Assalamualaikum dan hai semua...
Like always, enjoy guys....
At morning....
Terlihat sinar matahari menyinari bahagian ruang tamu banglo mewah yang kini didiami oleh tiga belas orang remaja lelaki itu. Ruang tamu yang kini dipenuhi dengan member SEVENTEEN yang sedang tertidur lena sambil berpelukan antara satu sama lain.
Perlahan- lahan dua orang di antara mereka tersedar dan menggosok mata mereka menghilangkan silau mentari.
"Pagi hyung... Seperti biasa bukan?" Ujar Mingyu sambil tersenyum ke arah hyungnya itu.
"Nde, Mingyu ah... Kajja kita bersihkan diri dan sediakan sarapan..." Ajak Jeonghan. Mingyu dan Jeonghan pun bangun perlahan, tidak ingin membangunkan member mereka yang lain. Menuju ke bilik air air, membersihkan diri, menyalin pakaian dan berjalan ke dapur untuk membersihkan diri.
"Kamu nak masak apa, Mingyu?" Tanya Jeonghan melihat Mingyu yang sedang menghangatkan nasi instant yang di beli mereka semalam.
"Hmmm... Apa kata hyung potongkan lobak merah dan basuh jagung yang dalam plastik tu... Kemudian potong dadu... Saya ingat nak masak nasi omelet style Cina hyung..." Ujar Mingyu dan Jeonghan hanya menganggukkan kepalanya dan melakukan tugasan sesuai arahan Mingyu.
"Hyung... Maaf pasal malam tadi... Maaf membuatmu emosional..." Ujar Mingyu perlahan dan ragu.
"Gwenchana... Kita buat macam biasa... Arraseo? Hyung pun minta maaf sebab buat kamu semua menangis..." Ujar Jeonghan sambil tersenyum melihat Mingyu yang kini sedang memasak itu.
Mereka berdua tersenyum dan berbual seperti biasa mengelakkan suasana canggung yang mungkin boleh terjadi.
"Hyung... Hyung masak apa?..." Tanya Seungkwan mamai sambil menggaruk rambutnya.
"Nasi omelet style Cina, Seungkwan ah... Kejutkan yang lain dan bersihkan diri kalian... Cepat atau tiada sarapan untuk kalian..." Ugut Jeonghan, membuatkan Seungkwan bangun dan mengejutkan membernya yang lain.
Setelah mengejutkan member yang lain, kesemua ahli SEVENTEEN membersihkan diri masing, menyalin pakaian mereka dan duduk rapi di meja makan menunggu makanan yang sedang disediakan oleh Jeonghan dan Mingyu.
"Makanan! Makanan!" Jerit Dk, Seungkwan dan Dino meriuhkan suasana. Sementara yang lain menggeleng kepala mendengar teriakan ketiga idiots itu.
"Diamlah bising!" Jerit Woozi yang moodnya memang akan sentiasa buruk di waktu pagi. Belum sempat memprotes tindakan Woozi, akhirnya makanan mereka tiba dan mereka terdiam menikmati masakan Jeonghan dan Mingyu sambil sesekali mengusik member yang lain.
"Akh... Hyu... Hyung.. Air.. Air hyung...Hyung!" Ujar Dk memegang tekaknya kerana tercekik makanan kerana bercakap sambil makan. Sedangkan Woozi dengan jahilnya mengambil gelas Dk dan meletakkannya jauh.
Joshua yang melihat dongsaengnya itu seakan separuh mati tercekik, menghulurkan gelasnya dan diambil oleh Dk tergesa- gesa lalu meminum air itu.
"Hyung! Micheosseo?!" Jerit Dk marah kepada Woozi. Sementara Woozi hanya terdiam menikmati makanannya tanpa menghiraukan teriakan Dk.
"Hyung.."Belum sempat Dk memprotes kembali.
"Duduk dan habiskan makananmu Dk..." Ujar Joshua serious, membuatkan Dk kembali duduk sopan dan memakan makanannya. Jangan dilupakan bibirnya kini memuncung kerana merajuk dimarahi oleh Joshua.
YOU ARE READING
Saranghae Uri Cheonsa❤ #Complete
FanfictionAku bukan seorang cheonsa... Aku cuma manusia biasa yang hanya memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada orang disekitarku... Aku puas kerana aku mempunyai SEVENTEEN dan CARAT bersamaku... Sungguh mereka menganggapku seperti keluarga mereka sep...