Surianna menuju ke ruang tamu, macam kebiasaannya keluarganya akan berada diruang tamu dengan menonton televisyen. Yang dia pelik, ayahnya tiada pula.
Surianna melabuhkan punggung di atas sofa bersebelahan mamanya.
"Ayah mana ma? " soal Surianna.
"Ayah kat luar ambik angin katanya.. " balas Puan Suhaila sambil mengusap lembut rambut anaknya.
"Kenapa? Dia masih tak boleh terima ke? "
"Tak, dia ok aje. " balas Puan Suhaila.
Surianna tidak puas hati, dia bingkas bangun lalu keluar dari rumah. Surianna melihat ayahnya duduk seorang diri di taman. Surianna menghampirinya.
"Ayah.. " panggilnya lembut.
"Eh, Suri duduklah.. " pelawa Encik Raden.
Surianna menarik kerusi lalu duduk."Ayah.. Ayah masih fikir pasal Suri ke? Suri mintak maaf kalau ayah masih marah dengan Suri" ujar Surianna. Bimbang ayahnya masih rajuk dengannya.
"Tak adalah Suri.. Ayah tak fikir apa-apa pun, sepatutnya ayah yang mintak maaf pada kamu. Ayah bukannya apa, ayah sayang nak lepaskan kamu" sayu pandangan Encik Raden pada anaknya.
"Ayah.. Insyaalah nanti kalau Suri dah kahwin Suri akan balik. Suri masih ada keluarga" kata Surianna.
"Tak apalah, ayah doa semoga nanti kamu bahagia dengan Hafzal. Semoga korang dalam jagaan Allah selalu " ucapnya sendu.
Surianna terus memegang bahu ayahnya.
"Suri pun harap macam tu ayah. Insyaalah berkat doa ayah sekeluarga. Sekarang ni baru Suri nak rasa bahagia ayah.. Afiq pun dah mula nak rasa kasih sayang sebab orang dah mula sayang dia.. " ceria suara Surianna.
"Alhamdulillah.. "
Puan Suhaila melebarkan senyuman apabila melihat mereka sudah berbaik semula.
..............................-............................
3 bulan kemudian....
Surianna melihat penampilannya pada cermin. Hari ini, ialah hari yang sangat bahagia di dalam hidupnya. Baru sebentar tadi, dia sudah sah menjadi isteri kepada Hafzal . Rasa syukur tak terhingga sangat pada yang Maha Esa. Sekarang, dia bersiap semula.
Kedengaran suara riuh orang ramai di luar rumah menguruskan kenduri.
"Hmmm.. Cantik sangat kawan aku hari ni" puji Diana sambil mengemaskan gaun Surianna.
"Amboi... Mentang-mentang dia yang make-up, bersiap aku.. " Surianna menjeling manja kawannya.
Waktu itu, Puan Suhaila dan Puan Zarina masuk ke dalam bilik.
"Cantiknya anak mama.. " puji Puan Suhaila.
"Untung sangat Hafzal dapat kahwin dengan Suri " puji Puan Zarina pula.
Surianna hanya tersenyum kepada mereka.
"Kamu dah sedia? Pengantin lelaki dah sampai tu" kata Puan Suhaila. Surianna hanya mengangguk sebelum bangun. Mereka sama-sama keluar dari bilik.
Waktu itu, Surianna melihat Hafzal yang segak dengan pakaiannya bersama tengkolok. Sungguh menawan, Surianna diiringi Diana menuju ke arah pengantin lelaki.
Surianna menyalami suaminya, penuh hormat dia menciun tangan suaminya. Hafzal tidak lepas pandang ke arah isterinya. Wajah jelita Surianna hari ini megetarkan jiwanya.
Surianna memaut lengan suaminya lalu berjalan perlahan menuju ke arah pelamin diiringi ahli keluarga.
Encik Raden bahagia melihat anaknya yang sudah berkahwin. Waktu itu, Puan Zarina menghampirinya.
YOU ARE READING
Cinta Yang Terhalang
RomanceCinta yang dipupuk sejak zaman sekolah lagi. Kerana kecewa kekasih yang amat dicintai berkahwin dengan abangnya sendiri, Hafzal membawa diri ke Australia. Pulang ke tanah air setelah 5 tahun berlalu. Surianna, kesedihannya tidak pernah padam. Pertam...