Part 4 (Kenyataan)

406 21 0
                                    














































Tak sangka dah seminggu berlalu semenjak Jeonghan memasuki hospital. Kini Jeonghan turut berlatih bersama SEVENTEEN walaupun kadang dia perlu berehat kerana terlalu pening.

Akhirnya hari yang Jeonghan harap tidak perlu hadir dalam hidupnya, pun akhirnya tiba. Hari keputusan lab mengenai kesihatan dirinya keluar. Jeonghan memakai pakaian formalnya dan memaki mask serta hoodie untuk menutup wajahnya.

"Hani ah... Kamu dah sedia ke? Kamu serious nak pergi sorang- sorang tanpa member kamu?" Tanya manager Kim.

"Aniya hyung... Mereka semua masih penat sebab kami berjaga sehingga pukul 3 pagi semalam. Jadi biarkan mereka berehat." Ujar Jeonghan lalu keluar dari dorm bersama manager Kim untuk menuju ke hospital.













At Hopital...

"Jeonghan ssi.. Ini hasil lab anda... Saya ada berita duka yang perlu disampaikan Jeonghan ssi... Jeonghan ssi anda menghidap..." Ujar doktor. Seakan dipanah petir, tubuh Jeonghan beku setelah mendengar penyakit yang dihidapnya...

Setelah selesai mendengar penerangan doktor, manager Kim meminta diri dan menarik tangan Jeonghan untuk bangun. Manager Kim tahu saat ini Jeonghan terlalu terkejut dengan kenyataan yang di dengarinya.

Jeonghan berjalan mengikuti manager Kim. Matanya kehilangan fokus, fikirannya kosong. Apa yang ada sekarang Jeonghan hanya memandang hasil lab yang dipegangnya.

Manager Kim membuka pintu kereta dan mendudukkan Jeonghan di seat sebelah pemand, memasang seat belt. Dia tahu sekarang ni Jeonghan masih tergamam, begitu juga dirinya. Seakan masih tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh doktor sebentar tadi.

Manager Kim masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin sambil sesekali memandang Jeonghan yang masih terdiam. Dia terus memandu kereta itu dan menuju ke dorm.

"Hani... Kamu nak balik terus ke? Kamu taknak pergi makan atau minum dulu?" Tanya manager Kim ragu- ragu.

Sementara Jeonghan hanya menggelengkan kepalanya tanpa mengucapkan sepatah ayat sekalipun. Perlahan- lahan air mata yang ditahannya sedari tadi mengalir. Sungguh dirinya masih shock apabila mendengar penjelasan doktor mengenai penyakitnya.

Manager Kim yang perasan Jeonghan menangis itu, terus menghentikan keretanya di tepi jalan.

"Jeonghan.. Hyung nak beli kopi dan kek sekejap ye.." Ujar manager Kim lalu turun daripada kereta meninggalkan Jeonghan. Manager Kim tahu Jeonghan perlukan masa, jadi dia sengaja memberi alasan ingin membeli kopi.

Setelah ditinggalkan sendirian, Jeonghan mengeluarkan sehelai kertas yabg tersapat di dalam sampul putih bertuliskan Hospital Seoul itu.

Perlahan- lahan Jeonghan membaca setiap baris perkataan yang tertera di kertas itu dan setiap perkataan itu jugalah yang membuatkan air mata Jeonghan semakin deras mengalir.

Jeonghan meremuk kertas itu lalu meremas rambutnya. Satu perkataan dikertas itu yang membuatkan Jeonghan semakin membenci kenyataan yang sedang dihadapinya.

KANSER OTAK/LEUKIMIA

Jeonghan menangis sejadi- jadinya. Kenapa?! Kenapa mesti dirinya?! Banyak lagi penyakit lain yang ada! Kenapa mesti kanser yang bersarang di tubuhnya!

Jeonghan memikirkan nasibnya, nasib SEVENTEEN dan orang yang disayanginya. Terasa kejam sangat kenyataan ini. Perlahan Jeonghan menghapuskan air matanya menggunakn tisu dan kembali diam apabila manager Kim menuju ke keretanya.

Saranghae Uri Cheonsa❤ #CompleteWhere stories live. Discover now