Surianna duduk di bangku yang disediakan di halaman rumah. Dia penat setelah menguruskan majlis seharian ini bersama keluarganya. Pada masa yang sama dia masih teringatkan Hafzal. Mengapa dia ego sangat tadi. Surianna terus menggelengkan kepala. Cuba buang apa yang dia fikirkan.
"Suri.. "
Surianna menoleh sebaik sahaja ayahnya memanggil. Encik Raden duduk di sebelah anak sulungnya.
"Ayah.. " Surianna tersenyum.
"Kenapa ni? Termenung aje, teringatkan siapa tu? " soal ayahnya.
"Eh, mana ada termenung ayah. Suri ambik angin aje kat luar. Rasa penat pulak sebab urus majlis tadi" lembut tutur Surianna pada ayahnya.
"Kesian anak ayah penat. Esok dah kena kerja. Kenapa tak ambik cuti aje? "
"Alah ayah ni, Suri tak kisahlah. Suri buat ni pun semua hanya untuk keluarga kita ayah. Untuk sara keluarga kita, Suri pun kesian dekat ayah buat kerja sorang" kata Surianna.
"Alah setakat kita anak-beranak ayah boleh tanggunglah." balas Encik Raden sambil ketawa halus.
"Tak apalah ayah. Tak salahkan Suri nak tolong ayah" Surianna menepuk lembut tangan ayahnya.
"Suri.. Ayah nak tanya sikit ni" Encik Raden membuka bicara.
"Tanyalah.. " balasnya lembut.
"Suri berbual dengan siapa? Ayah tak pernah pun tengok dia. Kawan sepejabat Suri ke? " soal Encik Raden.
"Bila tu ayah? "
"Siang tadi, Suri berdua aje dengan dia dekat meja tadi" balas ayahnya.
Surianna terdiam, macam mana nak jelaskan pada ayah ni. Nak bohong, hish tak sampai hati. Dia tak pernah nak membohongi ibu bapanya.
"Sebenarnya... " Surianna gugup.
"Sebenarnya apa? " Encik Raden memandang anaknya. Inginkan jawapan daripada anaknya.
"Sebenarnya.. Dia adik Irham" katanya. Sambil itu, Surianna sempat melihat wajah ayahnya. Nasib baik, wajah ayahnya tampak biasa sahaja. Langsung tiada riak marah.
"Suri jemput dia? Suri masih berhubung lagi dengan keluarga tu? " suara Encik Raden sedikit keras.
Encik Raden rasa marah lagi dengan keluarga Encik Rahman dan Puan Zarina. Sikap kurang ajar besannya itu tidak boleh dimaafkan. Tiba-tiba dia teringatkan insiden di hospital dahulu.
Puan Zarina menolak kasar tubuh Surianna hingga Surianna jatuh tersungkur. Tidak cukup dengan itu, dia menampar-nampar kepala Surianna.
"Kau memang tak guna! Kalau kau tak suruh anak aku keluar dia takkan jadi macam ni kau tahu tak! " jerit Puan Zarina.
"Rina.. Sabar jangan macam ni. Kita kena terima ini takdir" pujuk Encik Rahman sebak.
"Saya tak boleh terima bang, anak kita jadi macam ni disebabkan perempuan ni! Perempuan ni dengan anak dia tu yang menyebabkan Irham macam tu! " Puan Zarina menghentak kakinya di tubuh Surianna.
"Umi, umi Suri minta maaf umi." raung Surianna. Dia mahu memeluk kaki emak mentuanya tetapi pantas ditariknya.
"Kau jangan nak sentuh aku! Kalau apa-apa jadi pada anak aku, kau dengan anak kau memang pembunuh! Aku takkan maafkan korang!" tengking Puan Zarina.
"Umi.. Kalau umi nak benci Suri, nak salahkan Suri. Umi buatlah, tapi jangan benci Hafiz. Dia tak tahu apa-apa lagi umi, umi salahkah Suri, salahkan Suri! Suri terima" rayu Surianna bersama air mata yang merembes.
YOU ARE READING
Cinta Yang Terhalang
RomanceCinta yang dipupuk sejak zaman sekolah lagi. Kerana kecewa kekasih yang amat dicintai berkahwin dengan abangnya sendiri, Hafzal membawa diri ke Australia. Pulang ke tanah air setelah 5 tahun berlalu. Surianna, kesedihannya tidak pernah padam. Pertam...