Surianna duduk sendirian di taman,entah mengapa dia rasa tidak bersemangat untuk pergi kerja. Dia mengambil cuti dua hari, alasannya pada Aryan ialah tak sihat. Walhal, dia sihat sahaja tetapi dia rasa malas.
"Suri!! "
Terkejut Surianna apabila Diana menerjahnya dari belakang. Diana ni memang, bukan sekali dua dia buat macam tu dah banyak kali dia buat macam tu. Lama-lama mati terkejut Surianna dibuatnya.
"Kau ni kalau tak terjah aku sehari memang tak boleh kan? " Surianna menjeling Diana.
"Alah sorry lah, aku just nak happy kan kau" kata Diana lalu duduk di sebelah kawannya.
"Kenapa tiba-tiba datang rumah aku ni? Ada apa-apa ke? " soal Surianna.
"Saja aje, aku jumpa adik kau kat pasaraya tadi. Dia kata kau ambik cuti, so aku datanglah sini" balas Diana.
"Aku ambik cuti dua hari, malaslah nak pergi kerja. Penat. Kau pulak, tak kerja le hari ni? " Surianna pula menyoal Diana.
"Tak, aku pun ambik cuti jugak. Lagipun mak aku tak sihat kan. Itu yang aku ambik cuti"
Surianna mengangguk tanda memahami.
"Kau dengan Hafzal macam mana? " selamba sahaja Diana menyoal.
"Kau boleh tak jangan nak sebut nama dia? Malaslah nak dengar nama dia" Surianna berpeluk tubuh.
"Sorry, kalau aku dah buat kau marah. Aku bukan apa, aku cuma kesian kat kau aje" Diana memegang tangan sahabatnya.
"Lelaki semua sama aje" Surianna memasamkan muka.
"Aku dari dulu lagi, aku kurang yakin lah dengan Hafzal tu. Nampak aje lebih-lebih, tapi tak guna jugak" Diana turut memprotes.
"Sama ke tak, aku dah malas nak ambik tahu pasal dia. Cinta konon, kalau dia tu cintakan aku dia takkan senang-senang nak pegang perempuan tu! Siap kemaskan baju dia lagi" marah betul nada Surianna.
"Tapi... Perempuan tu kan nak jatuh"
"Nak jatuh...konon. Aku dah banyak kali dah jumpa diorang ni. Perempuan tu orang yang sama tau"
Diana memandang pelik sahabatnya itu, dia tidak pernah nampak Surianna marah macam ni. Surianna selalunya lembut, bercakap pun sopan. Tapi hari ni, pertama kali dia tengok Surianna marah.
"Dahlah.. Kau janganlah marah macam ni, nanti kau gila pulak. Kau lupakan aje si Hafzal tu. Biarlah dia, lagipun ok jugak kau jauh dari dia lagi sukalah umi dia tu. Kau pun selamat " Diana juga turut geram. Geram sangat dengan Puan Zarina tu.
"Aku nak lupa macam mana Di? Tiap-tiap hari menghadap muka dia" marah Surianna.
Waktu itu, ada kereta berhenti di depan pagar rumah Encik Raden. Surianna mengeluh, dia kenal kereta itu siapa lagi kalau bukan Hafzal. Apa lagi dia nak?
Hafzal keluar dari kereta, dia menghampiri pintu pagar rumah. Waktu itu, dia ternampak Surianna.
"Suri! Suri saya nak jumpa awak.. Saya nak explain dekat awak ni. " laung Hafzal sambil mengoncang pintu pagar.
Kalau ikutkan hati Surianna, mahu saja dia mengajak Diana masuk ke dalam rumah dan biarkan Hafzal kat luar. Tapi dia memikirkan pasal jiran, nanti apa pulak kata jiran-jiran.
Tiada pilihan, Surianna menghampiri pintu pagar, Diana mengekorinya.
"Awak nak apa? Tak malu ke datang rumah orang sesuka hati? " soal Surianna serius.
"Suri, tolonglah dengar penjelasan saya? Saya sebenarnya.. "
"Tak payah nak jelas sangatlah, saya tak nak dengar apa-apa penjelasan daripada awak Hafzal. Saya tak nak dengar apa-apa penjelasan daripada seorang lelaki hipokrit! "
Terkejut Hafzal mendengarnya, dia seperti tidak percaya Surianna sanggup berkata begitu.
"Awak, saya tak salah awak. Saya dengan dia tak ada apa-apa. Sumpah, di hati saya cuma ada awak aje Suri. Awak aje! Saya cintakan awak sepenuh hati saya. Tolonglah percayakan saya tolong lah" bersungguh-sungguh Hafzal memujuknya sambil mengangkat tangannya.
"Cukuplah Hafzal, tak payahlah awak nak bersusah-payah merayu bagai dekat saya. Tak payahlah nak ucapkan kata cintalah, apalah. Saya tak nak dengar, sebab saya dah tutup pintu hati saya pada awak. Dah tak ada sikit pun ruang pada awak" tegas katanya.
"Ya Allah Suri.. " Hafzal jatuh melutut. Kesian pula Diana melihat lelaki ini.
"Macam mana lagi saya perlu buat untuk awak percayakan saya? Macam mana lagi?" Hafzal mendongak memandang Surianna. Tetapi, muka Surianna biasa sahaja.
"Lupakan saya, dan berhenti mengharap untuk memiliki saya. Itu aje yang awak perlu buat" balas Surianna.
Terasa lemah seluruh badan Hafzal mendengarnya.
"Saya tak mampu awak.. Dah lama kita bersama. Kenapa awak nak lupakan saya hanya kerana benda tak betul" lemah suara Hafzal.
"Tak betul apa lagi? Awak sentuh dia kan, nak bukti yang macam mana lagi? " tinggi suara Surianna.
"Saya terpaksa sebab dia nak jatuh... "
"Terpaksa? Awak pegang dia sebab dia nak jatuh?... Huh, kalau awak pegang dia sekejap aje tak apa. Tapi lama tau awak paut pinggang dia, siap bertatapan mata lagi! Apa semua tu? "
"Suri.. Tak, tak saya langsung tak ada hati pada dia Suri. Saya cuma cintakan awak sorang aje, tolonglah percayakan saya" Hafzal merayu.
"Sudahlah!! " jerit Surianna.
Diana turut terkejut, terutamanya Hafzal.
"Awak pergi baliklah! Saya tak nak jumpa awak lagi, saya tak nak tengok muka awak lagi! " menitis jua air mata Surianna.
"Saya tak nak balik.. Saya nak.. " belum sempat Hafzal menjawab, Surianna membuka pintu pagar lalu menolak tubuhnya.
"Awak pergi baliklah, awak penipu! Saya takkan percayakan awal lagi" Surianna menolak tubuh Hafzal hingga Hafzal terundur ke belakang.
"Jangan berani awak datang sini lagi! Pergi dekat perempuan tu! " halau Surianna bersama-sama air mata yang merembes.
"Suri... " Hafzal mahu mendekati.
"Jangan dekat dengan saya! " Surianna mengambil sebiji batu lalu dilontarkan pada Hafzal. Tepat batu itu terkena dahi Hafzal, darah terus keluar mengalir. Hafzal tidak peduli akan darah dan sakit.
"Pergi dari sini! Saya tak cintakan awak langsung! " Surianna terus menutup pagar lalu berlari masuk ke dalam rumah. Diana sempat memandang simpati Hafzal sebelum mengikuti langkah Surianna.
Akhirnya, air mata lelakinya gugur juga. Hafzal menyandar lesu pada kereta. Sedih sangat-sangat. Nampaknya dia dan Surianna mungkin tidak akan bersama.
.............................-................................
Air mata yang masih mengalir hanya dibiarkan sahaja, Surianna begitu sedih saat ini.
Kenapa dia datang lagi? Dia pun tahu yang aku dah tutup pintu hati aku pada dia, tapi dia masih nak memujuk aku?.Makin lebat air mata Surianna.
"Suri.. Dahlah.. Kau jangan nangis lagi. " Diana memujuk.
"Kenapa dia datang lagi pada aku? Dia pun tahu yang aku ni dah tak cintakan dia. Susah sangat ke dia nak terima ?"
"Suri.. Aku tahu, kau sebenarnya cintakan dia lagi kan? " Diana menyoal sahabatnya.
Surianna tidak menjawab, hanya kedengaran sedunya.
"Aku tahu.. Aku kenal kau lama Suri, kau masih cintakan dia kan? Cuma kau ego, kau tak nak mengalah. Kau cemburu" perlahan di akhir ayat Diana.
"Aku memang dah cintakan dia Di. Tapi tengoklah apa yang dia buat pada aku? Dia tipu aku Di. Dia cakap dia cintakan aku sorang aje, tapi tengoklah sekarang.. Dia tipu, dia bukan main dengan perempuan tu" balas Surianna sambil mengesat air matanya.
Diana diam, ada betul juga kata Surianna.
"Datang sini, nak buat pujuk rayu pulak. Aku memang takkan percaya dia lagi.. " bergetar suara Surianna menahan geram.
Diana tidak berkata apa, dia hanya mengusap belakang sahabatnya.
YOU ARE READING
Cinta Yang Terhalang
RomanceCinta yang dipupuk sejak zaman sekolah lagi. Kerana kecewa kekasih yang amat dicintai berkahwin dengan abangnya sendiri, Hafzal membawa diri ke Australia. Pulang ke tanah air setelah 5 tahun berlalu. Surianna, kesedihannya tidak pernah padam. Pertam...