Part 15 (Hope)

305 22 0
                                    

Assalamualaikan dan hai semua....

Seperti biasa, enjoy✌🏻

























At Dorm....

"Hyung! Saya dah kemas baju! Tapikan Jun hyung tak nak kemas!" Jerit Seungkwan mengadu.

"Jun!!!! Kemas baju kamu!" Jerit Scoups kembali membuatkan Jun menatap tajam ke arah Seungkwan. Seketika tatapan tajamnya bertukar kepada seringaian evil membuatkan Seungkwan bergedik ngeri melihat perangai hyungnya itu.

Jun bangun lalu mengambil patung nemo Seungkwan dan berlari keluar, membuatkan Seungkwan kaku sebentar.

"JUN HYUNG!!! PULANGKAN BALIK!!!" Jerit Seungkwan menggema satu dorm.

"Jun!!! Hyung suruh kamu kemas beg bukannya kacau adik kamu lagi!!!" Jerit Scoups membuatkan Jun membaling patung nemo Seungkwan di atas almari dapur. Selepas membaling patung itu, Jun berjalan di sebelah Seungkwan sambil menjelirkan lidahnya dan...

"Kalau kamu boleh ambillah... Hyung tak kacau kamu lagi kan? Uweekkk..." Ujar Jun menjelir lidah dan berlalu meninggalkan Seungkwan yang sebentar lagi mungkin akan menjerit lagi  jika Mingyu tak membantu mengambil patungnya itu.

"Nah dan diamlah... Hyung dan yang lain masih bersiap, Boo Seungkwan..." Ujar Mingyu malas lalu menghulurkan patung Seungkwan itu.

"Jun hyung yang kacau saya kan..." Ujar Seungkwan sambil mencebikkan bibirnya merajuk.

"Aigoo... Berapa umurmu Boo Seungkwan?" Ujar Jeonghan apabila melihat Seungkwan mencebikkan bibir. Dia mengusap kepala Seungkwan dan mengambil air sejuk di dalam peti ais di dapur itu.

Seungkwan yang merasa diperkecilkan, berlalu ke biliknya untuk sambung merajuk.

"Dia merajuk lagi hyung..." Ujar Mingyu kepada Jeonghan yang sedari tadi terkekeh melihat perangai Seungkwan.

"Biarlah... Nanti dia oklah tu..." Ujar Jeonghan lalu meneguk secawan air sejuk bagi melegakan kehausannya. Walaupun dia hanya mengemas beg tetapi tak dapat dipungkiri perkara itu sangat memenatkan.

Mingyu berjalan meninggalkan Jeonghan dan berjalan ke biliknya untuk menyambung kegiatannya yang terhenti seketika tadi untuk menolong Seungkwan.

Jeonghan yang merasa sesuatu mengalir keluar dari hidungnya itu, hanya  mengelapnya menggunakan tangannya dan melihat cairan merah itu. Dia berpusing ke arah sinki dan membersihkan darah yang mengalir keluar itu.

"Hyung... Hyung mimisan lagi ke? Hyung sakit ke? Hyung rasa pening ke, hyung?" Tanya seseorang membuatkan Jeonghan sedikit terkejut.

"Oh? Oh, ani Hoshi ah... Hyung mungkin penat je..." Ujar Jeonghan cuba membuat Hoshi sedikit bertenang. Dapat dilihat, Hoshi dengan raut wajah risau dan khawatirnya apabila melihat hyungnya itu mimisan lagi.

"Hyung... Pergilah berehat... Hyung dah habis kemas beg ke? Kalau belum, biar saya tolong..." Ujar Hoshi sedikit membantu Jeonghan membersihkan darah yang tak henti mengalir itu.

"Aniya... Gwenchana... Hyung dah habis berkemas... Kamu pula? Dah habis kemas ke belum?" tanya Jeonghan kerana dia yakin dongsaengnya itu belum habis mengemas bajunya.

"Ani..." Jawab Hoshi tanpa malu seperti jangkaan Jeonghan, dia memang belum habis mengemas begnya malah boleh dikatakan dia meninggalkannya separuh jalan. Jeonghan hanya tersenyum mendengar jawapan dongsaengnya itu.

"Hyung dah agak dah... Sudahlah kamu kemas beg kamu... Hyung dah pun selesai..." Ujar Jeonghan lalu ingin beranjak menuju ke atas, ke arah biliknya.

Saranghae Uri Cheonsa❤ #CompleteWhere stories live. Discover now