Surianna yang sedang melipat baju menoleh ke arah suaminya yang sedang bersiap.
"Abang nak pergi mana? " soalnya lembut.
"Pergi kerja"
Surianna mengerutkan dahi, setahu dia hari ini hari sabtu takkan kerja lagi kot?
"Abang tak cuti ke hari ni? "
"Abang ada benda menyuarat penting hari ni.. Last minit bos bagitahu" Hafzal menyikat rambut.
"Oooh.. " Surianna mengangguk lemah. Surianna tahu, dia bakal menghadapi Puan Zarina. Yelah, Hafzal tiada abah pun keluar katanya ada pakat kenduri kawannya.
"Abang pergi dulu ye" Hafzal menghulurkan tangan. Surianna menyalami tangan suaminya penuh hormat dia mencium tangan suaminya.
Surianna melihat Hafzal keluar dari bilik itu dengan perasaan sedih. Waktu itu, Nabila masuk ke dalam bilik.
"Suri ok? " soal Nabila.
"Ok.. Eh, dah tukar dah panggilan? " Surianna mengenakan kakak iparnya.
"Iyelah.. Ini pun tak biasa lagi tau. I dah panggil you adik kan. So you kena panggil I kakak" Nabila turut tergelak.
Mereka sama-sama ketawa tetapi hanya seketika. Wajah mereka muram kembali.
"Suri, sebenarnya akak nak mintak maaf pada Suri. Macam mana penerimaan Suri, akak terima aje" kata Nabila.
"Apadia akak?" soal Surianna.
"Sebenarnya akak dah.. " belum sempat Nabila memberitahu ada suara memekik.
"Amboi! Senang lenang korang ye! " tinggi suara Puan Zarina.
"Umi.. Sudahlah umi. Tak payahlah cari pasal " Nabila menegur sambil mengerling Atirah yang berada di belakang uminya.
"Eh, bukannya cari pasal dengan kau pun" sampuk Atirah.
"Kau diam perempuan! Pasal kau lah keluarga aku pecah belah! Kau ni memang batu api kan? " tengking Nabila.
"Kau tak payah nak bela sangatlah perempuan tu. Apa kau dapat bela pembunuh tu? Kau sanggup lawan aku semata-mata nak bela dia" Puan Zarina menuding jari pada Surianna yang hanya mendiamkan diri.
"Umi, saya berhak bela Suri. Sekurang-kurangnya saya berada di pihak yang betul. Suri tak bersalah, yang salah tu umi. Umi jadi macam ni disebabkan betina laknat tu! " tinggi suara Nabila sambil menunjuk Atirah.
Puan Zarina menghampiri anaknya lalu terus menampar pipi anaknya.
"Kurang ajar kau sekarang ye. Siapa yang ajar kau? " soalnya garang. Atirah menghampiri mereka dia senyum mengejek pada Nabila.
"Aku tak ajar kau macam ni tau. Siapa ajar kau? Ni" Puan Zarina menunjuk Surianna.
"Perempuan ni yang ajar kau? Kau.. Sejak kau datang sini anak aku dah pandai melawan aku tahu tak. Kau ni memang tak guna kan? " Puan Zarina menarik rambut Surianna.
"Umi.. Jangan umi" Nabila ingin meleraikannya. Tetapi Atirah menepis, Puan Zarina menampar-nampar kepala Surianna.
Surianna sehabis daya menahan tangan Puan Zarina.
"Padan muka! Biar dia rasa sikit! " ejek Atirah.
"Umi! Sudahlah tu umi! " Nabila menarik tangan uminya apabila Puan Zarina menarik kuat rambut Surianna.
"Cukup umi!! " suara Hafzal di muka pintu mengejutkan mereka semua terutamanya Puan Zarina dan Atirah.
"Ini rupanya sikap umi pada isteri Hafzal. " kecewa nadanya.
YOU ARE READING
Cinta Yang Terhalang
RomanceCinta yang dipupuk sejak zaman sekolah lagi. Kerana kecewa kekasih yang amat dicintai berkahwin dengan abangnya sendiri, Hafzal membawa diri ke Australia. Pulang ke tanah air setelah 5 tahun berlalu. Surianna, kesedihannya tidak pernah padam. Pertam...