Hari yang ditunggu kini tiba. Masing-masing memeriksa pakaian dan alatan.
Vernon dan Mingyu, ditugaskan memeriksa setiap pistol dan peluru yang cukup untuk setiap ahli Seventeen berpuas hati apabila semua lengkap.
Wonwoo, ditugaskan untuk melapor segala maklumat mencuba suara menerusi earpieces masing-masing menghela nafas apabila alatan elektronik berfungsi dengan baik.
Dan masing-masing yang memeriksa berdasarkan tugas yang diberi tersenyum bersedia.
"Cheol? Are you okay?"
Risau Joshua melihat Seungcheol yang tidak senang duduk lagi tadi.
Seungcheol menggigit bibirnya perlahan.
"Eum... cuma berdebar sikit. Yelah... aku risaukan korang. Aku taknak benda yang pernah berlaku masa lawan musuh pertama kita berulang kembali."
Joshua tersenyum nipis lalu meletakkan tangannya di bahu jejaka itu.
"Believe me, everything will be alright today."
Seungcheol menghela nafasnya perlahan. Dia mengangguk mengiyakan.
"Seungkwan mana?"
"SINI! SINI! SEKEJAP!"
Seperti tahu dirinya dicari Seungcheol, dia menjerit kuat.
Seungcheol dan Joshua menggeleng kepala. Lali sudah dengan perangai rakannya yang satu itu.
Setelah beberapa minit Seungkwan kelam kabut menyiapkan diri, akhirnya dia berdiri di hadapan Seungcheol.
Semua duduk di ruang tamu menunggu kata-kata Seungkwan.
Seungkwan memegang tangan Seungcheol dan menutup matanya. Tak lama sebelum jejaka itu mengerut pelik. Dia membuka matanya namun pandangan confused dipaparkan.
"Kwan? Kenapa?"
Seungkwan terkaku seketika dan tersentak saat Jeonghan memetik jarinya di hadapan jejaka itu.
"Semuanya berjalan dengan baik. Sangat baik tapi-"
Semua mengerut mendengar kata-kata Seungkwan.
"- bila someone sasarkan pedang ke arah Chuwae, tiba-tiba semua gelap."
Semua serta merta menoleh ke arah Seokmin. Seokmin mengangkat tangannya ragu-ragu melihat pandangan rakannya.
"Woah... woah... Chill dude. Aku juga yang kena bila sebut pasal pedang. Huff!"
Seokmin menyilang tangannya tak puas hati.
"Dahtu, kau yang paling mahir pakai pedang." Seokmin memandang Mingyu tak percaya.
"Habis, selama ni aku ajar korang pakai pedang ingat basis ke apa sampai takleh nak sasarkan orang. Macam tu sia-sia betul aku punya tunjuk ajar."
Belum sempat Mingyu nak membalas, Seungcheol menyampuk,
"Okay-okay. Kitorang tak salahkan kau, DK. Kwan, boleh tengok DK punya masa depan?"
Seungkwan mengangguk.
Dia kemudian duduk di sebelah Seokmin dan melakukan perkara yang sama seperti dia lakukan ke atas Seungcheol.
Seungkwan membuka mata dan kerutan di keningnya semakin jelas kelihatan.
"Tak, bukan DK yang serang Chuwae."
Seokmin mengangkat kening memandang Seventeen yang lain. Ceh.
"Tapi, kenapa pelik?" Mata Seungkwan dalam senyap menatap seseorang.
Yang pasti, dia nampak jejaka itu dalam masa depan Seokmin.
YOU ARE READING
Imposibble Secret •S.VT•
Fantasy[COMPLETE] 🏆King Of Fantasy | BRILLANTE AWARD 2021 🥈Top 2 The Great Fanfiction | THE DIAMOND AWARD 2021 🥈Top 2 Diamante Best Fantasy | DIAMANTE AWARD 2021 . Lee Chan , seorang jejaka yang terpilih menjadi ahli terakhir Seventeen . Kehadiran dia...