8

148 2 0
                                    

"Mak Long! " Atirah menjengukkan kepala di muka pintu. Mencari ibu saudara kesayangannya. Sudah lama dia tidak membawang dengan ibu saudaranya. Dia ada berita sensasi yang perlu di beritahu kepada mak longnya.

"Tirah! Mak long kat sini hah! " sahut Puan Zarina. Atirah menghampiri Puan Zarina yang sedang memberikan ikan makan di kolam hiasannya.

Atirah menyalami Puan Zarina, dengan sopan dia mencium tangan Puan Zarina.

"Mak long sihat? " soal Atirah ramah.

"Sihat aje, kau ni pergi mana? Lama sangat tak nampak muka? " Puan Zarina duduk di bangku yang tersedia di halaman rumah. Atirah juga melabuhkan punggung di hadapan Puan Zarina.

"Orang sibuk kerjalah, mak long. Lepastu, ramai yang order barang kita. Itu yang tak ada masa nak datang sini" balasnya dengan gaya gedik.

"Ni hah, Tirah ada buatkan mak long Kek batik. " Atirah menghulurkan bekas yang berisi beberapa potong kek di dalamnya.

Waktu itu, Nabila datang bersama segelas air oren lalu diletakkan di hadapan uminya. Nabila tidak langsung menegur sepupunya itu jauh sekali nak salam. Dia sudah kenal benar dengan sikap busybody sepupunya itu. Uminya pula sayangkan si Tirah ni, makin melampaulah dia.

Nabila mahu masuk ke dalam rumah. Malas nak berlama di sini.

"Segelas aje ke? Untuk Tirah tak ada ke? Bawaklah satu, Tirah dahagalah penat hantar barang tadi" kata Atirah.

Nabila menarik muka, lalu masuk ke dalam rumah.

"Kamu ni dari mana? " soal Puan Zarina.

"Saya dari pekan, hantar barang yang orang order ni. Eh, maklong. Hafzal dah balik ke? " tiba-tiba dia menyoal.

"Dah, kenapa tiba-tiba tanya pasal dia? " Puan Zarina memandang pelik anak saudaranya.

"Oh, patutlah. Sebab saya nampak dia tengah makan dekat restoran tadi. Kacak dia ye" Atirah tersenyum malu.

Puan Zarina menggeleng melihat perangai Atirah. "Kau pergi dekat dia ke? "

"Tak ada pulak, sebab dia makan ada peneman" Atirah memulakan cerita hangatnya.

"Peneman? Siapa? Lelaki ke perempuan? " bertalu-talu soalan Puan Zarina.

"Perempuan lah maklong. Dan maklong kenal sangatlah perempuan ni"

Puan Zarina mengerutkan dahi. Hafzal ni keluar dengan siapa? Dengan anak kawan-kawan aku ke? Tapi anak kawan-kawan aku pun aku tak pernah tengok. Maknanya aku tak kenallah.

"Siapa? " Puan Zarina sudah tidak sabar.

"Surianna" terjegil mata Atirah memberitahunya.

Berubah muka Puan Zarina setelah nama Surianna disebut.

"Kalau, mak long tengoklah kan. Tirah rasa mesti mak long marah. Diorang makan berdua siap bersuap lagi. Kalau ikutkan hati Tirah ni mak long, nak aje Tirah pergi serang si Suri tu. " bersemangat Atirah bercerita.

"Tak guna punya perempuan.. " dada Puan Zarina sudah turun naik.

"Lebih baik maklong jaga Hafzal tu elok-elok. Nanti tak pasal-pasal perempuan tu goda dia, lepastu diorang kahwin nanti. Tak pasal-pasal Hafzal pulak jadi mangsa sial dia tu" api Atirah.

"Tak apa, aku tahu macam mana nak ajar diorang. Kali ni, aku takkan biarkan Hafzal pula jadi mangsa." kata Puan Zarina geram.

"Betul tu.. " Atirah tanpa malu meminum air oren milik Puan Zarina.

....................-.............................

Jam sudah menunjukkan pukul 6:30 petang. hafzal sampai di rumah tetapi dia tidak keluar dari kereta. Kepalanya disandarkan pada kusyen kereta. Dia terkilan apabila tidak dapat bertemu Surianna semasa waktu balik tadi. Surianna cepat-cepat tinggalkan ofis. Hafzal meraup mukanya, waktu itu dia terlihat uminya sudah berdiri di muka pintu sambil memeluk tubuh dengan muka serius.

Cinta Yang TerhalangWhere stories live. Discover now