3

193 6 0
                                    

Hafzal duduk di bangku. Sesekali matanya meliar ke sana sini, kakaknya tidak datang lagi. Pada masa yang sama, dia masih teringatkan Surianna bagaimanalah keadaan dia selepas abangnya meninggal. Pada masa yang sama dia sedih, sedih kerana tidak dapat pulang sewaktu abangnya meninggal.

Hafzal meraup mukanya, dia pergi luar negara kerana kecewa dan terkilan. Dia bawa diri bukan kerana dia benci pada Surianna. Mahu hubungi Surianna tetapi, Surianna sudah tukar nombor.

"Hafzal! " Hafzal menoleh sebaik sahaja terdengar namanya dipanggil. Kelihatan kakaknya sudah sampai.

"Dah lama tunggu?  Sorry traffic jammed tadi" kata Nabila sebaik sahaja menghampiri adiknya.

"Adalah dalam 3jam. Tak lama pun" balas Hafzal.

"Kesian adik akak.. Tak apa, jom kita balik dulu. Umi tu tak sabar dah nak jumpa anak kesayangannya. Macam-macam lauk dia masak" ramah kakaknya bercerita.

Hafzal mengangkat begnya. Nabila turut mengangkat beg Hafzal.

"Kak.. Hafzal nak minta maaf pasal abang. Hafzal tak dapat balik masa tu.. " kata Hafzal.

"Tak apalah. Benda dah lepas kan." balas Nabila.

"Suri macam mana kak? " soal Hafzal.

Nabila memandang adiknya. Dia tahu Hafzal sudah lama cintakan Surianna, dia tahu kisah mereka. Cuma dia diamkan sahaja.

"Dia ok aje. Dia bahagia hidup dengan anaknya.. " kata Nabila.

"Hafzal kalau boleh nak sangat jumpa dia. Hafzal rindu dia. Dia pun mesti rasa yang sama kan kak? " Hafzal memandang kakaknya.

"Akak rasa pun macam tu. Yelah, korang kan bersama dari sekolah lagi. "

"Hafzal nak sangat jumpa dia. Hafzal nak sangat kembalikan cinta kami yang dulu balik.. " sayu suara Hafzal.

"Tak apa, nanti kita pergi jumpa dia. Kebetulan, dia ada buat kenduri sempena birthday anak dia.. " kata Nabila.

"Ye ke?  Bila tu? " soal Hafzal. Nampak teruja dia.

"Lusa ni. Nanti kita pergi" kata Nabila.

"Hafzal nak ikut sekali ye. Boleh kan? " Hafzal memandang kakaknya.

"Dia dah jemput sekeluarga. Mestilah boleh" Nabila tersenyum pada adiknya. Hafzal senyum, tak sabar dia mahu berjumpa dengan Surianna.

Nabila memakir kereta di dalam garaj yang tersedia di sebelah rumahnya. Sebaik sahaja Hafzal keluar, Puan Zarina terus mendapatkan anak kesayangannya. Tubub anak bongsunya dipeluk erat.

"Umi rindu anak umi ni" ucap Puan Zarina sambil mengucup dahi anak kesayangannya.

"Hafzal pun rindu umi. Umi sihat? " soal Hafzal.

"Umi sihat sayang, eh jom masuk. Umi masak macam-macam dah tu. Jom masuk, barang-barang tu kemudian angkat" mereka berdua diikuti dengan Nabila masuk ke dalam rumah.

Hafzal duduk di luar rumah. Menghirup angin segar, selepas kenyang makan masakan uminya. Rasa rindu pula nak menjamah masakan uminya.

"Hafzal... " Hafzal menoleh ke belakang apabila uminya memanggil namanya.

"Eh, umi.. Duduklah" Hafzal menarik kerusi untuk uminya. Puan Zarina duduk di atas kerusi.

"Umi.. Hafzal nak mintak maaf pasal.. " kata-kata Hafzal terhenti. Uminya memintas.

"Umi faham nak.. Umi tak kisah Hafzal tak boleh balik. Cukuplah Hafzal doa dari jauh dan sedekahkan Al-Fatihah pada abang Am" kata Puan Zarina.

"Hafzal selalu doakan dia umi. Dia abang yang baik. Selalu mengalah dengan adik-beradik yang lain" Hafzal ketawa bila teringatkan sikap abangnya.

Puan Zarina juga turut tersenyum. Tetapi, pada hakikatnya dia sedih teringatkan Irham.

"Umi... " Hafzal memegang tangan uminya.
"Surianna macam mana? " soal Hafzal.

Soalan itu, tiba-tiba membangkitkan kemarahan Puan Zarina. Benci dia bila mendengar nama perempuan jahanam itu.

"Hafzal, mood umi baik sangat hari ni. Tolong, tolong jangan sebut nama perempuan laknat tu lagi. Umi tak nak dengar nama perempuan tu. Umi haramkan Hafzal sebut nama dia walaupun satu huruf! Kalau umi dengar nama dia ibarat umi kena kanser" kata Puan Zarina. Bergetar suaranya menahan marah.

Terkedu Hafzal mendengarnya. Liur ditelan berkali-kali. Bila uminya berkata begitu, makin jauh Surianna dari gapaiannya. Macam mana dia nak bersama Surianna sedangkan uminya masih tidak boleh menerima.

"Hafzal dah dengar kan?  Lepasni jangan ulang kesilapan tu lagi ye" serius suara Puan Zarina.

Tanpa berkata apa, Puan Zarina bangun. Hafzal segera mendapatkan uminya.

"Umi, Hafzal mintak maaf. Hafzal takkan sebut namanya lagi. Umi janganlah marah Hafzal. Hafzal baru aje balik, nak spend time dengan umi" pujuk Hafzal.

"Kalau Hafzal anak umi, jangan sebut nama perempuan lahanat tu! " Puan Zarina terus masuk ks dalam bilik. Sakit hatinya, baru sahaja dia mahu meluangkan masa bersama anaknya tetapi nama perempuan itu juga disebutnya.

Hafzal duduk di atas kerusi, pada masa yang sama dia masih berfikir pasal Surianna. Bagaimana dia mahu berjumpa dengan kekasih hati yang telah lama terpisah?

Cinta Yang TerhalangWhere stories live. Discover now