Part 19 (STOP!)

266 21 6
                                    

Assalamualaikum dan hai semua😚😚😚

Enjoy k✌🏻✌🏻✌🏻







"Ohhh!!!! Hyung!!! Hyung!!! Saya takut!! Hyung!!" Jerit Dk apabila ski yang dipandunya meluncur laju.

"DK ah! Rapatkan kaki kamu! Kalau kamu jauhkannya, nanti kamu jatuh!"  Jerit Jeonghan risau apabila melihat Dk yang kini takut- takut mengawal ski nya.

Sudah berapa kali Dk terjatuh dan terjatuh, membuatkan dia mengalah dan berjalan menuju ke luncur salji sahaja.

Melihat itu, Jeonghan hanya menggelengkan kepalanya dan meneruskan snow skate yang dimainkannya dari tadi. Menikmati kelajuan papan luncur itu dan bergembira dengannya.

Meluncur laju seperti melepaskan segala beban dan kesakitan yang ditanggungnya tadi. SEVENTEEN yang melihat Jeonghan menikmati permainan itu hanya tersenyum bahagia. Sekurang- kurangnya Jeonghan gembira.

Mereka bermain, bergaduh, membina orang salji dan berperang bola salji. Mereka menikmati semuanya walaupun dalam kesejukkan. Setiap aksi mereka dirakam tanpa tertinggal satu pun. Semuanya sangat natural dan tiada lakonan...

Akhirnya waktu makan tiba... Dengan berbekalkan makanan hangat sendiri, mereka menjamu selera dengan gembira. Tiada keluhan ataupun rungutan walaupun ianya cuma nasi goreng kimchi dan telur mata.

Selesai makan, mereka kembali bermain dan bermain sehingga senja. Mereka pun membersihkan diri dan menyalin pakaian mereka yang penuh dengan salji. SEVENTEEN menuju ke tempat makan yang sedia ada di situ dan menjamu selera dengan pelbagai makanan hangat dan menyelerakan. Meraikannya seolah- olah seperti satu keluarga yang sedang bercuti.

Setelah selesai makan, merka berkumpul di satu kawasan lapang beserta unggun api yang menghangatkan badan mereka. Memandangi satu sama lain serta melihat bintang dan bulan yang kini menyinari gelapnya malam.

"Aedera.... Dah lama rasanya kita tak bercuti macam ni bukan? Jujur hyung kata dah lama kita tak berkumpul sekali untuk menikmati percutian macam ni. Kalau kota berkumpul pun, itu hanya untuk record lagu, berlatih dan merakamkan music video. Tetapi untuk waktu seperti ini, rasanya dah lama tiada..." Ujar Scoups perlahan membuatkan suasana semakin menghangat.

Member SEVENTEEN yang lain hanya tersenyum manis dan mengangguk sesekali membenarkan kata- kata leader mereka.

"Kalau boleh hyung nak masa ni, kita luahkan apa yang kita rasa selama kita semua bersama sebagai satu kumpulan. Hyung pun harap kalau kamu semua ada masalah, ceritalah sesama kita supaya kita boleh rasa tenang sedikit.

Pada hyung... Hyung sangat gembira bila kumpulan kita sentiasa bersama dan mengharungi pelbagai rintangan bersama- sama selama 7 tahun kita debut.

Walaupun ada masanya kita hampir mengaku kalah dan tersungkur, hyung bersyukur kamu semua kuat.. Ani, kita semua kuat menghadapai segala masalah tu..." Ujar Scoups lagi yang kini telah pun dibasahi oleh air mata di pipinya.

"Nado, Couops ah.... Saya pun bersyukur kita semua sentiasa bersama dan harungi semua halangan ni bersama. Seperti yang kamu semua tahu saya memiliki penyakit yang mungkin akan meragut nyawa saya sekelip mata sahaja. CARAT ah... Saya sakit... Mianhae, sebab tak bagitahu kamu semua... Bukankah saya sepatutnya jujur? CARAT... saya ada benda nak bagitahu kamu..." Ujar Jeonghan membuatkan member SEVENTEEN terus melihatnya tanpa berpaling.

Jeonghan menghelakan nafasnya dan memandangi wajah membernya dan terakhir sekali dia memandangi kamera. Setelah menarik nafas dan menghembuskannya.

"Saya menghidap kanser otak... Hiks.. Hiks.. Saya nak jujur... Tapi saya takut saya akan melihat awak semua menangis di depan saya dan layan seolah- olah saya betul- betul lemah. Ye, betul! Saya sakit dan mungkin saya juga akan mati. Tapi saya tetap nak bersama dengan kamu semua! SEVENTEEN dan CARAT!" Ujar Jeonghan menangis sayu. Mingyu yang berada di sebelah Jeonghan hanya menggenggam tangan hyung nya itu sedikit memberikan semangat.

"Saya... Saya takkan mengalah... Saya akan mencuba untuk sembuh dan terus bersama kamu semua... Tetapi tolong jangan menangis.. Jangan tunjukkan kesedihan kamu di depan saya... Saya tak sanggup melihat air mata yang mengalir daripada mata kalian.. Saya sayangkan kamu... SEVENTEEN.. CARAT..." Ujar Jeonghan sambil mengusap sesuatu yang mengalir keluar dari hidungnya.

Jeonghan memejamkan matanya apabila merasakan kesakitan yang teramat sangat di bahagian kepalanya. Dia meremas rambutnya dan jangan lupa darah yang tak berhenti mengalir dari hidungnya.

Melihat itu, SEVENTEEN mulai cemas dan mendekati Jeonghan. Manager mereka yang sedari tadi melihat itu, menghampiri mereka dan manager Kim mengangkat tubuh lemah Jeonghan dan berlari ke kereta dan memberingkan tubuh Jeonghan dengan Joshua yang ememangku kepala sahabatnya itu.

Rakaman dihentikan dengan kru produser yang masih terkejut dan tergamam dengan apa yang baru terjadi, membuatkan mereka hanya menjadi pemerhati.

SEVENTEEN segara memasuki kereta mereka yang dipandu oleh manager mereka dan menuju ke hospital berdekatan.

"Jeonghan bangun... Jangan buat saya takut... Hikss...hikss... Saya taknak kehilangan awak Han... Awak kawan saya... Jaebal, bertahanlah..." Rayu Joshua memeluk kepala kawannya itu.

Sementara, Jeonghan kini kelihatan tercungap- cungap menghirup udara dan dadanya turun naik dengan laju membuatkan Joshua semakin menggigil. Perlahan... Mata itu tertutup dan nafas Jeonghan kini semakain lemah bahkan hampir tak terasa.

Joshua, Jun, Vernon dan Dk yang ada di dalam kereta itu hanya menjerit memanggil Jeonghan yang kini hanya menutup matanya dan tidak menyahut panghilan mereka.

"HYUNG!!!"

"HANI AH!!"

Mendengar teriakan para member SEVENTEEN itu, manager Kim semakin melajukan kenderaannya, tidak memperdulikan berapa banyak lampu trafficlight yang dilanggarnya tadi.

Yang ada di kepalanya kini hanya Jeonghan.

"Please stop joking Jeonghan!! Please just stop!!! I said STOP!!!" Jerit Joshua histeris.




TBC

Saranghae Uri Cheonsa❤ #CompleteWhere stories live. Discover now