42

193 3 0
                                    

Surianna mencari suaminya, ke manalah dia pergi ni? Di bilik pun tak ada, di dapur pun tak ada. Surianna menjenguk ke tingkap, kelihatan Hafzal sedang duduk di taman. Surianna keluar dari rumah lalu menuju ke taman.

"Kat sini rupanya, puas saya cari abang" Surianna duduk di sebelah suaminya di gazebo.

"Hai.. Suami sendiri pun tak tahu kat man" sindirnya.

"Macam mana nak tahu kalau asyik hilang aje" balas Surianna sambil melihat Afiq yang sedang bermain bola bersama Ikmal.

"Yelah tu.. Kenapa cari abang? "

"Tak ada apa, saja aje" Surianna mencapai sebiji buah rambutan yang berada di dalam bakul di sebelah suaminya.

"Kalau rindu cakap ajelah" seloroh Hafzal.

"Eee.. Perasan! Dah duduk satu rumah. Lepastu tiap-tiap hari menghadap muka dia nak kita rindu dia pulak" Surianna menolak perlahan bahu suaminya. Sambil itu, tangannya mengopek kulit buah rambutan.

"Tak apalah.. Nak buat macam mana kalau orang tak rindu kita" Hafzal buat-buat merajuk.

"Ala.. Merajuk pulak dia" Surianna mencubit pipi Hafzal. Hafzal hampir terjerit.

"Sakitlah! " Hafzal menggosok pipinya.

Surianna ketawa, lama dia tak bergurau dengan suaminya.

"Abang.. " panggilnya.

Hafzal menoleh memandang isterinya. Surianna sudah mendekatkan buah rambutan yang sudah dikopek itu kepada suaminya.

"Nak buat apa ni? "

"Nak suap abanglah.. " lembut sahaja suara Surianna.

Hafzal membuka mulut. Surianna memasukkan buah rambutan ke dalam mulut suaminya.

"Alah.. Suri ni, buah pun nak suap abang. Seganlah.. " kata Hafzal malu. Apatah lagi apabila dia melihat Ikmal memandangnya.
Surianna perasan muka suaminya merah. Mungkin dia malu. Tiba-tiba, Surianna seperti terfikirkan sesuatu terus dia memegang bahu suaminya.

"Err.. Abang.. "

"Erm? "

"Suri nak cakap sikit ni. " agak takut-takut Surianna menuturkannya.

"Cakaplah.. Apadia? "

"Tapi abang janganlah marah.. "Katanya.

"Suri tak cakap pun lagi. Macam mana abang nak marah? Apadia? " Hafzal mengulang soalannya.

"Abang.. Tak nak balik rumah umi? " perlahan suara Surianna.

Hafzal terdiam. Dia kalau boleh tak nak Surianna menyebutnya.

"Abang belum sedia lagi.. "

"Tapi dah sebulan kita tinggal sini. Tak salah kan kalau kita balik sekejap? " Surianna memandang suaminya.

"Suri please.. Abang tak nak dengar Suri cakap pasal ni. Abang tak nak kalau boleh. Abang belum sedia nak balik sana" tegas Hafzal.

Surianna diam, dia tahu suaminya marah kalau bercakap pasal ini. Surianna menukar topik.

"Abang nak air? Suri boleh buatkan? " Surianna ingin memujuk suaminya.

"Tak nak" balas Hafzal dengan nada tidak bersemangat.

Surianna tidak berkecil hati dengan suamunya. Dia faham apa yang Hafzal rasa.

"Abang.. Suri mintak maaf ye" Surianna memeluk lengan suaminya.

"Mintak maaf buat apa? " soalnya dengan tidak melihat wajah isterinya.

"Sebab Suri dah buat abang sedih" sayu suaranya.

Cinta Yang TerhalangWhere stories live. Discover now