Untuk kali ke nth, Chan mengeluh.
Hatinya sakit, namun dikuatkan diri.
Melihat dirinya yang teruk, dia tersenyum lemah. Sudah tak mampu mengalirkan air mata.
"Aku dah tak boleh pulang kalau macam ni. Haih..."
Dia melihat sekitar badannya. Nasibnya baik badan yang biasa ditunjukkan tidak terlalu jelas kesannya.
Dia memejam matanya sebentar. Seketika, dia membuka mata dan kesannya berkurangan.
"Ah boleh lah ni, harapnya diorang tak nampak."
Chan memakai bajunya kembali. Dia mendesis apabila fabrik itu menyentuh lukanya.
Setelah memeriksa dirinya untuk kali terakhir di lopak air, dia menggunakan kuasanya untuk berada di hadapan rumah Seventeen.
Memang niatnya nak serbu masuk, tapi Seungcheol dah memberi amaran untuk mengetuk pintu walaupun dia mempunyai kuasa teleport.
Dia menghela nafasnya. Wajah nya pucat diabaikan.
Beberapa minit berperang dengan diri, akhirnya dia mengetuk pintu. Baru dua kali, pintu terbuka dan terpapar wajah Jeonghan.
Muka kerisauan Jeonghan ditatap pelik.
Terus Jeonghan menariknya masuk dalam. Dia yang tidak bersedia hampir mendesis apabila gerakan nya memudaratkan lukanya.
"Chan pergi mana? Lambatnya balik," soal Jeonghan lembut.
Chan hanya mendiamkan diri. Memang taklah dia nak buka mulut.
"Chan dah makan? Chan lapar? Chan nak makan apa? Chan ngantuk ke?" Chan tersenyum mendengar soalan risau dari Jeonghan.
Dia mengangkat kepala sebelum menjawab,
"Erm, belum. Chan sibuk sangat tadi ehehehe," ketawa kering dibunyikan.
Jeonghan dapat mengesan ketawanya namun tidak disoalkan. Dia membawa jejaka baru itu ke dapur. Sudah memesan Mingyu untuk meninggalkan sedikit makanan.
Jeonghan menyuruh Chan duduk di meja pulau sementara dia memanaskan kembali makanan.
Sambil itu Jeonghan bertanya,
"Chan pergi mana tadi? Kenapa tak maklum dekat kami?"
Chan mengigit bawah bibirnya. Bukan niatnya tidak mahu memberitahu, tapi ketakutannya menguasai membuatkan dia gelabah.
"Maaf hyung. Chan nak cepat sangat tadi. Sempat maklumkan dekat Mingyu hyung je tadi. Lain kali Chan janji Chan maklumkan dekat hyung."
Jeonghan meletakkan makanan yang sudah dipanaskannya di depan Chan.
Dia menatap simpati melihat wajah kelaparan Chan. Pasti, jejaka ini tidak sempat makan.
"Chan taknak kongsi apa-apa dengan aku?" soal Jeonghan berhati-hati.
Chan tersentak. Dia menelan makanan nya kemudian memandang Jeonghan lama sebelum kembali menyambung makan.
Jeonghan terkedu. Jelas dia nampak anak mata Chan yang seolah merayunya.
'Kenapa kau nampak tersiksa, Chan?' bisik Jeonghan sendirian.
He can't take anymore.
Jeonghan yang tiba-tiba bangun mengejut membuatkan Chan tersedak. Menatap pelik Jeonghan yang memintanya menunggu sebentar.
"JUN! NAK PINJAM BILIK ROOFTOP BOLEH?"
Terperanjat Chan mendengar Jeonghan menjerit tiba-tiba.
YOU ARE READING
Imposibble Secret •S.VT•
Fantasi[COMPLETE] 🏆King Of Fantasy | BRILLANTE AWARD 2021 🥈Top 2 The Great Fanfiction | THE DIAMOND AWARD 2021 🥈Top 2 Diamante Best Fantasy | DIAMANTE AWARD 2021 . Lee Chan , seorang jejaka yang terpilih menjadi ahli terakhir Seventeen . Kehadiran dia...