. Tak perlu kita nak fikir lagi semua tu" Surianna masih berlembut.
"Suri kuat, tapi abang tak kuat. Abang tak mampu. Abang belum sedia untuk memaafkan kesilapan umi" air mata mengalir perlahan. Sedih.
Surianna terdengar esak suaminya, perlahan-lahan dia memeluk suaminya dari belakang.
"Maafkan abang Suri, maafkan abang. Abang gagal bahagiakan Suri" katanya sebak. Makin laju air mata membasahi pipi.
Surianna turut menitiskan air mata.
"Abang.. Janganlah cakap macam tu. Abang dah cukup buat Suri bahagia" kata Surianna.
Hafzal mengesat air matanya. Wajah isterinya dipandang.
"Kan Suri dah cakap, kasih sayang dan cinta abang takkan dapat diganti. Takkan dapat Suri balas" kata Surianna bersama air mata yang merembes.
"Abang.. Takkan biarkan sesiapa sakiti Suri walaupun keluarga sendiri. Abang sayang Suri" ujar Hafzal.
"Dahlah.. Jangan menangis. Nanti dah tak handsome dah" Surianna mengesat air mata suaminya.
Hafzal hanya membiarkan isterinya mengesat air matanya. Di saat, Surianna ingin mengesatnya sekali lagi. Hafzal memegang tangan isterinya.
"Kenapa ni? " soalnya.
Hafzal tidak menjawab, dia merebahkan kepala di pangku isterinya. Surianna mengusap lembut kepala suaminya.
"Saja nak bermanja dengan isteri. Kenapa? Tak boleh? " Hafzal mendongak memandang isterinya.
"Suri tak kata pun tak boleh. Abang tu aje yang mengada" balas Surianna.
Hafzal tidak berkata apa, matanya dipejam.
"Tengok tu, dah nak tidur. Tidur kat atas bantal ni" Surianna menepuk bantal.
"Tak naklah.. Tidur atas riba Suri lebih lena" .
"Mengada. " Surianna menjeling manja suaminya.
Hafzal tersenyum.
"Dahlah.. Tak payah nak buat drama romantik kat sini. Tidur kat atas bantal ni" Kata Surianna.
Hafzal tiada pilihan merebahkan kepala di bantal. Tidak lama, dia terlelap. Surianna turut merebahkan badan, rasa mengantuk masih ada. Surianna akhirnya tertidur di sebelah suaminya.
YOU ARE READING
Cinta Yang Terhalang
RomanceCinta yang dipupuk sejak zaman sekolah lagi. Kerana kecewa kekasih yang amat dicintai berkahwin dengan abangnya sendiri, Hafzal membawa diri ke Australia. Pulang ke tanah air setelah 5 tahun berlalu. Surianna, kesedihannya tidak pernah padam. Pertam...