Tahun 2011, Darjah 6
"Danial! Bagilah balik Nia punya pensel box tu!!"laung seorang gadis kecil molek sambil berlari dengan penyapu di tangannya. Dia mengejar lelaki itu sehingg mereka berada di hadapan bilik guru. Tiba - tiba, pintu bilik guru itu terbuka dengan luas dari dalam. Danial yang tak sempat untuk memberhentikan kakinya, terus terlanggar pintu itu. Gadis kecil itu terkedu sementara sebelum ketawanya terhambur keluar. Ketawanya terberhenti tatkala matanya menangkap wajah bengis Sir Zainurin yang merupakan guru disiplin di sekolah itu. Gadis itu menelan air liur yang terasa pahit.
"Kamu berdua ni buat apa??! Sekarang kan waktu PDPC... Kenapa kamu berdua ada dekat luar ni??!"tanya Sir Zainurin dengan nada yang kuat. Danial terus bangun dari lantai dan berdiri sedikit jauh dari gadis itu. Mereka berdua menundukkan kepala sambil menggenggam penyapu dengan perasaan yang gelisah.
"Kamu berdua ponteng kelas ke?? Nak saya report pada ibu bapa kamu??"ugut Sir Zainurin. Matanya mencerlung ke arah kami berdua.
..............
[NUR DANIA FARHANA POV]
"Sir... Ni semua salah Danial, sir... Danial yang ambil saya punya pensel case lepastu bawak benda tu lari... Saya pun kejarlah"jawabku cuba mempertahankan diri. Danial sudah memandang aku tak puas hati.
"Saya tak kira... Saya nak""Sir... Maaf mencelah tapi cikgu Zaid panggil cikgu dekat dalam"kata seseorang dari belakang Sir Zainurin.
"Baiklah... Kamu Fahim, ambil nama dua orang ni.. Lepastu bagi denda... Saya pergi dulu"balas Sir Zainurin. Fahim hanya menganggukkan kepalanya. Lepas sahaja Sir Zainurin beredar, Fahim memandang aku tajam. Mataku terkebil - kebil pandang dia sambil membetulkan cermin mata bulat aku. Fahim mendekati Danial dan merampas pensel case aku dari tangan Danial dan bergerak ke arah aku.
"Asal kau ponteng kelas??"tanya dia. Dia menghulurkan pensel case aku.
"Ishh Aim ni! Kan Nia dah cakap yang Nia tak ponteng... Danial nilah! Dia yang gi bawa lari Nia punya pensel case"balasku dengan tak puas hati. Aku sudah memncung muluku tanda geram.
"Muncungkan lah mulut tu.... Kalau aku kepit guna penyepit nanti, terus jadi muncung itik"kata Fahim selamba. Aku yang terkejut dengan kata - katanya terus menutup mulut dan menggeleng laju.
"Sib baik aku ada... Kalau tak de tadi?? Kau dah kena denda dengan sir Zai... nak ke??"tanya Fahim lagi.
"Mestilah tak nak... Yelah - yelah... Terima kasih sebab tolong Nia"balasku.
"Dah jom masuk kelas... Sat gi masa Sir Zai... Lambat kang, kena denda pula ngan dia... Aku tak nak"arah Fahim .
"Baiklah encik pengawas"akurku. Aku dan Fahim pun bergerak meninggalkan Danial yang dari tadi hanya memerhatikam gerak geri aku dan dia.
....................
[Tengku Aiden Danial pov]
"Apakah?? Dua ekor tu tinggalkan aku camtu je?? Dia ingat aku ni tunggul ke apa?? Ishhh! Ni aku tak puas hati ni... Kau tunggu, Nia"kataku dengan geram. Aku terus bergerak meninggalkan bilik guru itu. Aku melangkah masuk ke dalam kelas dan dapati Dania dan Fahim sedang bergelak tawa. Hati aku menjadi panas. Aku mendekati dia lalu mengetuk mejanya dengan kuat. Dia dan Fahim memandang aku serentak.
"Ya?? Danial nak apa??"tanya Dania dengan muka yang tak bersalah.
"Asal kau tinggalkan aku sorang - sorang kat bilik guru??"tanyaku. Dia memandang aku dengan pandangan yang pelik.
"Danial ni kenapa?? Danial dah besarkan?? Takkan Nia nak pimpin tangan Danial, bawak balik kelas pulak??"balas dia. Aku terdiam. Aku juga tak tahu kenapa aku marah sangat. Semua mata memandang ke arah aku. Aku mendengus kasar sebelum melangkah ke tempat aku.
.............
Waktu balik,
Aku berjalan ke arah pintu pagar dengan kawan - kawan aku sambil bergelak tawa dengan jenaka yang dibuat oleh Zaher. Keluar sahaja dari pintu pagar, aku ternampak Dania dan Fahim sedang bergurau senda. Hatiku mula panas. Aku melangkah ke arah mereka dengan pantas.
"Mana Pak Yah??"tanyaku memberhentikan percakapan mereka. Dania tak menjawab malah memandang tempat lain.
"Woi! Aku tanya kau ni.. Jawablah"tanyaku lagi.
"Kau nampak Pak Yah dah sampai ke sekarang ni?? Belum kan?? Kau baru keluar dari sekolah.. Kitorang ni dah lama tunggu kat sini, tak de nak bising pun"balas Fahim dengan muka masamnya.
"Kau pahal ha??! Nak cari gaduh dengan aku ke??!!"tengkingku sambil mencengkam kolar Fahim. Dania ingin mendekati aku dengan Fahim, tetapi Zaher dan Izzat dengan pantas memegang tangan dia.
"Danial! Awak ni kenapa?? Tak yahlah bergaduh pula kat sini, boleh tak??"marah Dania. Aku mengendahkan dia. Baru sahaja aku nak melepaskan tumbukan aku,
"Nia, Tuan Danial dengan Tuan Fahim.... Kenapa ni??"tanya Pak Yah yang baru tiba. Terus sahaja Izzat dan Zaher melepaskan tangan Dania.
"Tengok ni Pak Yah... Diorang nak bergaduh pula dekat sini"ngadu dia. Aku pun melepaskan cengkaman pada kolar Fahim.
"Mana ada Pak Yah, Nial just nak bergurau dengan Aim... Betul tak??"tanyaku sambil menepuk bahu Fahim.
"Ya, Pak Yah.... Mana ada kitorang gaduh, Ana ni memandai je"balas Fahim lalu menepiskan tangan aku dengan kasar.
"Kalau tak ada apa - apa... Jomlah kita gerak... Maaflah Pak Yah lambat tadi sebab kena hantar ibu ii kamu pergi kerja"balas Pak Yah.
"Tak apa, Pak Yah.... Jomlah!"balas Dania. Dia menarik tangan Fahim untuk masuk ke dalam kereta, tetapi aku lebih pantas memintasi mereka dan menolak Dania jauh dari pintu kereta. Aku masuk dengan muka tak bersalah. Dania yang memandang aku dengan tak puas hati, aku endahkan. Kereta itu pun memecut laju meninggalkan perkarangan sekolah.
.......................
[Nur Dania Farhana pov]
"Terima kasih, Pak Yah... Nia masuk dulu ya?"kataku pada Pak Yah selaku driver Fahim dan Danial. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh terjebak dengan 2 orang lelaki kaya di sekolah aku sedangkan aku ni hanya keluarga yang biasa - biasa sahaja. Ibu bapa mereka juga sangat humble hinggakan ibu dan ayah aku pun rapat dengan ibu ayah mereka. Jujurlah, memang ibu ayah aku dan parents dorang berdua pernah satu sekolah dulu dan sebab itulah mereka rapat dengan ibu bapa aku.
"Baiklah Nia.... Pak Yah balik dulu tau... Hati ii tu"balas Pak Yah.
"Okay, Pak Yah... Bye Fahim, Danial!"ujarku sebelum masuk ke dalam rumah.
"Ibu!!! Nia dah balik"laungku dari luar.
"Ya Allah! Nia... Kenapa jerit ii ni??"tanya ibuku.
"Alah ibu ni... Macam tak biasa"balasku sambil menyalam ibuku sebelum melintasinya.
"Memanglah.... Kalau Nia dah terbiasa sekarang... Macam mana kalau dah ada mertua nanti??"tanya ibuku.
"Apa ibu ni?? Jauh betul perginya"balasku.
"Ibu cakap je"kata ibu. Aku hanya membuat muka cemburut.
"Okaylah... Nia naik dulu, nak tukar baju... Nanti Nia tolong ibu ehh?"tanyaku.
"Pergilah... Macam bau bangla dah"balas ibuku.
"Ibu ni!!"kataku sambil melangkah naik ke atas.
.............
Dalam bilik,
Selesai sahaja aku membersihkan diri dan solat, aku terus mengambil diari aku. Sudah menjadi kebiasaan aku bahawa setiap kali balik sekolah, aku akan menulis diari aku dan menceritakan tentang apa yang terjadi pada hari itu di sekolah. Sedang asyik aku menulis, pintu aku diketuk dari luar. Aku terua bangun dari tempat duduk aku dan membuka pintu. Ternyata ibu yang sedang berdiri di depan pintu aku.
"Kenapa ibu??"tanyaku.
"Tadi umi Fahim call ibu.... Dia kata Fahim nak ajak Nia jogging petang ni dekat taman sebelah... Kamu nak ke??"balas ibuku.
"Kalau ibu bagi Nia pergi, Nia nak... Tapi kalau ibu tak bagi, takpelah"jawabku sambil menguis - nguis pintu dengan harapan ibu aku dapat bagi pergi.
"Pergilah.... Tapi sebelum kul 7 kena balik tau"pesan ibuku.
"Baik boss!!"aku menabik kepadanya.
YOU ARE READING
HATER TO LOVER (Complete)
RomancePada mulanya, dia sangatlah menyukai sahabat baiknya itu. Tapi akhirnya rasa suka itu bertukar menjadi benci apabila 'crush' yang disangka selama ini sahabat selamanya adalah kuih talam! Dihina, dimaki, ditengking di khalayak ramai. Membawa diri ke...