Puan Suhaila memandang wajah anak sulungnya. Sejak Surianna datang tadi senyum pun tidak. Wajahnya muram sahaja, dia dapat mengagak mesti ada benda yang tak kena ni.
"Suri ok tak ni? Mama tengok sejak datang tadi Suri muram aje. Suri ada masalah? " Puan Suhaila memegang tangan anaknya.
"Tak adalah mama, Suri ok aje. Mana ada Suri muram ma. " Surianna melindungi perasaan sedihnya.
"Tak apalah.. Syukurlah Suri ok, ni macam mana sekarang? Hari tu, Hafzal ada cakap dengan mama. Katanya nak beli rumah ye" Puan Suhaila menukar cerita.
"Ye, memang dia nak beli rumah. Tapi tengah tunggu sebab dia tak cukup modal lagi ma" balas Surianna.
"Kalau perlukan duit, mama boleh tolong. Mama adalah sikit duit, rasanya cukuplah kalau nak tolong kamu berdua aje" katanya.
"Eh, tak payah susah-susah mama. Kami boleh aje guna duit sendiri. Duit simpanan Suri pun masih ada, cukup lagi" Surianna menolak sopan.
Waktu itu, Zulaikha duduk di sebelah kakaknya. Dia mengambil pinggan lalu menyendukkan nasi.
"Tak apa, mama boleh aje tambah sikit-sikit. "
"Tak payah mama, mama simpan aje duit tu"
"Hhmmm....tak apalah.. Eh, lauk dah habis mama tambahkan lauk lagi" Puan Suhaila mengambil mangkuk untuk mengisi lauk.
"Afiq mana Ika? " Surianna memandang ke arah ruang tamu mencari kelibat anaknya.
"Ada je, dia tengah tidur tadi" balas Zulaikha.Selepas itu, Zulaikha memandang kakaknya.
"Ika nak tanya akak sikit boleh tak? " kata Zulaikha sambil menjamah nasi lemak.
"Apadia? "
"Tadi masa Ika main dengan Afiq, Ika nampak dekat belakang dia ada berbirat. Kenapa tu? " soalan Zulaikha merubah riak wajah Surianna.
"Errmm... Akak ada terpukul dia hari tu" bohong Surianna.
"Ye ke? " Zulaikha seperti tidak percaya.
"Err.. Yelah. Alah, sorrylah akak bukan sengaja" kata Surianna.
"Akak ni kenapa? Ika tak percayalah akak yang pukul Afiq, setahu Ika akak jentik Afiq pun tak pernah tau. Akak tak payah nak tipulah, ni mesti ada apa-apa yang jadi ni kan? " Zulaikha tidak puas hati dengan kakaknya.
Waktu itu, Puan Suhaila datang dengan srmangkuk kari ayam. Dia meletakkan di atas meja makan.
"Mama naik atas kejap ye. " kata Puan Suhaila. Zulaikha dan Surianna hanya mengangguk. Apabila mamanya sudah naik, Surianna bersuara.
"Ya Allah tak ada.. Betul akak terpukul dia. Sebab... Sebab dia nakal sangat kat sana" balas Surianna.
Zulaikha terdiam, seperti memikirkan sesuatu.
"Ika bukannya apa kak, Ika risau tahu tak pasal keadaan akak. Memang waktu abang Irham meninggal tu, Ika tengah belajar. Tapi mama ada cerita yang akak kena pukul teruk dengan makcik Zarina siap sumpah-menyumpah lagi" kata Zulaikha.
"Itukan perkara lama.. Tak payahlah nak diungkit.. " Surianna sempat meminum air.
"Bukan ungkit akak.. ""Umi tu dah berubah, dia takkan buat akak macam itulah.. " balas Surianna.
"Yelah tu.." Zulaikha menyambung makan nasi. Waktu itu, Encik Raden menghampiri meja makan dia duduk di sebelah Surianna.
Zulaikha yang baru selesai makan itu sempat bertanya.
"Ayah nak makan nasi? Ika nak tambah? " soal Zulaikha.
"Tak apa, nanti ayah ambik sendiri" tolak Encik Raden. Zulaikha tidak berkata apa, dia mencuci tangan lalu melangkah ke ruang tamu.
YOU ARE READING
Cinta Yang Terhalang
RomanceCinta yang dipupuk sejak zaman sekolah lagi. Kerana kecewa kekasih yang amat dicintai berkahwin dengan abangnya sendiri, Hafzal membawa diri ke Australia. Pulang ke tanah air setelah 5 tahun berlalu. Surianna, kesedihannya tidak pernah padam. Pertam...