Surianna duduk berseorangan di meja makan, hari ini ayahnya langsung tidak menegurnya. Ayahnya dingin sahaja dengannya bercakap pun tak mahu. Semasa dia menghantar Afiq ke sekolah, Surianna hendak mencium tangannya pun dia mengelak.
Surianna tidak menyangka, niat mahu menghalalkan hubungannya dengan Hafzal bagaikan satu perbuatan yang haram.
"Suri.. " Puan Suhaila menegur. Dia duduk di sebelah anaknya.
"Ye ma" Surianna cuba senyum pada mamanya.
"Mama perasan hari ni, ayah lain aje. Mama tahu sebabnya, Suri jangan ambik hati dengan ayah ye sayang.. " pujuk Puan Suhaila.
Surianna tidak berkata apa tapi dia benar-benar sedih saat ini. Dia dipulaukan ayah sendiri dan tidak dapat bersama kekasih yang tersayang.
"Tapi mama.. Salah ke? Berdosa sangat ke niat kami ma? " sebak suara Surianna.
"Tak sayang. Tak. Suri, jangan sedih macam ni. " Puan Suhaila.
"Mesti ayah dah benci Suri kan? "
"Kenapa cakap macam tu? Ayah sayang Suri sebab tu dia buat macam tu.. Dia tak nak Suri derita setelah apa yang terjadi selama ni" kata Puan Suhaila.
"Kenapa susah sangat ayah nak terima keputusan Suri? Dulu waktu dia paksa Suri kahwin dengan Irham tak ada pun Suri bangkang walaupun dia tak tanya pendapat Suri" berkaca mata Surianna.
"Tapi kenapa sekarang.. Dia tak restu? Ayah tak adil."
Puan Suhaila memeluk anaknya. Dia mengusap-usap belakang anaknya.
"Ayah bukan macam tu.. Dia dulu baik sangat dengan keluarga Zarina tu. Sebab suami dia ada tolong ayah masa dulu. Sebab tu dia nak Suri kahwin dengan Irham. Tapi dia dah berubah apabila dia nampak Zarina pukul kamu. Mula dari saat tu, dia mula berdendam dengan keluarga tu" terang Puan Suhaila.
Surianna hanya melepaskan tangisan di bahu mamanya.
"Suri sayang Hafzal ma.. " tangisnya.
"Sabar ye nak. Kita sama-sama doa agar lembut hati ayah. Kita doa agar Suri dengan Hafzal dapat bersama" kata Puan Suhaila.
Encik Raden yang berdiri di sebalik dinding turut merasa sedih. Kebetulan dia balik kerana tertinggal sesuatu, semasa dia mahu ke bilik dia terdengar suara anaknya.
"Maafkan ayah Suri.. Maafkan ayah.. " ucap Encik Raden perlahan.
.........................-......................
"Hafzal! " Puan Zarina memanggil anaknya apabila Hafzal tergesa-gesa keluar dari biliknya.
Hafzal menghentikan langkah apabila uminya memanggil.
"Ye, kenapa umi? " soalnya.
"Hafzal nak pergi mana ni? Kalut semacam aje umi tengok" tegur Puan Zarina.
"Nak jumpa Suri sekejap umi." balasnya.
"Nak umi ikut sekali? "
"Tak apa umi, Hafzal boleh pergi sendiri " Hafzal sudah mengerling jam di tangan.
"Janganlah kalut sangat, cuba cakap dengan umi. Kenapa ni? "
Hafzal menghela nafas perlahan.
"Sebenarnya Hafzal nak jumpa keluarga Suri umi. Nak bincang pasal hal kami aje" terang Hafzal.
"Kalau macam tu, biar umi ikut sekali lah. Bolehlah umi sembang-sembang dengan keluarga dia" kata Puan Zarina.
"Tak payahlah umi, Hafzal pergi dulu ye" Hafzal mencium tangan uminya lalu terus keluar dari rumah.
YOU ARE READING
Cinta Yang Terhalang
RomansaCinta yang dipupuk sejak zaman sekolah lagi. Kerana kecewa kekasih yang amat dicintai berkahwin dengan abangnya sendiri, Hafzal membawa diri ke Australia. Pulang ke tanah air setelah 5 tahun berlalu. Surianna, kesedihannya tidak pernah padam. Pertam...