Seperti kebiasaannya, Surianna akan keluar makan tengahari. Kali ini, dia keluar dengan Aira. Kalau dia keluar sorang nanti tak pasal-pasal Hafzal ikut dia pulak.
Sewaktu lalu di meja Hafzal, Surianna perasan akan pandangan Hafzal tetapi Surianna tidak mengendahkannya.
Mereka berdua sampai di cafe, Surianna dan Aira melabuhkan duduk di atas kerusi.
"Akhirnya dapat juga keluar makan dengan kau... " kata Aira lembut.
"Alah kau ni, macam lah tak biasa keluar makan dengan aku" Surianna menepuk perlahan bahu Aira.
Mereka memesan makanan apabila pelayab datang memberikan menu kepada mereka.
Waktu itu, Nurin juga datang ke cafe yang sama. Nurin duduk tidak jauh daripada meja Surianna dan Aira duduk. Nurin akhirnya perasan akan Surianna.
"Tak silap aku, ni lah Surianna. Tepat, aku akan ceritakan semua perkara. Tak sudah macam ni" Nurin berbicara sendiri. Pada masa yang sama, dia kesiankan Hafzal. Sampai bila dia nak pujuk Surianna?
Nurin memesan makanan, dan dia juga menunggu Surianna.
Dalam beberapa minit, kelihatan Surianna dan Aira sudah bangun. Mungkin sudah selesai makan. Nurin turut mengekori mereka.
"Surianna"
Surianna menoleh apabila seseorang memanggil namanya.
Seorang perempuan bertudung di belakang mereka tersenyum manis padanya. Dan dia kenal gadis ini. Ya, gadis ini lah yang selalu bersama Hafzal. Dan gadis ini lah yang menjadi kesukaan Puan Zarina.
"Awak Surianna kan? " soal Nurin.
"Ya, saya Surianna. Kenapa? " Surianna pelik.
"Boleh saya berjumpa dengan awak sekejap? Saya ada benda nak cakap dengan awak" balas Nurin.
Kenapa pulak nak jumpa aku ni? Surianna berfikir sendirian.
"Boleh "
"Kalau macam tu, aku balik ofis dulu lah ye" Aira meminta diri. Surianna hanya mengangguk, Aira tersenyum kepada Nurin lalu melangkah pergi meninggalkan mereka berdua di situ.
"Jom kita duduk kat situ" Surianna mengajak.
Mereka memilih untuk duduk di bangku yang tersedia.
"Kenapa awak nak jumpa saya? " soal Surianna.
Nurin perasan akan perangai Surianna dia lembut sahaja. Cara percakapannya juga lemah lembut. Tak adalah garang sangat macam hari tu. Mungkin hari tu dia marah sangat kut...
"Pertama sekali, saya nak mintak maaf kalau niat saya ni dah menyusahkan awak atau mengganggu awak ke" kata Nurin.
Surianna tergelak kecil.
"Eh, mana ada. Tak ganggu pun, lagipun time lunch banyak lagi" balas Surianna sambil melihat jam tangannya.
"Sebenarnya.. Saya nak beritahu awak pasal.. "
"Pasal Hafzal? " Surianna memintas.
Nurin mengangguk perlahan. Selepas itu, Nurin memandang Surianna. Surianna bagaikan faham maksud pandangan Nurin itu.
"Ok.. Teruskan" kata Surianna.
"Eerr.. Sebenarnya Hafzal tak salah. Saya yang salah" Nurin memulakan cerita.
"Kalau awak nak tahu, apa yang awak tengok tu sebenarnya cuma satu insiden yang tak disengajakan " dengan tenang Nurin menjelaskan.
"Tak disengajakan? Ok.. " Surianna menantikan cerita seterusnya.
YOU ARE READING
Cinta Yang Terhalang
RomanceCinta yang dipupuk sejak zaman sekolah lagi. Kerana kecewa kekasih yang amat dicintai berkahwin dengan abangnya sendiri, Hafzal membawa diri ke Australia. Pulang ke tanah air setelah 5 tahun berlalu. Surianna, kesedihannya tidak pernah padam. Pertam...