Assalamualaikum dan hai semuanya😆😆😆 Ok ari ni azi try buat story Seventeen sebab actually sebelum azi stan for The Boyz, azi dah stan untuk Seventeen terlebih dahulu... So I try to make another story for u guys to enjoy...😁😁😁So let enjoy the story... Mohon maaf jika terdapat typo or kesilapan penggunaan kata dan ayat dimana2...
Mohon vote, follow n comment k ❤
~Boom boom~
~Boom boom~Jeonghan pov...
Scoups bodoh! Kenapa dia selalu set alarm tapi tak bangun? Aish.. Kenapa mesti berakhir dengan aku yang bangun dan mandi duluan...
Disebabkan kesal Jeonghan mengambil tualanya dan melibas kaki scoups dan membuatkan scoups meringis. Namun, kembali tidur selepas itu. Jeonghan hanya menggelengkan kepalanya geram.
5minit kemudian~~~
"Hoshi bangun... Palli kita ada latihan pagi ni... Dino, jun, hansol ah... Palli irreona" Ujarku lembut walaupun geram melihat betapa sedapnya para dongsaeng ini tidur.
Hoshi, Dino, Jun dan Hansol pun terbangun dalam keadaan mamai mereka mencapai tuala dan menuju ke tandas mengabaikanku disisi, seolah- olah aku tiada di situ. Disebabkan terlalu mamai, Vernon sampai terhantuk pada pintu tandas membuatkanku terkekeh geli.
Memang sudah menjadi permandangan wajibku setiap hari kerana aku yang akan selalu menjadi orang pertama yang terjaga.
Tidak sangka hampir tiga tahun SEVENTEEN debut dan kini kami menjadi salah satu group kpop yang paling terkenal. Tak kusangkan sudah lima tahun aku bersama mereka. Yalah tercampur dengan tempoh trainee aku.
Bila teringat kembali kenangan itu, aku merasa sangat beruntung dan lega kerana aku tidak meneruskan niatku untuk meninggalkan SEVENTEEN sebelum debut.
"JEONGHAN HYUNG!!! HOSHI HYUNG DAN JUN HYUNG BULI SAYA DAN VERNON!" Jerit Dino dalam tandas menghentikan lamunanku.
"Jun! Hoshi! Berhenti kacau dongsaeng kalian! Palli!" Jeritku yang secara langsung membuatkan Dina dan Vernon terkekek-kekek di dalam menggelakkan Hoshi dan Jun yang dimarahiku tadi.
Setelah selesai membangunkan semua member dan bersarapan, kami pun beramai- ramai menuju ke Pledis Entertainment. Memandangkan konsert semakin dekat, jadual individual kami dikosongkan dan hanya dipenuhi dengan dance practice.
Jeonghan pov end...
Author...
Setiap gerakan Seventeen adalah sangat sukar jika dilihat, namun tidak bagi Seventeen gerakan mereka tetap hebat dan on-point. Disebabkan itulah mereka sentiasa memenangi anugerah persembahan dan koreografi terbaik kpop.
Muzik semakin rancak kedengaran. Setiap gerakan dan deru nafas semakin kedengaran menunjukkan betapa kuatnya latihan yang dilakukan oleh SEVENTEEN bagi menunjukkan yang terbaik bagi CARAT.
Namun, tanpa disedari salah seorang daripada member SEVENTEEN kelihatan lelah dan kekurangan nafas, menyebabkan gerakkannya semakin perlahan dan tidak seirama dengan membernya yang lain.
YOU ARE READING
Saranghae Uri Cheonsa❤ #Complete
FanfictionAku bukan seorang cheonsa... Aku cuma manusia biasa yang hanya memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada orang disekitarku... Aku puas kerana aku mempunyai SEVENTEEN dan CARAT bersamaku... Sungguh mereka menganggapku seperti keluarga mereka sep...