Hari ini, Surianna tidak keluar makan dia hanya makan di pantri sahaja. Aira ada mengajaknya makan tengahari tetapi dia menolak dengan alasan dia penat dan mahu makan di pantri ofis sahaja.
Aryan yang baru keluar dari biliknya ternampak Surianna yang duduk berseorangan di pantri. Aryan terus mendekatinya.
"Suri.. " panggilnya perlahan.
"Ah! Encik Aryan.. " Surianna bangun dari duduknya.
"Eh, kenapa awak bangun? " Aryan hairan apabila Surianna terus bangun apabila dia datang.
"Duduklah, "
Surianna mengangguk perlahan lalu duduk kembali di atas kerusi. Aryan pula duduk di depan Surianna.
"Aaa.. Encik Aryan nak air ke? Saya boleh buat" Surianna ingin bangun semula tetapi pantas ditahan oleh Aryan.
"Tak apa, nanti saya ambil sendiri. Ermm.. Awak tak keluar lunch ke? "
Surianna menggeleng.
"Tak, saya penat nak turun naik. So, saya makan dekat pantri ni sajalah" balas Surianna dengan senyuman.
"Lah, yeke kalau macam tu jom pergi dengan saya. Saya belikan untuk awak, awak tak payah turun" Aryan mengajak.
"Eh, tak apa. Saya tak nak susahkan encik Aryan. Kalau Encik Aryan nak pergi, pergilah tak apa saya boleh makan kat sini aje" sopan Surianna menolak.
"Kalau macam tu, saya teman awak kat sini lah. Kesian awak sorang-sorang makan kat sini" ikhlas kata-kata lelaki ini.
"Encik Aryan ni, segan saya tau. " Surianna tersenyum.
"Tak payah nak seganlah dengan saya." kata Aryan.
"Encik Aryan tak nak minum air apa-apa ke? Kalau nak saya boleh buatkan"
"Errmm... Ok lah, awak buatkan saya kopi ajelah" balas Aryan apabila melihat keikhlasan gadis ini mahu membuat air untukknya.
Surianna bingkas bangun lalu menuju ke kabinet untuk mengambil bahan bancuhan. Aryan hanya melihat sahaja Surianna membancuh air, dia melihat Surianna dari tepi. Cantik. Surianna perasan lirikan Aryan padanya.
Selesai sahaja dia membancuh air, Surianna kembali ke meja. Mug berisi air diletakkan di hadapan Aryan.
"Thanks" ucap Aryan.
Surianna hanya mengangguk.
Aryan menghirup perlahan air itu.
"Hhmm.. Sedapnya. Pandai awak buat ye" Aryan memuji. Manis mukanya memandang Surianna.
"Eh, mana ada Encik Aryan. Saya buat biasa-biasa aje. " Surianna malu apabila dipuji begitu.
"Betul, lagi sedap daripada secretary saya buat tau" katanya lagi.
"Terima kasih Encik Aryan. Tak apa, nanti kalau Encik Aryan nak saya boleh buatkan lagi" ramah Surianna berkata.
Aryan tersenyum mendengar kata-kata Surianna.
"Suri... " lembut Aryan memanggil.
"Minggu depan saya nak jumpa awak.. " ujarnya.
"Encik Aryan nak jumpa saya? Kenapa, saya ada buat apa-apa salah ke? " lain pula yang dirasai Surianna.
"Eh, tak. Bukan awak tak ada buat apa-apa salah pun. Cuma saya nak bawak awak jumpa seseorang aje. Boleh tak? " Aryan memandang wajah Surianna untuk meminta penjelasan.
"Aaa.. Eerr.. " Surianna begitu sukar untuk membuat penjelasan.
"Boleh tak, kalau tak boleh tak apa. Saya tak paksa" kata Aryan.
YOU ARE READING
Cinta Yang Terhalang
RomanceCinta yang dipupuk sejak zaman sekolah lagi. Kerana kecewa kekasih yang amat dicintai berkahwin dengan abangnya sendiri, Hafzal membawa diri ke Australia. Pulang ke tanah air setelah 5 tahun berlalu. Surianna, kesedihannya tidak pernah padam. Pertam...