Assalamualaikum dan hai semua....
Enjoy guys...
Woozi pov....
Aku melihat ke arah hyung kedua ku yang kini sedang terbaring lemah di atas katil pesakit itu. Tubuhnya penuh dengan alatan bantuan hidup yang aku sendiri tak tahu apa fungsinya, namun padaku semua alatan itu terlihat menyakitkan.
Ku lihat seluruh memberku telah terlelap di merata- rata tempat mungkin penat. Aku dekati hyung ku yang kelihatan semakin kurus ini, ku genggam tangannya berharap semua ini hanya mimpi dan aku akan segera bangun. Mendengar kenyataan bahawa hyung ku memiliki penyakit seperti ini, sungguh menakutkan dan menyakitkan hati.
Hyungku yang dulu adalah seorang yang sangat ceria, suka mengusik kami dengan perangai evilnya tetapi kini dia hanya terbaring lemah dengan bantuan pernafasan. Sedar tak sedar air mataku mengalir membasahi pipiku, eratan tanganku menggenggam tangannya semakin kuat. Aku takut jika kehilangannya.
"Hyung... Saya mohon bangun... Saya akan biarkan hyung kacau saya, panggil saya uji uji dan biarkan hyung peluk saya sebanyak yang hyung mahu... Jadi tolonglah bangun dan kembali seperti dulu hyung..." Rayuku perlahan.
Tiba- tiba aku merasakan seseorang menyentuh bahuku perlahan, lalu ku toleh ke belakang dan kulihat orang yang menyentuhku itu adalah Vernon.
"Dia akan sedar hyung... Jeonghan hyung akan sedar dan akan terus bersama kita. Dia pasti akan sembuh!" Ujar Vernon, mengambil tempat di sebelahku.
"Hyung pun yakin, Hansol ah... Dia akan bangun dan akan sihat kembali seperti dulu... Cuma hyung takut... Hyung takut dia terlalu lena di dalam tidurnya..." Ujarku lagi. Kemudian, perlahan akau merasakan tangan hyungku bergerak sedikit menggenggam tanganku.
"Ohh... Hyung Jeonghan hyung dah sedar!" Jerit Vernon semangat. Aku memandang hyungku ini dan kulihat matanya telah pun terbuka, walaupun sedikit.
Perlahan kesemua memberku sedar dan menghampiri kami. Vernon yang sedari tadi sudah berlari keluar mencari Minhyuk hyung untuk memeriksa hyung kami, kini kembali bersama Minhyuk hyung.
Kami hanya mengikuti arahan Minhyuk hyung yang menyuruh kami untuk menunggu di luar supaya dia boleh memeriksa Jeonghan hyung. Aku menggenggam tanganku, berharap hajatku menjadi kenyataan. Hajatku supaya hyungku bertahan bersama kami.
Woozi pov end...
Jeonghan hanya menatap ke arah luar tingkap wad nya itu tanpa memandang ke arah membernya yang kini sedang menatap ke arahnya. Hanya kesunyian yang memenuhi ruangan itu.
"Keluar..." Ujar Jeonghan perlahan.
"Hani ah..." Ujar Joshua seakan sebak melihat sahabatnya yang kini terlihat seperti putus asa itu.
"KU BILANG KELUAR!!!" Jerit Jeonghan sambil membaling bantalnya ke arah membernya, namun sempat di tangkap oleh Scoups.
"Wae?! Supaya awak boleh putus asa?! Untuk apa lagi Jeonghan menutup semua ini?! Kami ni member awak! Kita adalah SEVENTEEN!" Ujar Scoups sebak.
Jeonghan terlihat sangat kacau, dia menarik rambutnya kuat membuatkan Dk berlari memeluk, menghentikan tindakan hyung nya itu.
"Hyung... Walau apapun kami akan sentiasa ada untuk hyung... Kami sayangkan hyung... Kami tak nak kehilangan hyung... Jadi, jaebal... Biarkan kami merawat hyung... Benarkan kami bersama hyung sehingga hyung betul- betul sembuh..." Rayu Dk sambil menangis, memeluk hyungnya
Jeonghan yang melihat Dk menangis itu, melepaskan pelukan Dk dan mengusap air mata adiknya itu.
"Jaebal... Jangan menangis... Kamu buat hyung sakit... Uljima..." Ujar Jeonghan membersihkan air mata Dk itu lalu memeluk dongsaengnya itu.
Melihat itu, member SEVENTEEN mendekati Jeonghan dan memeluk malaikat mereka itu erat.
"Kami takkan putus asa terhadap awak, Jeonghan ah... Kami yakin awak akan sembuh..." Ujar Scoups.
Kini ruangan itu penuh dengan tangisan sayu dan semangat baru untuk SEVENTEEN.
Jeonghan terus memeluk membernya menyalurkan segala beban yang dulu dia tanggung tetapi kini beban dia sesikit berkurang kerana ada membernya yang akan selalu ada untuknya.
"Moga kamu jumpa semangat dan harapan kamu Jeonghan ah..." Ujar doktor Minhyuk menutup pintu bilik wad Jeonghan itu. Dia terharu melihat hubungan erat antara SEVENTEEN itu.
Dia berjalan menuju ke biliknya. Nampaknya, banyak yang harus dia lakukan dan belajar supaya dia boleh merawat dan menyembuhkan Jeonghan
At Pledis Entertainment...
"Hyung!!!! Hwuaaa!!! Jun hyung pulangkan balik!!!" Jerit Seungkwan apabila Jun mengambil telefonnya.
Scoups, Jeonghan dan Joshua hanya menggelengkan kepala mereka apabila melihat dongsaeng mereka yang lain mengikuti Jun mengenakan Seungkwan.
"Sudah! Sudah! Pulangkan balik telefon Seungkwan tu, Hoshi..." Ujar Scoups namun tidak di endahkan oleh dongsaengnya itu, malah dia memberikan kepada Vernon dan Vernon memberinya kepada Wonwoo.
Jeonghan yang melihat Seungkwan yang hampir menangis itu, bangun dan mengambil telefon tersebut daripada Woozi. Dia berjalan mendekati Seungkwan dan....
"Kamu ingat hyung akan pulangkan? Uwekkk!!!" Jerit Jeonghan berlari selepas menjelirkan lidahnya ke arah Seungkwan. Dia melompat apabila melihat Seungkwan menggapai tangannya untuk mengambil telefonnya itu.
Member SEVENTEEN yang lain hanya ketawa apabila melihat perangai evil Jeonghan yang sudah keluar itu.
"Hani ah... Pulangkanlah balik... Kesian Seungkwan nak menangis tu." Ujar Scoups cuba menghentikan perangai evil Jeonghan. Namun yang ditegur hanya menggeleng sambil terus mengusik Seungkwan.
Jeonghan terus berlari- lari dengan telefon Seungkwan dan kadang memberinya kepada member lain. Melihat itu Scoups dan Joshua memandangi antara satu sama lain lalu bangun dan turut serta mengerjai Seungkwan.
Terjadilah kejar mengejar di antara ahli SEVENTEEN. Dengan Seungkwan yang tak henti menangis kerana dikerjai dan SEVENTEEN yang asyik mengusiknya.
Sementara para manager SEVENTEEN yang sedsri tadi melihat SEVENTEEN yang sedang berlari- larian itu, hanya tersenyum bahagia.
"Hyung... Saya taknak kehilangan walau seorang pun dari mereka walaupun saya hanyalah manager mereka... Jeonghan akan sembuhkan hyung?" Tanya manager Lee kepada manager Kim membuatkan manager Kim dan manager Kang memandang ke arahnya.
"Tak! Dia akan sembuh! Hyung percayakan dia...." Ujar manager Kim melihat ke arah Jeonghan yang sedang berguling guling di atas lantai itu.
"Nado..." Ujar manager Kang dan manager Lee yang turut percaya Jeonghan akan sembuh.
TBC
YOU ARE READING
Saranghae Uri Cheonsa❤ #Complete
FanfictionAku bukan seorang cheonsa... Aku cuma manusia biasa yang hanya memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada orang disekitarku... Aku puas kerana aku mempunyai SEVENTEEN dan CARAT bersamaku... Sungguh mereka menganggapku seperti keluarga mereka sep...