Diam tak diam, sudah hampir sebulan dia menjalani rumah tangga bersama Hafzal. Surianna puas dengan layanan baik suaminya, layanan keluarga mentuanya. Afiq sudah dapat biasakan dirinya dengan Hafzal.
Surianna membuka telekung, lalu disangkut di dalam almari. Mereka baru sahaja selesai solat subuh. Surianna menoleh, suaminya sudah naik ke katil semula.
"Abang.. Abang ni bila lepas solat je tidur. Jomlah bangun.. " Surianna menarik tangan suaminya.
"Abang mengantuklah sayang.. " balas Hafzal dengan suara yang mamai.
"Suka hatilah! " Surianna malas nak melayan perangai suaminya, dia keluar dari bilik menuju ke dapur.
Sunyi aje, mungkin orang lain belum bangun lagi. Abah dah ke surau mungkin tak balik lagi.
Surianna membuka lampu dapur, seperti kebiasaannya dia akan membuat sarapan buat Hafzal.
"Suri... " tegur Puan Zarina dari belakang.
"Eh, umi.. "
Puan Zarina menghampiri menantunya yang sedang memotong sayur yang baru dikeluarkan dari peti sejuk.
"Suri nak masak apa hari ni? " soalnya lembut.
"Suri nak masak mi goreng aje umi. Entah tiba-tiba aje abang nak makan mi goreng." balas Surianna sambil tangannya lincah memotong sayur.
"Pandai Suri ambik hati Hafzal. Selama ni, nak sarapan pun susah" kata Puan Zarina. Dia sudah duduk di sebelah menantunya.
"Mula-mula tu dia liat sikit nak sarapan. Lepastu dah lama-lama dia pulak yang ajak kita sarapan" Mereka sama-sama ketawa.
"Ermm.. Suri dengan Hafzal tak ada plan pergi mana-mana ke? "
"Pergi mana? Maksud umi? " Surianna tak faham.
"Pergi bercuti ke? Honeymoon ke? "
"Oh! Hafzal kata kalau dia freelah. " balas Surianna.
"Kenapa tak pergi aje masa mula-mula kahwin tu? Nak jugak pergi waktu-waktu macam ni, kan dah susah" Puan Zarina menggeleng.
"Tak tahulah umi.. "
"Ooo.. Sedap ye mengata? " mereka dikejutkan dengan suara Hafzal yang tiba-tiba sahaja muncul.
"Mana ada mengata? Kami borak pasal lain. Yang kamu ni tiba-tiba saja nak terasa kenapa? " kata Puan Zarina.
"Eleh, tak payah nak tipulah. Hafzal dengarlah.. "
Surianna hanya ketawa kecil. Hafzal terus mendekati isterinya.
"Hah! Gelak aje ye. Berdosa tau gelakkan suami " Hafzal mencuit pipi isterinya.
"Abang...umi tu, coverlah sikit. Apa ni.. " Surianna malu apabila Puan Zarina memandang mereka.
"Ada abang kisah.. " Hafzal berbisik di telinga isterinya.
"Hormatlah sikit.. "
"Haih.. Tengah bisik apa pulak tu. Amboi kamu ni Hafzal.. Tak habis-habis nak berkepit aje dengan isteri tu. Bagilah ruang sama pada Suri tu" tegur Puan Zarina.
"Alah umi...apa salahnya, Hafzal nak manja-manja dengan isteri Hafzal? " Hafzal sudah duduk di sebelah isterinya, dia sengaja mendekatkan tubuhnya pada tubuh isterinya.
Surianna memandang Hafzal semacam.
"Tak apalah.. Manjalah puas-puas umi nak ke depan kejap" Puan Zarina bingkas bangun. Di pertengahan jalan, dia melihat anak dan menantunya yang nampak sangat bahagaia. Bersama muka muram dia berlalu dari situ.
YOU ARE READING
Cinta Yang Terhalang
RomansCinta yang dipupuk sejak zaman sekolah lagi. Kerana kecewa kekasih yang amat dicintai berkahwin dengan abangnya sendiri, Hafzal membawa diri ke Australia. Pulang ke tanah air setelah 5 tahun berlalu. Surianna, kesedihannya tidak pernah padam. Pertam...