26

71 4 0
                                    

Surianna menyikat rambutnya, dia mengemaskan bajunya. Setelah puas dengan penampilan dirinya, Surianna terus turun ke bawah.

Surianna menjenguk ke dapur, tiada orang sunyi saja rumah ni. Ikmal belum balik lagi, katanya dia ada final exam kat kolej minggu ni. Selepas itu, dia menjenguk ke ruang tamu pula. Kelihatan Zulaikha dan Afiq sedang leka menonton televisyen. Surianna menghampiri mereka.

"Eh, akak nak pergi mana ni? Pakai cantik-cantik macam ni" Zulaikha menegur.

Surianna sempat memeluk Afiq. Bermanja sekejap dengannya. Selama ini, dia asyik kerja sahaja. Sekolah kadang-kadang dia pergi jemput. Kebanyakkan hari sekolah Zulaikha yang akan menjemputnya.

"Akak nak keluar kejap dengan bos akak" balas Surianna.

"Mama.. Nak ikut" kata Afiq manja.

"Alahai.. Sorry sayang. Kali ni Afiq tak boleh ikut. Tak apa, nanti mama bawak Afiq jalan-jalan ye" Surianna memujuk.

Afiq memuncungkan bibir.

"Afiq duduk dengan mak su dulu ye" Surianna mencuit pipi anaknya.

"Alahai.. Mengadalah pulak dia. " gurau Zulaikha kepada anak saudaranya.

"Eh, akak pergi dulu. Ika jaga rumah ye, jaga Afiq sekali. Kalau mama dengan ayah tanya kata Akak keluar dengan bos akak" bertalu-talu pesanan Surianna.

Dia menyalami adiknya. Selepas itu, dia mencium pipi anaknya.

Surianna menutup pintu lalu berjalan ke pintu pagar. Dia membuka kunci pintu pagar, dia menunggu Aryan di luar rumah sahaja. Waktu itu, seseorang memaut tangannya.

"Hei lepaslah! " Surianna separuh menjerit.

"Awak relaks!  Saya ni" Hafzal melapaskan pautannya pada lengan Surianna.

"Awak ni dah buang tebiat ke, awak buat apa kat sini? " marah Surianna.

"Maaf kalau saya dah buat awak terkejut"

"Dah terkejut pun! " Surianna masih dingin.

"Sebenarnya saya datang nak jumpa awak. Saya call awak tak angkat, saya mesej pun tak reply. Saya risau takut jadi apa-apa pada awak" ujar Hafzal.

"Saya tak ada apa-apa. Saya okay aje" balas Surianna dengan suara yang semakin perlahan.

"Awak nak pergi mana? " soal Hafzal apabila melihat penampilan Surianna yang cantik dan kemas.

"Bukan masalah awak" masih dingin.

"Kalau tak keberatan, saya boleh hantarkan awak pergi ke tempat awak nak pergi tu" Hafzal masih ingin bermesra dengan Surianna.

"Tak payah, apa kata awak pergi balik dulu. Ini, kalau umi awak nampak tak pasal-pasal saya dengan awak kena" kata Surianna.

"Tak, umi saya takkan datang. Sebab dia.."Hafzal terhenti.

Surianna memandang Hafzal.

"Sebab apa? " soal Surianna.

"Tak ada apalah.. " Hafzal tersenyum pada Surianna.

Bila lah Encik Aryan nak sampai ni? Aku dah tak tahan dah duduk sini. Makin rasa bersalah aku bila Hafzal dekat dengan aku! Surianna mengomel dalam hati.

"Awak, kali ni saya nak cakap sikit dengan awak.. " perlahan-lahan Hafzal berkata. Bimbang Surianna memarahinya.

"Awak nak cakap apa lagi? " Surianna kembali menoleh memandang Hafzal.

"Sebenarnya, saya rindu sangat-sangat dengan awak. Tolonglah, kita berbaik semula macam dulu" Hafzal separuh merayu.

Surianna memandang Hafzal. Dia berasa simpati pula dengan lelaki ini. Sewaktu dia ingin membalas kata-kata Hafzal, sebuah kereta berhenti di tempat mereka berbual.

Cinta Yang TerhalangWhere stories live. Discover now