Assalamualaikum dan hai semua😆😆😆Ok new update... Actually author nak ucapkan thanks pada semua yang sudi baca, vote n comment pada part sebelum ni.
Ok azi cadangkan klau readers baca story ni, can u guys opan SEVENTEEN Fallin Flower?
Serious boleh dapat mood...😂😂😂
Btw enjoy read😍😍😍
"Ok semua standby!" Jerit Manager Kim kepada ahli SEVENTEEN memandangkan lagi 5 minit konsert pembukaan SEVENTEEN *ODE TO YOU*.
"Nde hyung!" Jerit SEVENTEEN lalu berkumpul dan saling memegang jari mereka sambil memberi kata-kata semangat.
"SEVENTEEN FIGHTHING!!!" Jerit SEVENTEEN semangat.
Terlihat semua member terus mengambil tempat masing- masing selepas VCR pembukaan mereka habis ditayangkan.
"SCOUPS! JEONGHAN! JOSHUA! JUN! WONWOO! HOSHI! WOOZI! MINGYU! THE8! DK! SEUNGKWAN! VERNON! DINO! CARAT! SEVENTEEN!" Jerit CARAT yang menghadiri konsert tersebut lalu bermulalah SEVENTEEN *ODE TO YOU*.
Terlihat SEVENTEEN berusaha menari dan menghiburkan kesemua CARAT yang hadir ke konsert tersebut. CARAT pula turut memberi respon yang positif dan semangat dengan teriakan yang kuat dan menyanyi bersama SEVENTEEN.
Sedar tak sedar konsert telah sampai ke pertengahan. SEVENTEEN member berehat sebentar, mengelap peluh yang mengalir dan melegakan tekak dengan air sejuk yang disediakan.
Mulalah sesi pengenalan diri, setiap member memperkenalkan diri masing- masing dengan pelbagai cara yang unik bagi memastikan penonton terhibur.
Kesemua orang yang berada di situ bergelak ketawa tanpa ada yang menyedari seseorang yang sedari tadi cuba menahan sakit yang menjalar di kepalanya. Dia sentiasa cuba untuk menampilkan senyuman terbaik yang dia ada bagi memastikan tiada sesiapa perasan kalau tubuh dia kini jauh dari perkataan baik- baik.
Tanpa dia sedari, ada orang lain yang perasan akan kesakitan yang dialaminya.
Jeonghan pov...
SAKIT... itulah yang ada di fikiran ku kini... Sakit yang menjalar dikepalaku ini, tidak dapat ku sangkal lagi sangat menyakitkan. Pandanganku kadang kabur kadang benar.
Aku cuma berharap yang aku tidak pingsan dihadapan beribu CARAT yang datang untuk melihat penampilan kami ini. Dengan segala tenaga dan kekuatan yang ku ada, aku cuba untuk bertahan dan tetap tersenyum.
Jeonghan pov end...
Other pov...
Jeonghan hyung tak sihat... Aku tahu dia sakit... Muka dia terlalu pucat dan peluh yang mengalir di tubuh hyungku itu bukan peluh biasa sebab Jeonghan hyung kini nampak terlalu berpeluh sedangkan kami hanya menyelesaikan 4 buah lagu.
Perasaan gelisahku tak dapat ku simpan apabila Jeonghan hyung tiba- tiba berlari ke belakang pentas meninggalkan kami yang tercengang dengan tindakannya.
Aku memandang semua memberku yang lain dan kami hanya saling bertukar pandangan, seolah- olah bertanya apa yang harus dikatakan.
Lalu Seungkwan dan Dk mulai membuat skit kelakar mereka bagi menghentikan situasi canggung yang tengah terjadi.
YOU ARE READING
Saranghae Uri Cheonsa❤ #Complete
FanfictionAku bukan seorang cheonsa... Aku cuma manusia biasa yang hanya memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada orang disekitarku... Aku puas kerana aku mempunyai SEVENTEEN dan CARAT bersamaku... Sungguh mereka menganggapku seperti keluarga mereka sep...