"Kita nak makan kat mana ni? " soal Diana kepada kawannya. Mereka memasuki pusat membeli-belah.
"Kita shopping dululah" kata Surianna.
"Sempat lagi kau? " Diana menepuk perlahan bahu Surianna.
"Alah, aku malaslah nak masuk Ofis awal-awal. Tak pasal-pasal Mamat tu kacau aku lagi nanti" kata Surianna.
"Mamat? Mamat mana? " soal Diana.
"Never mind "
Waktu mereka berjalan, tiba-tiba Surianna terlanggar seorang wanita tua. Habis barang-barang wanita itu jatuh.
"Ya Allah! Maaf makcik. Saya tak sengaja.. " kata Surianna. Setelah mereka bertembung pandang, masing-masing berubah muka.
"Kau! " Puan Zarina separuh menjerit.
"U.. Umi.. " Surianna memandang bekas ibu mertuanya. Sempat juga dia memandang gadis di belakang ibu mertuanya. Dia kenal gadis itu, itu ialah Atirah sepupu kepada Hafzal.
Surianna menghulurkan tangan untuk bersalam. Puan Zarina terus menampar kuat tangan Surianna.
"Sstt, auch! " Surianna menggosok tangannya yang terasa pedih.
"Sakit? Tau kau sakit ye, aku ni dah lama nak jumpa kau" keras suara Puan Zarina.
"Ada apa umi nak jumpa Suri? " soal Surianna perlahan. Diana di sebelahnya memandang geram Puan Zarina.
"Ni aku nak pesan dengan kau ye. Kau jangan nak terhegeh-hegeh dekat anak aku Hafzal tu ye. Kelmarin bukan main manis korang ye bersuap kat kedai makan.. " kata Puan Zarina.
"Umi.. Kitaorang berjumpa aje. Kitaorang tak pun... " belum sempat Surianna menghabiskan cerita Atirah memintas.
"Kau tak payah nak reka ceritalah. Kau mengaku ajelah yang kau tu keluar dengan Hafzal. Dasar gatal! "
"Umi, sumpah Suri tak buat apa pun. Kalau umi tak nak kitaorang berjumpa tak apa. Saya takkan jumpa Hafzal.. " kata Surianna.
"Baguslah kalau kau fikir macam tu, aku tak nak nanti Hafzal pulak kau bunuh" sinis kata-kata Puan Zarina.
"Betul tu! " sampuk Atirah.
"Diri sendiri tu yang tak boleh terima takdir ada hati nak salahkan orang. tak sedar diri.. " kata Diana sambil menjeling Puan Zarina.
"Kau jangan nak sibuklah! Kau siapa nak masuk campur? " geram pula Puan Zarina.
"Lah! Terasa ke? Jadi betullah yang makcik ni tak boleh terima takdir?" Diana buat muka terkejut.
"Kau jangan sampai aku sagat mulut kau tu ye. Tak payah nak celopar sangat! " Puan Zarina menuding jari ke arah Diana.
"Nak sagat mulut saya? Sagatlah, makcik. Kita ni hidup kenalah terima takdir hidup kita, terima qada dan qadar. Orang yang tak kuat iman aje yang tak boleh terima qada dan qadar. Ataupun, makcik ni orang yang tak ada agama? " Diana berasa puas hati dapat gulai orang tua tak sedar diri ni.
Berubah muka Puan Zarina apabila dikata begitu oleh Diana.
"Kau ni memang nak kena dengan aku ye.Senang-senang aje kau kata aku tak beriman. Kau berkawan dengan perempuan ni, kau pun jadi setan macam dia? " Puan Zarina terus menolak tubuh Surianna hingga dia terjatuh. Diana mendapatkan kawannya.
"Ini amaran aku yang terakhir, kalau aku nampak lagi kau dengan Hafzal, siap kau!" Puan Zarina mengugut, sambil itu dia sempat menendang paha Surianna. Dengan muka mencuka dia berlalu dari situ.
Diana membantu Surianna bangun, Surianna mengemaskan bajunya.
"Kau okey? Kau ada sakit kat mana-mana ke ?" Diana memeriksa tangan Surianna.
YOU ARE READING
Cinta Yang Terhalang
RomanceCinta yang dipupuk sejak zaman sekolah lagi. Kerana kecewa kekasih yang amat dicintai berkahwin dengan abangnya sendiri, Hafzal membawa diri ke Australia. Pulang ke tanah air setelah 5 tahun berlalu. Surianna, kesedihannya tidak pernah padam. Pertam...