"YAH! D8! CEPATLAH!" semua yang disambungkan dengan Mingyu hampir termelatah saat mendengar jejaka tinggi itu tiba-tiba menjerit.
"AKU TENGAH CUBALAH NI! KAU TAK PAYAH LAH JERIT!" balas Minghao geram. Turut menjerit.
Seokmin, Wonwoo dan Seungkwan masing-masing memegang telinga saat terasa desingan mendengar jeritan dua jejaka itu.
"D8! NOW!"
Lantas, Minghao menggunakan kuasanya untuk mengawal minda SBin.
SBin yang sibuk mengelak peluru di udara tanpa sedar merapati Minghao yang berada di rooftop bangunan. Dia terkaku saat matanya bertemu dengan Minghao menandakan dirinya berada di dalam kawalan Minghao.
Mendapati kuasa SBin hilang, Mingyu memberatkan tubuh SBin menghempas ke lantai.
"DK, your turn."
Seokmin mengangguk dan memejam mata. Saat dia membuka mata dan sekali petik, satu rantai besi sederhana gergasi muncul di atas SBin sebelum menghempap tubuh jejaka dipukau itu.
Minghao dan Mingyu meringis sakit terasa perasaan rantai besi itu jatuh ke tubuh mereka.
"Auch, mesti sakit."
Seokmin tergelak sikit sebelum memetik jarinya sekali lagi. Sekelip mata, badan SBin dibalut dengan rantai tersebut.
Merasa diri SBin diikat ketat, Minghao segera menghilangkan kuasa ke atas SBin. Tidak ingin berlama-lama membazir tenaganya melawan yang senang.
SBin yang baru tersedar itu mendapati dirinya di dalam rantai besi itu meronta.
"WOI! LEPASKAN AKULAH! ISH!" ketiga-tiga members 97 liners menjulingkan mata menyampah.
"Boleh tak, dah kena ikat tu, duduk diam-diam?" datar suara Minghao menyoal.
SBin mengabaikan soalan Minghao dan terus menngerakkan tubuhnya membuatkan ketiga mereka terasa jengkel.
"AHH! LEPASKAN AKU LAH!"
"APESAL IKAT AKU NI!"
"ISH KENAPA AKU TAKLEH GUNA KUASA AKU NI!"
"SHIT!"
Minghao yang sudah tidak tahan itu merapati jejaka itu dan mengeluarkan pedangnya,
"Last warning. Keep quiet." Keras suara Minghao menakutkan SBin.
Dia menutup mulut tika merasai kesejukan bilah pedang kepunyaan Minghao terkena kulit lehernya.
"Good."
Minghao kembali berdiri.
"97, bawa SBin pergi gudang utama. Tempat team +1. Diorang dan 95 liners dah tunggu," Wonwoo menyampaikan maklumat.
"Okay, kitorang datang," balas Mingyu.
Dia memerhatikan Minghao yang sudah menyimpan pedangnya dan Seokmin yang mengarah SBin untuk bangun berjalan.
SBin sengaja melambat-lambatkan bangun membuatkan Minghao sekali lagi mengeluarkan pedangnya.
"Cepat bodoh. Macam siput babi." Sekali lagi, SBin segera mendengar arahan Minghao.
Thug8 vibes.
YOU ARE READING
Imposibble Secret •S.VT•
Fantasía[COMPLETE] 🏆King Of Fantasy | BRILLANTE AWARD 2021 🥈Top 2 The Great Fanfiction | THE DIAMOND AWARD 2021 🥈Top 2 Diamante Best Fantasy | DIAMANTE AWARD 2021 . Lee Chan , seorang jejaka yang terpilih menjadi ahli terakhir Seventeen . Kehadiran dia...