"SEUNGCHEOLL!"
Dia menoleh memandang ke arah Joshua yang tiba-tiba menjerit nama sang ketua mereka sebelum mencari keberadaan Seungcheol.
Jeonghan dari jauh tergamam melihat tubuh Seungcheol yang jatuh perlahan-lahan.
Tidak percaya akan apa yang dilihatnya, satu air matanya jatuh sebelum semuanya bertukar putih.
Synk !
Jeonghan membuka matanya perlahan. Menyesuaikan diri dengan cahaya matahari, dia bangun dari pembaringannya.
"Eh- Han, jangan bangun. Kau masih sakit nie"
Jeonghan tersentak mendengar suara Joshua.
Joshua yang menyedari rakannya bangun menolak badannya kembali merebahkan badan.
Nak taknak, Jeonghan hanya menuruti sahaja. Dia melihat Joshua yang menuju ke mikrofon di bilik mereka untuk memaklumkan yang lain tentang keadaan Jeonghan.
"Berapa jam aku tak sedar?" soal Jeonghan memandang Joshua yang kini mendudukkan dirinya di sebelah katil Jeonghan.
"Jam? Kau dah tiga hari tak sedar, Han" ucap Joshua lembut.
Jeonghan terkedu. Tiga hari dan hanya satu jeritan dia mendengarnya.
"T -tiga hari?"
Joshua mengangguk.
"Mhmm. Kau terlebih guna kuasa kau. Yelah, kau baru dapat kuasa kau, patu sibuk nak rawat orang. Pulak tu, kau pergi masa silam Chan. Kesian budak tu tak habis salahkan diri dia sejak kau pengsan." cerita Joshua.
Jeonghan termangu seketika.
"Oh."
"Seungkwan dengan Jihoon pun kehilangan tenaga nak rawat kau sampai berjam tertidur. Itu nasib baik Makcik Hyunnie datang. Kalau t -tak, kitorang tak tahula apa jadi dengan kau." Joshua mengetap bibirnya. Tidakkah sanggup dia memikirkan tentang kehilangan Jeonghan.
Jeonghan yang menyedari kembar angkatnya itu teremosi segera duduk kembali lalu merapatinya.
"Shua-yah..."
Joshua mengangkat kepala memandangnya.
"Aku kat sini okay. Ada di sini. Depan kau. Jangan bayangkan perkara yang takkan berlaku okay. Aku tak suka" suara Jeonghan berubah lembut.
Mata Joshua sudah berkaca. Dia memukul Jeonghan,
"Kaulah! Suka buat orang risau! Dua kali pulak tu! A -aku t -takut tahu tak!"
Jeonghan tersenyum melihat Joshua yang marah di sebalik sendunya.
"Iye tak. Bukan aku nak pun. Semua nie tak dijangka tau." rungut Jeonghan pula. Dia pulak yang kena marah.
Joshua terdiam namun bibirnya menggerucut marah.
"Jangan buat lagi. Janji?"
Joshua menghulurkan jari kelingkingnya minta disambut.
Jeonghan menggeleng kecil dan tanpa banyak soal dia mengalungkan jari mereka.
"Janji."
'Aku bukan peramal masa depan, Joshua'
YOU ARE READING
Imposibble Secret •S.VT•
Fantasía[COMPLETE] 🏆King Of Fantasy | BRILLANTE AWARD 2021 🥈Top 2 The Great Fanfiction | THE DIAMOND AWARD 2021 🥈Top 2 Diamante Best Fantasy | DIAMANTE AWARD 2021 . Lee Chan , seorang jejaka yang terpilih menjadi ahli terakhir Seventeen . Kehadiran dia...