Enjoy read guys....Wonwoo pov...
Apa yang aku dengari tadi? Betulkah? Aku menggigil. Aku takut... Takut dengan apa yang kudengari sebentar tadi.
Perlahan aku memusingkan tubuhku dan berjalan menjauhi ruangan itu dan menuju ke rooftop Pledis. Ku pandang fail yang ada ditanganku. Fail yang diberi oleh Scoups hyung, menyuruhku memberikannya kepada CEO untuk ditandatangani. Namun, niatku terbatal kerana terdengar perbicaraan yang membuatkan ku kini tergamam dan takut.
Jeonghan hyung... Hyung yang selalu kulihat tersenyum dan mengerjai kami dengan perangai evilnya itu memiliki penyakit itu? Tidak ini hanya kebohongan! Pasti aku salah dengar!
Tapi semuanya jelas Wonwoo! Semuanya jelas... Jeonghan hyung... Tak! Tak mungkin!
Sekejap kenapa air mataku mengalir ni? Wae?! Hyung... Jeonghan hyung... Hyung yang aku sayangi itu memiliki penyakit yang mematikan... Kanser otak!
Seketika aku terduduk, menangis semauku... Aku menangis kerana memikirkan betapa sakitnya hyungku itu menahan sakit, betapa kuatnya hyungku itu menunjukkan senyumannya kepada kami.
Aku membencinya! Aku membencimu Yoon Jeonghan!
Wonwoo pov end...
Suasana di bilik latihan SEVENTEEN menjadi canggung apabila Wonwoo yang sedari tadi seperti angin satu badan dan asyik memarahi Seungkwan dan Dk yang sedang bermain.
Jeonghan yang melihat Wonwoo seperti itu, mendekati adiknya itu dan duduk disebelahnya.
"Wonwoo... Gwenchana? Wae?" Tanya Jeonghan lembut dan yang ditanya hanya menatapnya tajam.
Sakit! Itulah yang Wonwoo rasakan apabila melihat Jeonghan yang masih boleh tersenyum di depannya selepas apa yang di dengarnya sebentar tadi.
Jeonghan yang merasa dipandang tajam, cuba memegang bahu adiknya itu. Namun belum sempat tangannya memegang bahu Wonwoo, adiknya itu terlebih dahulu menepisnya kasar.
"SUDAHLAH HYUNG!!! SUDAHLAH BERLAGAK SOK KUAT!! AKU MEMBENCIMU YOON JEONGHAN!!!" Jerit Wonwoo membuatkan Jeonghan tersentak dan justeru membuatkan leader SEVENTEEN bangun dan menghampiri Wonwoo dan Jeonghan.
"Wonwoo! Kenapa kamu menjerit pada hyung kamu?! Malah kamu kurang sopan padanya!" Marah Scoups apabila dia mendengar perbicaraan Wonwoo tadi.
Jeonghan yang melihat Scoups yang kelihatan hampir hilang kawalan itu, cuba mengawal kemarahan Scoups. Jeonghan tahu Scoups paling pantang jika ada membernya yang bergaduh di depannya.
Sementara member SEVENTEEN yang lain hanya mampu memerhati dan tidak berani masuk campur. Bukan apa, mereka tidak mahu memburukkan lagi keadaan. Tapi itu tidak bermakna mereka membuat bodoh sahaja. Jika keadaan bertambah teruk, barulah mereka akan masuk campur.
"Coups.. Sudahlah... Jangan memarahinya... Mungkin saya membuatkan Wonwoo marah... Wonwoo bagitahu hyung apa yang hyung lakukan sampai kamu marah sebegini? Hyung tak suka melihat kamu marah- marah tak tentu begini..." Ujar Jeonghan lembit cuba memujuk Wonwoo supaya bertenang.
Namun yang dipujuk hanya mengalirkan air mata membuatkan Scoups yang tadinya marah, tergamam dan terkedu begitu juga Jeonghan dan ahli SEVENTEEN yang lain.
"Aku tak perlu perhatianmu Yoon Jeonghan! Aku membenci diriku kerana terlalu menyayangi hyung! Aku benci aku adalah dongsaeng yang tertipu dengan senyuman hyung! Aku membencinya!" Ujar Wonwoo lalu menumbuk cermin di depannya membuatkan tangannya berdarah.
YOU ARE READING
Saranghae Uri Cheonsa❤ #Complete
ФанфикAku bukan seorang cheonsa... Aku cuma manusia biasa yang hanya memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada orang disekitarku... Aku puas kerana aku mempunyai SEVENTEEN dan CARAT bersamaku... Sungguh mereka menganggapku seperti keluarga mereka sep...