Okay guys... Even so many silent readers.... Hope u guys still enjoy ok?😍Jeonghan pov...
"Hyung... Tolong jujur pada saya... Saya sekarang di tahap berapa?" Tanyaku terus kepada Doktor Minhyuk.
"Jeonghan... Kamu kena kuat selepas dengar penjelasan hyung... Arraseo?" Tanya Doktor Minhyuk meminta kepastian dariku.
Aku hanya menganggukkan kepalaku. Aku dah bersedia untuk segalanya. Aku tahu aku jauh dari kata elok atau baik- baik sahaja. Aku telah lama menyuruh Doktor Minhyuk supaya merahsiakan keadaan sebenarku kepada manager Kim.
Aku tak ingin membebani manager Kim lagi. Cukuplah dia tahu aku mempunyai kanser, aku tak mahu dia tahu lebih dari itu. Selama ini, aku menyuruh doktor Minhyuk memberitahu manager Kim yang selagi aku menjalani kemoterapi itu, kanser ini akan terhapus sendiri.
Sedangkan kemoterapi itu sebenarnya tidak membantu lebih daripada mempermanjangkan jangka hidupku sahaja. Aku tahu aku bersalah kerana telah membohongi orang- orang yang kusayangi dan juga menyayangi aku. Tapi ini adalah pilihanku... Aku tak ingin senyuman yang ada di wajah mereka bertukar menjadi riak kerisauan dan kekhawatiran... Aku membenci itu. Cukuplah aku sahaja yang menderita...
"Jeonghan... Kanser kamu dah memasuki tahap 3 Jeonghan... Hyung minta maaf... Body kamu tak menerima rehat yang secukupnya dan kemoterapi yang kamu jalani sedikit tidak berkesan kerana kamu tidak kerap melakukannya." Terang Doktor Minhyum berat.
Aku hanya tersenyum menanggapi segala ucapannya. Aku tahu ini akan terjadi tapi ini pilihanku! Aku terlalu menyayangi SEVENTEEN sehingga aku enggan menarik diri dan membiarkan diriku diseksa.
Hahaha.... Bodohkan aku? Aku hanya terlalu bodoh menyayangi sehingga mengabaikan diriku sendiri. Tapi salahkah aku? Kejam kah aku pada diriku sendiri dengan keputusan ini?
"Jeonghan..." Panggil Doktor Minhyuk menyedarkanku dari lamunanku.
"Nde hyung... Arraseo... Hyung adakah dia tahu mengenainya?" Tanyaku meminta kepastian.
"Tidak Han... Dia cuma fikir kalau kamu dah mulai normal sedangkan kamu jauh dari kata- kata normal dan baik." Ujar Doktor Minhyuk membuatkan aku kembali tersenyum sinis.
"Hyung... Janji dengan saya tak kira apapun situasi dan keadaan saya nanti, hyung cuma cakap pada dia yang saya ok... Saya baik- baik sahaja... Jaebal hyung... Saya merayu..." Rayu aku sebak.
"Han... Kamu tak rasa ke kamu patut memberitahu perkara ini sekurang- kurangnya pada dia? Dia yang sentiasa menemani kamu... Dia yang ada di sisi kamu... Kamu tak rasa kejam ke kalau kenyataan ini terbongkar?" Tanya Doktor Minhyuk kepadaku bertubi- tubi.
Pertanyaan itu membuatkan aku terdiam sebentar. Kejamkah aku? Biarlah aku kejam! Aku kejam demi mereka! Demi orang yang aku sayangi!.
"Hyung... Lebih kejam jika saya merampas senyuman di wajahnya... Lebih kejam jika saya membuatkan wajahnya basah dengan air mata... Lebih kejam jika saya merampas semua waktu yang sepatutnya dia boleh lakukan perkara yang dia ingin tapi dia tak boleh buat sebab saya hyung..." Ujarku membuatkan Doktor Minhyuk sedikit tergamam.
"Baiklah Han... Hyung tahu kamu tahu apa yang kamu lakukan... Tapi tolong! Hyung mohon tolong bertahan sehingga hyung sembuhkan kamu! Tolong bertahan supaya segala kebohongan hyung tidak sia- sia Yoon Jeonghan..." Ujar Doktor Minhyuk membuatkan aku tersenyum.
Mampukah aku sembuh seperti biasa dan hidup seperti dahulu? Tubuhku kini sahaja semakin kurus dan dapat kupastikan pipiku semakin tirus. Semuanya efek daripada kemoterapi itu.
YOU ARE READING
Saranghae Uri Cheonsa❤ #Complete
FanfictionAku bukan seorang cheonsa... Aku cuma manusia biasa yang hanya memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada orang disekitarku... Aku puas kerana aku mempunyai SEVENTEEN dan CARAT bersamaku... Sungguh mereka menganggapku seperti keluarga mereka sep...