Part 6 (Please)

352 21 1
                                    


Hmmm... Sedih sebenarnya bila update n no one enjoy my story...

Btw to who that still read my story then this is for u guys😁😁😁





































Manager Kim pov...

Aku memandangi Jun dan sesekali memandang ke arah Jeonghan yang sedang ditangani doktor.

TAKUT itulah yang aku alami sekarang ini. Macam mana kalau sesuatu yang buruk berlaku pada Jeonghan? Macam mana aku nak jelaskan pada Jun kalau dia tanya pasal Jeonghan?

Aku tahu Jeonghan tak bagitahu SEVENTEEN mengenai penyakitnya lagi. Aku takut aku terlepas cakap kepada Jun dan itu betul- betul akan membuat Jeonghan membenciku.

Hani ah... Jaebal... Tolonglah baik- baik...

Aku melihat ke sisi dan dapat kupastikan Jun benar- benar shock melibat keadaan Jeonghan. Padaku pula ini bukan pertama kalinya aku melihat Jeonghan sebegini. Cuma kali ini, aku melihat keadaannya semakin teruk. Sebelum ini, aku hanya melihat Jeonghan seperti ini ketika menjalani kemo.

Ya! Akulah yang sentiasa menemani Jeonghan menjalani kemo. Aku yang melihat kesakitan yang ditanggung Jeonghan. Sakit dihati ini, takde sape boleh ubati. Apabila aku melihat dia menjerit sakit, menggenggam erat tanganku seolah- olah berharap rasa sakit itu akan hilang, air mata yang keluar dari matanya dan apabila dia memuntahkan segala isi perutnya. Aku yang melihatnya...

Apabila teringat kembali semua itu, tanpa kusedari air mata ku mengalir. Ndeo jinjja cheonsa Jeonghan ah.... Takde sape yang mampu menjalani semua ini seperti apa yang kamu alami Jeonghan... Tolonglah bertahan untuk hyung, keluarga kamu, SEVENTEEN dan CARAT.

Doktor menghampiriku dan Jun.

"Boleh saya tahu adakah dia memiliki penyakit serious?" Tanya doktor di hadapanku dalam bahasa Jepun. Aku sedikit lega kerana sekurang- kurangnya Jun tidak tahu apa yang dikatakan oleh doktor ini dan diriku.

"Iya, dia memiliki kanser otak... Tapi tolong jangan bagitahu perkara ini kepada sesiapa doktor... Jeonghan ingin merahsiakannya." Ujarku dan kemudian kulihat Jun menghampiri Jeonghan. Mungkin dia tidak memahami apa yang dibicarakan antara aku dan doktor, jadi dia lebih memilih untuk melihat Jeonghan.

"Patutlah... Macam nilah... Apa yang saya boleh katakan ketegangan yang dialami oleh Jeonghan sebentar tadi menunjukkan kanser itu dah mulai merebak sedikit demi sedikit ke sekitar tubuhnya... Saya nasihatkan untuk membawa Jeonghan bagi mendapatkan rawatan pakar... Dalam keadaan Jeonghan sekarang ni, saya dapat jamin ianya mustahil untuk dia teruskan hidup seperti biasa melainkan jika dia melakukan rawatan pakar." Ujar doktor panjang lebar kepadaku.

"Dipendekkan cerita, jangka hayat Jeonghan mungkin takkan lama... Encik ada apa- apa pertanyaan?" Tanya doktor itu setelah mengatakan itu kepadaku. Aku yang sedikit tergamam hanya menggelengkan kepala.

Kemudian, doktor meninggalkan dan ku hampiri Jun yang sedang memeluk Jeonghan. Dapat kupastikan, Jun sedikit sebanyak terpukul melihat keadaan Jeonghan. Sedangkan aku yang mengetahui keadaan Jeonghan sekarang ini? Aku seakan ingin menggantikan tempat Jeonghan.

Perlahan aku menarik Jun melepaskan Jeonghan. Aku memeluk Jun dan cuba menenangkan tangisan Jun, walaupun aku sendiri tidak kuat menghadapi semua ini.

"Hyung..." Ujar Jun sayu kepadaku. Jun terus menangis di dalam pelukanku. Aku memandangi Jeonghan, dapat kulihat tubuh Jeonghan yang semakin kurus, mukanya yang pucat dan tirus itu.

Hani ah... Kamu kena sembuh! Kamu perlu Hani...

Manager Kim pov end....

Author pov...

Saranghae Uri Cheonsa❤ #CompleteWhere stories live. Discover now