🥂 ; sixty two

1.3K 153 46
                                    

Seventeen berkumpul di pejabat appa Hansol sebaik lelaki itu memanggil kesemua mereka.

"Kalian sudah sedia?"

Mendengar persoalaan Daen Chwe, Seventeen mengangguk semangat.

"Saya dah bagitau mereka berempat tentang kedatangan kamu semua kesana, selanjutnya mereka akan beritahu. Faham?"

Sekali lagi, Seventeen mengangguk.

"Baiklah. Selamat berjaya! Semoga kemenangan berpihak pada kita" ucapan Daen Chwe dibalas dengan senyuman yakin daripada Seventeen.

Selepas berpamitan, Chan membuka portal menuju Mamorria Queendom yang disuruh oleh Daen Chwe.

Mereka melangkah masuk dan sebaik menjejakkan kaki di lantai istana itu, mereka ternganga kerana di sekitarnya ternampak megah. Bangunan dan tiang bertakhta emas megah terbentuk.

"Selamat datang Seventeen"

Serentak mereka semua menoleh melihat singgahsana yang diduduki oleh seorang wanita.

"Tuanku"

Serentak mereka semua berlutut sebelah menghormati wanita itu.

Wanita itu bangun dan turun dari singgahsananya lalu berdiri di hadapan mereka.

"Bangunlah kalian."

Seventeen mematuhinya. Sebaik mereka mengangkat kepala, sedikit terkejut apabila muncul lagi tiga orang wanita di sisi wanita yang turun dari singgahsana itu.

Mereka berempat berjalan sehingga ke depan Jeonghan dan segera berlutut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mereka berempat berjalan sehingga ke depan Jeonghan dan segera berlutut.

"Selamat kembali Putera Jeonghan. Kami berempat sudah lama menanti kedatangan tuanku"

Jeonghan sedikit terkejut namun memahami pangkatnya dia tersenyum.

Dia melutut lalu membangunkan wanita di hadapannya.

"Terima kasih Queen Solar."

Solar tersenyum lalu mengangguk.

"Perkenalkan diri beta, beta Queen Solar. Head Queen also First Queen of Mamorria Queendom."

Solar memandang ke arah tiga wanita di belakangnya dan memahami mereka juga perkenalkan diri.

"Beta Queen Moonbyul. Second Queen of Mamorria Queendom."

"Beta Queen Wheein. Third Queen of Mamorria Queendom."

"Dan beta Queen Hwasa. Last Queen of Mamorria Queendom."

"Gelarkan kami Mamamoo"

Seventeen turut memperkenalkan diri selepas mereka berempat.

"Kami berempat asalnya merupakan pembantu peribadi Permaisuri Yoon dan kini dia menyerahkan kerajaan ini kepada kami. Kerajaan ini merupakan kerajaaan kecil milik Permaisuri Yoon di mana semua gadis dan wanita akan diajar tentang kehidupan di sini sebelum mencari pasangan di kerajaan lain. Sebelum kemusnahan Crastazia, Permaisuri Yoon telah mewasiatkan kami berempat untuk mengambil alih kerajaan ini." jelas Moonbyul tenang.

Imposibble Secret •S.VT•Where stories live. Discover now