Part 7 (Pasrah)

318 22 0
                                    


Just read on ur own will





























































Jeonghan pov...

Semenjak peristiwa aku pingsan di hotel hari tu, member SEVENTEEN semakin memerhatikanku. Setiap kali aku bangun dan ingin keluar, mereka akan bertanya kemana aku ingin pergi. Setiap kali tiba waktu makan, mereka akan memastikan aku turut berada bersama mereka.

Dipendekkan cerita, semua yang dilakukan dan di mana Jeonghan berada disitu ada SEVENTEEN. Aku memuncungkan bibirku apabila mengingat kembali betapa ketatnya penjagaan mereka semua. Geram walaupun aku sedikit bahagia apabila diperlakukan seperti ini.

Cuma ini terlalu berlebihan. Mungkinkah mereka akan lebih protektif kalau mereka mengetahui penyakit sebenarku?

Ye... Penyakit yang dah lama tidak muncul dalam diriku kerana pengambilan ubatku sentiasa diperhatikan oleh manager Kim... Kadang- kadang aku serba salah dengan manager Kim apabila memikirkan dia terpaksa mengikut aku menipu SEVENTEEN tentang penyakit yang bersarang dalam diriku.

"Hyung!!! Huaaaa!!!! Hyungdeul! Mingyu hyung habiskan aiskrim saya!!!" Adu Seungkwan apabila Mingyu dengan sengaja menghabiskan aiskrimnya. Aku hanya menggelengkan kepalaku apabila melihat perangai dongsaeng ku yang saling menyakat antara satu sama lain itu.

"Hey! Kim Mingyu! Hyung kan dah beli satu- satu aiskrim. Kenapa kamu masih ambik aiskrim dongsaeng kamu tu?" Ujar Scoups geram.

"Biasalah Coups ah... Dia tu mesti nak kacau si Seungkwan tu." Ujarku sambil melirik Mingyu yang menggaruk tengkuknya itu.

"Gwenchana... Mari sini hyung ganti balik... Hyung gurau jelah... Kajja." ujar Mingyu memujuk Seungkwan yang kemungkinan akan menangis itu.

Aku kembali memerhatikan memberku seorang demi seorang. Sungguh aku ingin sembuh! Demi semua orang yang aku sayangi dan menyayangi aku.

"Hani ah... Gwenchana?" Tanya Joshua membuatkan aku sedikit canggung.

"Nde, Joshuji... Hehehe saya cuma fikir pasal konsep untuk konsert petang ni.." Ujarku beralasan.

"Aishh... Tak perlu fikirkan sangat konsep tu. Just be ourself Jeonghan ah..." Ujar Joshua sambil menepuk pelan bahuku. Aku hanya membalasnya dengan senyuman.

"Aedera! Dah puas ke?! Kita perlu gerak ke konsert sekarang ni!" Ujar manager Kim membuatkan kami semua menghampirinya.

Harap- harap semuanya akan kekal seperti ini.... Tolonglah...

Jeonghan pov end...







Author pov...

"Jeonghan... Kamu dah makan ubat kamu ke belum?" Tanya manager Kim kepada Jeonghan yang kelihatan sedikit pucat.

Setelah hampir tiga bulan SEVENTEEN menghabiskan masa mereka mengelilingi dunia untuk melakukan worldtour concert, akhirnya mereka akan kembali ke Korea pada hari ini.

"Nde, hyung. Saya dah makan tadi. Cuma entah kenapa badan saya rasa lemah. Mungkin malam semalam saya tak cukup rehat sebab saya bermain dengan Dk." Ujar Jeonghan membuatkan manger Kim mendekatinya lalu menghulurkan sebutir ubat pil dan air mineral.

Tanpa banyak soal, Jeonghan mengambil ubat yang dihulurkan dan menelannya. Jeonghan percaya dengan managernya itu. Jeonghan tahu manager Kim akan memberikan usaha yang terbaik untuk menyembuhkannya.

"Sebaik sahaja sampai, hyung akan bawa kamu ke hospital okay? Tiada penolakan..." Ujar manager Kim lembut tapi tegas.

"Tapi hyung... Bukankah nanti member yang lain akan pelik?" Ujar Jeonghan.

Saranghae Uri Cheonsa❤ #CompleteWhere stories live. Discover now