11

123 3 0
                                    

Surianna memegang tepi bibirnya yang masih sakit. Tidak berapa nampak sangat lebam tu, masa dia balik tadi pun mama tak perasan. Dia tak ada tegur pun pasal lebam kat mulut aku ni.

Waktu itu, Hafiz masuk ke dalam bilik. Dia menghampiri mamanya.

"Mama" panggilnya.

"Ye sayang, kenapa ni? " Surianna mengangkat anaknya duduk di atas pangkunya.

"Kenapa pipi mama merah? " soal Hafiz.

Terkedu Surianna, Hafiz perasan ke? Aduh, macam mana nak jawab ni?

"Oh.. Mama jatuh tadi. Itu yang pipi mama merah.. " Surianna terpaksa berbohong.

"Ooo... Mama, jomlah makan dengan Hafiz. Tadi tak sempat nak makan dengan mama" manja kedengaran suara Hafiz.

"Oklah, jom.. Mama temankan ye" Surianna berjalan beriringan bersama anaknya ke dapur. Semua keluarganya berada di ruang tamu, riuh kedengaran suara Zulaikha dan Ikmal.

Surianna membuka tudung saji, masih ada lauk-pauk. Surianna duduk di atas kerusi, Hafiz duduk di sebelahnya.

"Mama suapkan Hafiz ye, " kata Surianna setelah selesai mengambil lauk. Sudah lama, dia tidak bermanja dengan Hafiz. Rindu pula. Asyik sibuk sahaja dengan kerja. Waktu itu, Puan Suhaila datang ke dapur. Dia mengeluarkan jus oren lalu diletakkan di atas meja.

"Dah besar, tapi bersuap lagi" Puan Suhaila berseloroh dengan cucunya. Hafiz hanya tersengih.

"Alah, tak apalah ma. Lagipun Suri dah lama tak bermanja dengan dia." balas Surianna sambil tersenyum.

"Sakit lagi ke Suri? " tiba-tiba Puan Suhaila menyoal. Surianna terus memandang mamanya. Pelik dengan soalan mamanya, takkan mama pun perasan?

"Mama perasan ke? " Surianna memandang mamanya.

"Hmm.. Kenapa ni?  Ina pukul Suri ke? " Puan Suhaila menyoal.

"Mama, Suri yang salah ma. Dia pukul Suri pun sebab Suri keluar dengan Hafzal. Mama tahu kan dia tak suka Suri" kata Surianna.

"Kalau dah tahu dia tak suka, buat apa keluar dengan Hafzal tu? Kan dah kena"

"Suri mintak maaf ma, tak apa lain kali Suri takkan keluar dengan Hafzal. Tapi, jangan bagitahu ayah ye. Nanti tak pasal-pasal dia serang umi pulak" Surianna merayu.

"Mama sedih tau orang buat anak mama macam ni.. " sayu suara Puan Suhaila.

"Salah Suri mama.. Ni semua salah Suri, benda ni jadi pun sebab Suri" Surianna menunduk.

"Suri, berapa kali mama cakap. Jangan salahkan diri sendiri. Benda ni jadi bukan salah Suri. Ini semua dugaan yang Allah bagi. Mama bukan nak halang Suri, tapi kalau boleh janganlah Suri berjumpa dengan keluarga Ina tu. Mama tahu, Hafiz masih ada ikatan dengan mereka. Tapi, mereka selalu buat Suri. Mama tak boleh terima semua ni" Puan Suhaila masih berlembut dengan anaknya.

"Ma, jangalah risau pasal Suri. Tak apa, lepasni Suri akan pastikan yang umi takkan ganggu Suri lagi" kata Surianna.

"Mama pun harap macam tu. " balas Puan Suhaila.

"Tapi, mama janganlah bagitahu ayah ye. Suri tak nak nanti ayah marah pulak " Surianna memegang tangan mamanya.

"Tak, mama takkan bagitahu ayah kamu. Mama faham, hati kamu baik Suri. Kamu tak nak keluarga kita bermusuh dengan keluarga Ina kan"

"Terima kasih ma" ucap Surianna.

.......................-.....................

SURIANNA masuk ke dalam Ofis. Hari ini, dia lewat lagi. Alah, lewat sepuluh minit aje tak apa kot? Dia perasan, Hafzal memandangnya.

"Suri.. " Hafzal memanggil tetapi, Surianna buat tak tahu aje. Malas nak melihat mukanya. Hampa wajah Hafzal, dia tahu Surianna trauma dengan insiden kelmarin. Mesti lagi benci Surianna padanya, dan tak mustahil makin jauh Surianna daripada gapaiannya.

Uminya juga begitu, semalam uminya tidak bercakap dengannya. Mukanya masam sahaja.

"Lewat kau masuk hari ni. " tegur Aira setelah Surianna duduk di tempatnya.

"Aku terlajak tidur tadi" balasnya.

"Eh, eh kau ni, macam budak-budak pulak aku tengok. " Aira tersenyum.

"Aku tidur lewat, itu yang terlajak" balas Surianna lalu membuka komputer. Mereka masing-masing membuat kerja.

Dalam beberapa jam, waktu rehat tiba. Macam kebiasaannya, Hafzal akan menunggu Surianna. Surianna yang melihatnya menggelengkan kepala. Tak habis-habis. Apapun, Surianna terpaksa melaluinya.

"Awak.. " Hafzal menghalang Surianna. Surianna menghentikan langkah. Dia tidak berkata apa, hanya memandang Hafzal.

"Awak, saya nak mintak maaf pasal umi saya. Pasal umi pukul awak" mohon Surianna.

"Tak apa, saya tak kisah pun. Apa-apa pun, saya maafkan umi awak. Yelah, ada hikmah jugak umi awak buat macam tu. Tak adalah awak jumpa saya lagi" selamba sahaja Surianna berkata.

"Awak marahkan saya ke? " soal Hafzal.

"Nampak muka saya macam marah ke? " soalnya serius.

"Awak janganlah cakap macam tu. Macam mana pun saya nak juga bersama awak. Saya tak kisah kalau awak anggap saya ni hanya kawan saja" bersungguh-sungguh Hafzal memujuk.

"Kawan ke, dah umi awak tak suka. " kata Surianna. Hakikatnya, dia sedih melihat Hafzal. Melihat lebam di muka Hafzal.

"Saya sanggup tanggung" tegas Hafzal.

"Awak, kenapa awak buat macam ni? Yang kena nanti awak tau. Saya tak nak kerana saya, awak yang jadi mangsa. Saya tak nak macam tu" berair juga mata Surianna.

"Kan saya cakap, saya sanggup terimanya. Asalkan saya dapat bersama awak" Hafzal mencapai tangan Surianna. Dia mengenggam erat tangan Surianna. Surianna hanya membiarkannya. Hafzal tidak pernah berubah, perangainya dari dulu sampai sekarang masih caring. Tetapi, Surianna masih tidak dapat menerimanya.

"Dahlah, saya nak keluar" Surianna menarik perlahan tangannya.

"Suri.. Kita keluar dua.. " kata Hafzal.

"Kenapa dengan awak ni ye? Awak dah kena macam ni pun, awak masih berani keluar dengan saya? "

"Awak tak perlu risau, saya yang akan tanggung. Saya sanggup tanggung, demi awak" tegasnya.

"Awak sanggup jadi anak derhaka kerana saya? " soal Surianna.

"Ini kehendak saya, " Hafzal masih degil.

Surianna diam, dia tidak tahu hendak cakap bagaimana lagi. Hafzal masih dengan kedegilannya. Dia terduduk di kerusi.

"Hafzal, pleaselah. Jangan seksa diri awak"rayu Surianna.

"Tapi saya nak bersama awak.. " Hafzal masih dengan keputusannya.

"Kalau awak sayangkan saya...tolong jangan seksa diri awak" terus keluar kata-kata itu dari mulut Surianna. Mereka diam masing-masing. Surianna sedar apa yang dia cakap.

"Sebab... " Hafzal diam seketika. Surianna memandang Hafzal, menanti jawapan daripadanya.

"Sebab saya sayangkan awaklah saya sanggup seksa diri saya. Saya nak sangat bersama awak, sebab saya sayangkan awak. Saya sanggup kena pukul daripada tengok awak kena pukul. Sebab saya sayangkan awak, saya masih mencari awak.. Saya sayangkan awak Suri.. " ucap Hafzal sayu.

Akhirnya, menitis jua air mata Surianna. Begitu tulus cinta lelaki ini, adakah dia rugi? Rugi kerana egonya. Makin lebat air mata Surianna.

Hafzal melutut di hadapan Surianna, perlahan-lahan dia mengesat air mata Surianna. Surianna hanya membiarkan sahaja.

"Sebab saya sayangkan awaklah.. Saya masih di hati awak, walaupun awak tak bukak pintu hati awak kat saya.. " perlahan Hafzal berkata.

Surianna memandang Hafzal. Ya, dia nampak semua keikhlasan Hafzal. Dia terus menyembamkan muka di dada Hafzal. Hafzal membalas pelukan, Surianna tidak fikir apa-apa lagi waktu ini, hanya melepaskan kesedihannya yang tidak tertanggung lagi.

Surianna merenggangkan pelukan, wajah manis Hafzal dipandangnya.

"Awak kejam.. " kata Surianna.

Cinta Yang TerhalangWhere stories live. Discover now