Nabila duduk di sofa, dia penat setelah seharian mengemas rumah. Orang cuti berehat, dia mengemas bukan apa dia rimas kalau tengok barang bersepah sikit.
"Eh, Nabila.. " Puan Zarina mencuit bahu anak perempuannya.
"Umi ni, terkejut Akak tau main cuit pulak" kata Nabila apabila uminya mencuit bahunya.
"Eh, eh umi cuit aje bukannya umi tampar bahu kau sampai nak terkejut bagai" Puan Zarina duduk di sebelah anaknya.
"Eh, adik kau ada telefon tak? " soal Puan Zarina.
Huh! Rindulah tu kalau tak, takkan nak tanya. Itulah, hari tu pukul tak ingat dunia. Lepas tu bila anak tu jauh tahu pulak tercari-cari. Nabila mengata umiya, dia sebenarnya geram dengan tindakan uminya yang memukul adiknya.
"Entahlah.. Tak ada pun" kata Nabila. Hakikatnya, Hafzal selalu menelefonnya menanyakan khabar keluarga.
"Takkan tak ada langsung? " Puan Zarina tak puas hati.
"Tak ada, "
"Hmm.. Manalah dia pergi ni? Dia tak fikir ke perasaan umi? Macam mana orang risau keadaan dia? " kata Puan Zarina.
"Dia merajuk dengan umi kot? Itu yang dia keluar rumah ni. Salah umi lah, pergi pukul dia buat apa" selamba sahaja Nabila berkata.
"Eh, eh salah aku pulak. Aku pukul dia bersebab bukan saja-saja aku nak pukul dia" balas Puan Zarina.
"Yelah, lagipun teruk kut umi pukul dia. Salah ke dia jumpa kak Suri" tiba-tiba Nabila diam. Alamak! Terlepas cakap pulak, mampus kena baham dengan umi nanti. Nabila pandang uminya perlahan-lahan.
"Kenapa ye? Kenapa semua orang dalam rumah ni asyik nak membela perempuan tak guna tu? Apa hebat sangat ke dia tu? " Puan Zarina sudah naik angin.
"Alah umi... Janganlah marah, mahu tak perginya Hafzal kalau umi terus marah macam ni" kata Nabila sedikit takut.
"Korang yang buat aku marah, takkan aku nak melenting tak tentu pasal kalau tak ada sebab? " balas Puan Zarina.
"Umi... Apa kata umi sabar dulu. Tenangkan fikiran, tarik nafas dalam-dalam. Umi ni garang sangatlah. Cuba umi lemah-lembut sikit mesti Hafzal balik" pandai pula Nabila mengajar uminya.
"Tak payah nak mengajar akulah, aku tahu macam mana nak kawal diri aku. Dahlah! Cakap dengan kau, buat sakit hati aje! " Puan Zarina merengus lalu mengatur langkah pergi dari situ.
.......................-............................
HAFZAL duduk di bangku berhampiran tasik, dia penat setelah lama berjoging. Air mineral yang baru sahaja dibelinya terus diteguk hilang sikit rasa dahaganya.
"Eh! Hafzal! " Hafzal menoleh ke belakang apabila namanya dipanggil seseorang.
"Nurin! Kita ni dah macam berjanji pulak kan. Asyik terjumpa aje" seloroh Hafzal.
"Tulah! Awak sorang aje ke? " soal Nurin.
"Sorang ajelah, nak datang dengan siapa lagi" Hafzal buat suara kesian.
"Tak payahlah nak buat kesian kat sini. Takkan lah muka jambu macam awak ni tak ada yang nak? Mustahil lah" Nurin ketawa.
"Siapa cakap saya tak ada peneman? Saya adalah, awak aje yang tak tahu" kata Hafzal.
"Yeke? Eh, mesti cantikkan? Yelah awak pun handsome mesti orang yang jadi kekasih awak tu cantik barulah sepadan" Nurin tersengih.
"Tapi... " Hafzal diam.
"Tapi kenapa? " Nurin bertanya.
"Tak ada apalah.. " Hafzal kembali memandang tasik di hadapannya.
YOU ARE READING
Cinta Yang Terhalang
RomanceCinta yang dipupuk sejak zaman sekolah lagi. Kerana kecewa kekasih yang amat dicintai berkahwin dengan abangnya sendiri, Hafzal membawa diri ke Australia. Pulang ke tanah air setelah 5 tahun berlalu. Surianna, kesedihannya tidak pernah padam. Pertam...