13

122 4 0
                                    

Hafzal tidak dapat duduk diam, entah kenapa sejak akhir-akhir ni makin membuak-buak rindunya pada Surianna. Hafzal nekad, dia mahu pergi rumah Encik Raden. Dia mahu berjumpa dengan Surianna, dia bingkas bangun. Kunci kereta dicapainya. Baru sahaja dia mahu melangkah keluar, uminya muncul.

"Nak pergi mana? " soalnya serius.

"Umi.. Hafzal nak keluar kejap, nak pergi rumah kawan " Hafzal mereka cerita.

"Oh, nak pergi rumah kawan? Jangan ingat umi bodoh ye.. Kamu nak pergi rumah perempuan tu kan? "

Hafzal diam seribu bahasa. Nampaknya, umi tahu tentang agendanya.

"Kamu ni degil betul kan? Apa hebat sangat perempuan tu sampai kamu tergila-gilakan dia? Huh! Aku memang syak yang perempuan tu gunakan cara bomoh. Kamu dah kena jampi dia! " Puan Zarina meninggikan suara.

"Astaghfirullahalazim umi. Tak baik umi berprasangka buruk macam tu kat Suri. Dia tak ada niat macam tu pun umi, dia baik. Hafzal cuma nak melawat dia aje, dia sakit.. " jelas Hafzal.

Bertambah sakit hati Puan Zarina apabila Hafzal asyik membela Surianna.

"Hei! " Puan Zarina menampar belakang tubuh anaknya.

"Kau masih nak bela dia lagi ye! Aku ni umi kau tau, aku ni lebih bernilai di mata kau daripada perempuan tu! Kau sanggup melawan aku, kau sanggup sakitkan hati aku semata-mata untuk bela perempuan tu! " marah Puan Zarina.

"Umi, Hafzal tak ada niat pun nak sakitkan hati umi. Cukuplah umi, tak payahlah kita nak hidup benci membenci sesama kita. Takkan ada langsung kemaafan umi pada Suri? " Hafzal dengan berani bertanya.

"Maaf? Senang aje kau cakap ye, kau ingat dengan apa yang dia dah buat pada keluarga aku? Apa yang dia dah buat pada abang kau, kau ingat senang-senang ke aku nak maafkan dia? Aku takkan maafkan dia sampai aku mati! " tegas Puan Zarina.

"Umi tapi.. Bukan salah dia kan.. " kata Hafzal.

"Kau apa tahu? Masa kejadian tu kau tak ada, jadi tak payah nak buat tahu! " Puan Zarina menunjal kepala anaknya.

"Tapi Hafzal dah sayang dia umi.. " Hafzal masih degil. Dia tetap dengan cintanya.

"Cinta? Heii.. Macam nak pecah gegendang telinga aku ni dengar. Aku tak peduli cinta korang seluas laut ke,setinggi gunung ke apa ke. Aku tetap takkan terima perempuan tu masuk dalam keluarga ni!" jerit Puan Zarina.

Terkedu Hafzal mendengar jeritan uminya.

"Kau dengar sini baik-baik. Kalau kau masih nak dengan perempuan tu, bagi aku kau anak derhaka! " terjegil mata Puan Zarina sambil memberi amaran. Kunci kereta anaknya dilempar ke luar rumah. Hafzal memicit kepalanya, dia berasa tertekan saat ini. Hafzal mengambil kunci keretanya lalu masuk ke dalam kereta. Kereta Hafzal keluar dari pekarangan rumahnya. Hafzal terus memandu tetapi tujuannya tidak ke rumah Surianna, tetapi ke rumah sahabat lamanya.

Dalam beberapa minit, Hafzal sampai di kondo milik sahabatnya.

Adli yang baru sahaja selesai memasak terus ke ruang tamu selepas mendengar ketukan pintu.

Adli membuka pintu, kelihatan Hafzal yang masih berdiri di luar.

"Eh, Hafzal. Mari masuk" pelawa Adli. Hafzal membuang kasut lalu melangkah masuk ke dalam rumah sahabatnya.

"Kau ni datang mengejutlah, tak bagitahu pulak tu nak datang" kata Adli sambil mengunci pintu. Hafzal terus baring di atas sofa sambil memicit kepalanya.

"Hei, kenapa ni? Macam ada masalah aje aku tengok" kata Adli.

"Memang aku ada masalah pun. Li, aku nak mintak tinggal kat sini dalam beberapa bulan ni boleh? " minta Hafzal.

Cinta Yang TerhalangWhere stories live. Discover now