Hmmmm.... Rasa macam sedih... But it ok....Enjoy guys✌🏻
Dalam kiraan satu, dua, tiga...
"HYUNG!!!"
"Mwohae?" Tanya Jeonghan sebaik membuka pintu. Terlihat muka panik ketiga- tiga dongsaengnya.
"Hyung... Gwenchana? Kenapa hyung tak buka pintu dari tadi? Hyung tahu tak kami risau!" Jerit Wonwoo dengan airmata yang mengalir sementara Mingyu dan Vernon hanya berdiam diri kerana pelik melihat Wonwoo yang terlalu emosi.
"Wonwoo ah..." Belum sempat Jeonghan memegang tangan Wonwoo untuk menenangkan dongsaengnya itu, Wonwoo terlebih dahulu menepis tangannya kasar dan berlalu pergi.
"Hyung... Gwenchana? Saya jumpa tisu ni tadi... Kemudian, saya ketuk pintu bilik hyung tapi hyung tak jawab sebab tu Wonwoo hyung minta kami tolak je pintu bilik hyung..." Ujar Mingyu serba salah.
"Gwenchana Mingyu ah, Vernon ah... Mianhae kalau hyung buat kamu risau dan takut... Hyung cuma mimisan je tadi..." Ujar Jeonghan bohong.
Vernon yang masih tidak memahami situasi yang terjadi, hanya berlalu pergi menuju ke bil Wonwoo untuk memastikan hyung nya itu tidak apa- apa.
Mingyu pun berlalu menuju ke bilik air, sementara Jeonghan hanya menundukkan kepalanya dan memegang pintu biliknya untuk menampung dirinya yang mungkin akan jatuh bila- bila masa sahaja.
Risau jika ada yang melihat dirinya dalam keadaan seperti ini, Jeonghan segera melangkah masuk ke biliknya dan mengunci pintu. Walaupun niatnya ingin sekali berjumpa Wonwoo kerana risau dongsaengnya itu kenapa- kenapa, tetapi dia terpaksa membatalkan niatnya kerana tubuhnya kini tidak boleh mengendalikan kesakitan yang semakin kuat menjalar di seluruh tubuhnya.
Jeonghan hanya terbaring di lantai, menguling- gulingkan tubuhnya sambil menekan kuat bahagian dada dan meremas rambutnya dengan harapan sakit itu hilang.
Nampaknya ubat yang di makannya kini semakin hilang fungsinya. Adakah ini pengakhiran buatnya?
At morning....
Jeonghan terjaga dari lenanya, badannya terasa sakit- sakit kerana seharian tidur di lantai. Jeonghan bangun lalu keluar menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya.
Setelah selesai membersihkan diri dan menyalin pakaian, Jeonghan segwra turun ke bawah, menuju ke dapur untuk membantu Mingyu yang sedang menyiapkan sarapan.
"Mingyu ah... Semua tak bangun lagi ke?" Tanya Jeonghan sebaik menghampiri Mingyu.
"Ani hyung... Merwka semua tidur lambat semalam sebab tengok drama lagi... Tengoklah kat depan TV tu... Semalam dorang tertidur sampai lupa tutup TV tu, saya juga yang menutupnya pagi tadi." Adu Mingyu.
Jeonghan hanya melihat ke arah TV yang ada di ruang tamu itu dan memang kelihatan beberapa dongsaengnya yang saling tidur berpelukan di depan TV itu. Jeonghan hanya menggelengkan kepalanya apabila kelakuan dongsaengnya itu. Tetapi yang paling Jeonghan geram di antara mereka adalah Joshua yang sepertinya ikut turut serta menonton drama sehingga pagi itu.
"Kamu masak apa Mingyu? Nak hyung tolong?" Tanya Jeonghan lagi.
"Gwenchana... Semuanya dah hampir siap... Saya cuma masak stew kimchi dan daging kicap. Apa kata hyung tolong sediakan meja dan nasi?" Ujar Mingyu dan Jeonghan pun melakukannya sesuai permintaan dongsaengnya itu.
"Oh? Wonwoo hyung eodiga? Hyung tak makan sekali ke?" Tanya Minguu membuatkan Jeonghan yang sedang leka memasukan nasi ke dalam mangkuk itu, memusingkan badannya melihat Wonwoo yang dah bersiap ingin keluar.
YOU ARE READING
Saranghae Uri Cheonsa❤ #Complete
FanfictionAku bukan seorang cheonsa... Aku cuma manusia biasa yang hanya memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada orang disekitarku... Aku puas kerana aku mempunyai SEVENTEEN dan CARAT bersamaku... Sungguh mereka menganggapku seperti keluarga mereka sep...