Hafzal dan Surianna berjalan di tepi pantai. Hafzal tidak lepas memegang tangan isterinya.
"Suri penatlah. Boleh kita berhenti kejap" Surianna mengeluh.
"Hai.. Baru aje jalan sekerat dah penat dah. Nak abang dukung ke? " sempat lagi Hafzal bergurau.
"Mengarutlah! Ramai orang kat sini tau"
"Yelah.. Kita duduk sini" Hafzal terus melabuhkan punggung di atas pasir diikuti Surianna. Sesekali, kaki mereka dipukul ombak laut. Mereka menikmati keindahan matahari terbenam.
"Cantik kan? " soal Hafzal yang mengenakan cermin mata hitam.
"Cantik sangat bang"
"Kalau boleh, abang nak bahagiakan Suri seindah permandangan yang Suri tengok. Kalau boleh lagi indah dari tu" ujar Hafzal.
Surianna memandang suaminya. Makin membuak rasa sayangnya pada lelaki ini."Abang.. Kasih sayang, kebahagiaan yang abang curahkan selama ini pun dah cukup indah buat Suri bang. " balas Surianna sambil melentokkan kepala di bahu suaminya, lengan suaminya dipaut.
"Abang nak jugak tengok isteri abang ni bahagia. Abang tak kisah kalau abang tak bahagia....asalkan isteri abang bahagia itu dah cukup buat abang" jawab Hafzal
"Abang.. Suri tak sukalah abang cakap macam tu. Untuk apa Suri happy kalau abang tak sekali? Bahagia Suri, bahagia abang jugak" kata Surianna.
Hafzal melemparkan senyuman manis pada isterinya.
"Abang sayang Suri" terus dahi isterinya dicium.
"Suri... Abang sebenarnya ada satu permintaan ni"
Surianna terus memandang suaminya.
"Apa dia? "
"Abang sebenarnya nak..."
"Nak apa ni? Jangan buat suspens boleh tak" Surianna sudah takut.
"Abang nak... " Hafzal sudah merapatkan tubuhnya pada isterinya.
"Nak apa? Tolonglah bagitahu.. Jangan bagi Suri takut boleh tak"
"Abang nak kiss" jawab Hafzal.
Surianna mengerutkan dahi. Kiss apa ni? Apa pelik sangat permintaan dia ni.
"Abang.. Ni public tahu tak. Kiss tu kena privasi" Surianna menekankan perkataan kiss itu.
"Tak apa.. Suri coverlah sikit" Hafzal membantah.
Surianna terdiam, dia seperti memikirkan sesuatu. Selepas itu, dia perlahan-lahan melebarkan senyuman.
"Ok.. Suri boleh kiss abang. Tapi ada satu syarat" kata Surianna sambil menunjukkan satu jari pada suaminya.
"Apa syarat dia? "
"Abang kena tutup mata" jawab Surianna.
"Tutup mata? Tapi kenapa pulak? " Hafzal mengeluh.
"Nak kiss ke tak nak? " Surianna menyoal.
"Naklah.. " balas Hafzal.
"Tutup mata tu.. " arahnya.
Tiada pilihan, Hafzal menutup matanya.
"Ok.. Ready ye" kata Surianna, pada masa yang sama dia sudah mengenggam pasir.
"Ready ni? Suri nak kiss ni" soal Surianna.
Hafzal mengangguk. Apa lagi, Surianna terus menonyoh pasir ke muka suaminya. Terkejut Hafzal dibuatnya. Surianna sudah ketawa melihat reaksi suaminya.
YOU ARE READING
Cinta Yang Terhalang
RomanceCinta yang dipupuk sejak zaman sekolah lagi. Kerana kecewa kekasih yang amat dicintai berkahwin dengan abangnya sendiri, Hafzal membawa diri ke Australia. Pulang ke tanah air setelah 5 tahun berlalu. Surianna, kesedihannya tidak pernah padam. Pertam...