Bosan update.😣😣😣
The8 pov...
"Jeonghan hyung!!!!" Jeritku terjaga dari tidurku. Perbualan yang aku dengar di hospital semalam seakan bermain ditelingaku.
Pintu bilikku dibuka cemas oleh Hoshi hyung. Hoshi hyung yang melihat diriku yang berpeluh dan mataku yang sembab dengan air mata, memandangku risau. Aku sendiri tak tahu kenapa aku menangis. Kenapa aku menangis?
The8 pov end...
"Eisa?(nama manja The8) Gwenchana?" Tanya Hoshi apabila melihat The8 hanya terdiam dan menangis. Hoshi langsung menghampiri The8 apabila The8 memeluk lututnya dan menenggelamkan kepalanya diantara lutut.
Hoshi memeluk adiknya itu. Dia tahu The8 bermimpi buruk. Hoshi tahu The8 bermimpi tentang hyungnya Jeonghan.
"Eisa... Pandang hyung... Waeyo?" Tanya Hoshi sambil menenangkan adiknya.
"Hyung... Jeonghan hyung tak akan tinggalkan kita kan? Saya mimpi Jeonghan pergi hyung... Saya cuba pegang tangan dia tapi saya tak dapat hyung... Saya panggil Jeonghan hyung tapi dia hanya berjalan tinggalkan saya hyung..." Ujar The8 tersedu sedu.
"Hey... Apa yang kamu cakap ni Eisa? Kenapa Jeonghan hyung nak tinggalkan kita? Kamu cuma bermimpi tu..." Ujar Hoshi kembali memeluk The8.
Setelah melihat The8 sedikit tenang, Hoshi pun menyuruh The8 mandi dan turun bersarapan. Setelah The8 keluar ke bilik air, Hoshi memandang ke sisi katil The8. Terdapat frame gambar SEVENTEEN lengkap seperti potrait keluarga.
Satu wajah yang sedari tadi dia perhatikan. Wajah yang sangat dia rindukan walaupun baru semalan mereka terpaksa berpisah.
"Hyung... Tolong jangan sakit... Kami sayang hyung..." Ujar Hoshi sambil membeli gambar wajah Jeonghan.
"HOSHI HYUNG! Scoups hyung kata kalau hyung tak turun dalam kiraan 5, dia akan pastikan hyung jalan berkaki ayam pergi ke practice room." Ujar Seungkwan yang membuyarkan lamunan Hoshi.
Sesegera mungkin Hoshi berlari ke bawah.. Takut itu pasti. Leader SEVENTEEN kalau dah bagi warning, dia akan betul- betul lakukannya.
Setelah selesai bersarapan, SEVENTEEN langsung ke practice room mereka. Walaupun sejujurnya semua member ingin melawat Jeonghan namun, mereka dilarang oleh manager mereka kerana pihak media seperti sedang kecoh tentang Jeonghan yang tiba- tiba meninggalkan konsert SEVENTEEN.
At Hospital...
"Jeonghan... Kami telah melakukan pemeriksaaan terhadap awak. Kalau awak ingin pulang hari ini, saya akan susulkan perkara ini ke doktor." Ujar nurse yang menangani Jeonghan.
"Nde, jaebal.... Saya taknak duduk hoapital. Saya akan datang semula untuk dapatkan hasil lab saya... Jadi, tolong benarkan saya pulang." Ujar Jeonghan dengan mata bersinar- sinar.
Nurse itu hanya tersenyum lalu menangguk dan keluar unruk memberitahu doktor.
"Hey! Kamu yakin dah betul- betul okay, Yoon Jeonghan?" Tanya manager Kim sedikit ragu apabila anak jagaannya itu benar- benar ingin pulang.
"Nde hyung... Lagipun bila saya kat sini, saya rasa makin sakit." Ujar Jeonghan sambil menggosok tengkuknya.
Seketika kemudian nurse yang tadinya, masuk semula.
"Jeonghan ssi, anda dibenarkan pulang oleh doktor." Ujar nurse itu sambil tersenyum.
"Jeongmal? Kamsahamnida!" Ujar Jeonghan bersemangat. Nurse itu lalu kembali beranjak keluar meninggalkan Jeonghan dan manager Kim.
YOU ARE READING
Saranghae Uri Cheonsa❤ #Complete
FanfictionAku bukan seorang cheonsa... Aku cuma manusia biasa yang hanya memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada orang disekitarku... Aku puas kerana aku mempunyai SEVENTEEN dan CARAT bersamaku... Sungguh mereka menganggapku seperti keluarga mereka sep...