Selepas solat, Surianna duduk termenung di atas tikar sejadah. Pagi tadi, Hafzal malas nak pergi kerja katanya tak sedap hati nak tinggalkan Surianna. Surianna memujuk akhirnya barulah Hafzal pergi kerja.
Waktu itu, dia memandang anaknya yang tidur lena. Afiq baru sahaja lepas makan, dia memang suka tidur pada waktu-waktu begini.
"Hoi! " jerkah Puan Zarina.
Surianna yang tengah mengelamun itu terkejut. Dia memandang wajah ibu mertuanya.
"Amboi, amboi... Dah insaf ke? Sampai telekung pun tak nak buang? " sindirnya.
Surianna mengerling Puan Zarina bersama bestfriend dia. Siapa lagi kalau bukan Atirah.
"Saya baru lepas solat umi" kata Surianna.
"Solat konon, tak payah nak berlakonlah.. Orang macam kau ni tahu ke solat? Entah-entah pakai aje telekung tapi tak solat, saja nak ambik hati mak long" sampuk Atirah. Jahil sungguh katanya.
Surianna tidak menjawab, dia membuka telekungnya.
"Kau mari sini! " panggil Puan Zarina. Surianna melipat sejadah lalu dileatkkan di dalam almari sebelum menghampiri Puan Zarina.
"Kenapa umi? " soalnya perlahan.
"Kenapa? Huh! Tu kat dapur tu. Baju banyak berlonggok-longgok dalam bakul tu. Aku nak kau basuh, nak siap hari ni jugak" katanya kasar.
"Eerr.. Satu lagi, kau jangan lupa basuh pinggan pulak. Tadi kitaorang baru aje lepas makan nasi banyak jugaklah pinggan yang kotor. Tirah dah nak basuh.. Tapi mak long tak bagi. Kau basuh ye" sinis kata-kata Atirah.
"Baik.. " balas Surianna.
"Tunggu apa lagi? Pergilah! " Puan Zarina menolak Surianna. Surianna hampir jatuh, dia tidak berkata apa. Surianna menahan hati lalu menuju ke dapur.
Sampai sahaja di dapur, Surianna melihat singki penuh dengan pinggan kotor nampak macam sepuluh orang saja yang makan. Surianna tahu, ini semua rancangan mereka yang nak kenakannya.
Surianna beristighfar dalam hati. Dia membuka paip lalu membasuhnya.
"Kesian kau kan.. " Surianna dikejutkan dengan suara Atirah yang tiba-tiba muncul.
"Tak sedar diri, lepastu buat muka tak malu pulak kahwin dengan Hafzal. Kau ingat mak long nak aje terima kau? " kutuknya sambil memeluk tubuh.
"Macam mana pun penerimaan dia pada saya, saya redha" tenang suara Surianna.
"Kau tak payah nak perasan baguslah! Aku berani sumpah yang mak long takkan terima kau sampai kau mati. Takkanlah nak terima pembunuh anak dia jadi menantu dia. Kau tu pun tak layak kahwin dengan Hafzal" bisa katanya.
Surianna hilang sabar, tetapi segera ditahan rasa itu.
"Macam mana awak tahu yang saya tak layak dengan Hafzal? Awak tuhan ke? Sampai boleh atur jodoh orang ni? " bidas Surianna.
Atirah memandang geram perempuan di hadapannya ini.
"Kau ni memang melampau kan? Apa kau fikir kau tu bagus sangat? Kau tu kena sedar sikit, keturunan kau tu bawak malang! " Atirah menengking.
Surianna menahan hati. Ikutkan hati dia nak saja dia tonyoh muka Atirah ni dengan besi dawai.
"Memang malang pun! " Puan Zarina menghampiri mereka.
"Perempuan ni memang malang pun, menyesal aku terima dia mula-mula dulu. Huh! Rupanya keturunan lahabau! Sial! " kutuk Puan Zarina.
"Entah nanti sial apa pulak pun kita tak tahu dia nak bagi? Mak long kena hati-hati dengan dia. Jangan nanti silap hari bulan dia santau satu keluarga mak long ni. Bukan boleh percaya sangat orang macam ni" Atirah memandang benci Surianna.
YOU ARE READING
Cinta Yang Terhalang
RomanceCinta yang dipupuk sejak zaman sekolah lagi. Kerana kecewa kekasih yang amat dicintai berkahwin dengan abangnya sendiri, Hafzal membawa diri ke Australia. Pulang ke tanah air setelah 5 tahun berlalu. Surianna, kesedihannya tidak pernah padam. Pertam...