Surianna memakaikan tali leher suaminya. Dia perasan Hafzal memandangnya.
"Kenapa ni? Pandang aje Suri? " soal Surianna.
"Saja.. Abang tak puas nak honeymoon dengan Suri" kata Hafzal.
"Kita baru aje balik semalam? Takkan nak pergi lagi kot? "
"Boleh aje"
"Excuse me, abang kena ingat abang tu kerja. Kalau abang kerja dengan syarikat sendiri tak apa, ini kerja dengan syarikat orang" Surianna selesai memakaikan tali leher suaminya.
"Yelah... Abang pergi dulu ye" . Surianna mengangguk lalu dengan penuh hormat dia mencium tangan suaminya.
Puan Zarina yang berada di sebalik pintu menjuihkan bibir. Sakit matanya melihat mereka. Lagi menyampah apabila anaknya mencium pula dahi Surianna.
"Abang pergi dulu.. Bye.. " Hafzal keluar dari bilik.
Surianna melambai pada suaminya, selesai itu dia terus berlalu ke dapur. Di pertengahan jalan dia bertembung dengan Puan Zarina.
"Eh, umi... Kenapa umi berdiri kat sini? " soal Surianna pelik sebaik sahaja melihat Puan Zarina yang berdiri tegak di tepi biliknya.
"Tak ada apa, saja. Umi baru keluar dari bilik" balas Puan Zarina dengan suara yang dilembut sehabis mungkin.
"Oh, tak apalah ingatkan apa tadi? " balas Surianna lalu ingin ke dapur. Tiba-tiba sahaja Puan Zarina menampar bahu Surianna dengan kuat.
"Aahh! Umi.. Kenapa ni? " soal Surianna hairan apabila Puan Zarina tiba-tiba menamparnya.
Puan Zarina memandang wajah menantunya dengan wajah yang bengis. Dia menjeling tajam menantunya sebelum berlalu dari situ.
Surianna sudah rasa tidak sedap hati. Tak mungkin Puan Zarina masih membencinya. Kalau betul Puan Zarina masih membencinya, layanan baik selama ini hayalah lakonan atau... Surianna memegang bahunya yang terasa pedih.
................................-.................................
Surianna menyelimuti tubuh anaknya yang sedang lena. Afiq tidak sihat, dia demam dari semalam. Selepas memberi makan ubat, Afiq terus terlena.
Surianna mencium dahi anaknya sebelum berlalu ke dapur untuk membuat minuman kepada sepupu Hafzal. Siapa lagi kalau bukan Atirah.
Surianna mengambil dua biji mug, lalu dituangkan air panas ke dalam mug. Belum sempat dia menuangkan air panas. Tubuhnya ditolak dari belakang, air panas terkena sedikit pada tangannya.
"Auchh! Sssttt... Umi kenapa ni umi? " soal Surianna apabila Puan Zarina sengaja menolaknya.
"Kenapa kau tanya? " Puan Zarina mencengkam lengan Surianna. Surianna mengerutkan dahi menahan sakit akibat gengaman Puan Zarina yang kuat.
"Amboi... Baiknya kau cakap dengan aku ye. Kau ingat aku dah baik? Aku boleh terima kau? "
Surianna memandang wajah bengis emak mentuanya.
"Umi.. Suri ingat umi dah boleh terima Suri. " perlahan suara Surianna.
"Apa kau cakap? Hei... " Puan Zarina menolak kepala Surianna.
"Kau dengar sini baik-baik, aku terima kau masuk dalam keluarga ni semata-mata nak balas dendam dengan kau aje! Apa kau ingat aku senang-senang nak terima kau jadi menantu aku? Jangan mimpilah! " kata Puan Zarina kasar.
"Kenapa umi buat Suri macam ni? " soal Surianna sebak.
"Sebab kau! Aku nak seksa kau cukup-cukup, biar kau rasa macam mana aku terseksanya kehilangan anak aku disebabkan kau! " tengking Puan Zarina.
YOU ARE READING
Cinta Yang Terhalang
RomansaCinta yang dipupuk sejak zaman sekolah lagi. Kerana kecewa kekasih yang amat dicintai berkahwin dengan abangnya sendiri, Hafzal membawa diri ke Australia. Pulang ke tanah air setelah 5 tahun berlalu. Surianna, kesedihannya tidak pernah padam. Pertam...