🥂 ; forty six

1.3K 162 29
                                    

Jeonghan menjenguk ke dalam Meeting Room mereka. Dia diberitahu bahawa Seungcheol menghabiskan masanya di sini sejak mereka bergaduh.

Melilaukan matanya ke sekitar bilik itu, akhirnya kornea matanya menangkap hujung rambut Seungcheol di penjuru bilik itu.

"Dia duduk situ? Tak sakit ke?"

Risau pula Jeonghan melihat keadaan itu.

Dengan langkah yang senyap, Jeonghan merapati Seungcheol yang kini dilihat sedang menyembam mukanya di antara dua lututnya.

Bahunya yang tenang itu melegakan Jeonghan. Takut dia kalau nampak Seungcheol menangis.

Dia mendekati Seungcheol lalu melutut di sebelahnya. Tangannya tanpa teragak-agak naik mengusap rambut jejaka tertua itu.

Seungcheol tersentak merasai belaian di rambutnya lalu mengangkat kepala. Matanya membulat memandang Jeonghan yang tersenyum lembut itu.

"H -Han.."

Jeonghan menurunkan tangannya dari terus mengusap Seungcheol.

Tanpa dia sangka, Seungcheol mengubah posisinya ke melutut lalu menyembam mukanya di hadapan Jeonghan.

"A -aku minta maaf, H -Han. A -aku tahu aku bersalah s -sebab tipu kau. A -aku minta maaf sebab r -rahsiakan i -identiti aku"

Ucapan Seungcheol membuatkan Jeonghan terkedu.

"T -tak wait Cheol, woi, jangan s -sujud depan aku woi!" Tergelabah Jeonghan seketika.

Dia menarik badan Seungcheol dari terus bersujud di hadapannya.

Mengangkat kepala Seungcheol yang kini dibasahi air mata, dia tersenyum nipis.

Dia kemudiannya memeluk Seungcheol. Sambil menepuk-nepuk belakang badan sang ketua, Jeonghan berkata,

"Bukan salah kau sorang Cheol, salah aku juga. Kalau aku tak dengar penjelasan Minghao, sampai sekarang aku rasa kita bermusuh tanpa sebab yang kukuh. Aku tahu kau ada alasan kenapa kau rahsiakan segalanya. Don't be like this, please."

Jeonghan mengelap air mata Seungcheol yang masih bersisa di pipinya.

"Aku tahu kau rasa bersalah. But, don't blame yourself please. Aku dah tahu cerita sebenar dan sekarang aku tak kan salahkan kau lagi. You deserve everything Cheol. A -aku minta maaf" luah Jeonghan lagi.

"A -aku minta maaf sebab tak dengar penjelasan kau. A -aku minta maaf sebab tampar kau tanpa usul periksa. A -aku minta maaf sebab biarkan ego aku melebihi segalanya. Selama tiga hari ini, aku tahu aku juga bersalah dan aku rindukan perangai hanat kau. A -aku tak sanggup musnahkan persahabatan yang kita bina ini kerana satu rahsia."

Jeonghan menggenggam tangan Seungcheol.

"A -aku minta maaf sebab jauhkan diri dari kau. Aku tak tahu apa yang rasuk aku untuk abaikan kau selama ini. Aku biarkan kau dengan perasaan bersalah sendirian. Forgive me, Seungcheol"

Seungcheol tersenyum mendengar ayat Jeonghan lalu kembali memeluk jejaka itu.

"Kita berdua salah, Han. Aku cuma harap persahabatan ini terus kekal. Itu je aku pinta"

Jeonghan mengangguk memahami.

"We start again?"

Jeonghan tersenyum. Dia mengangguk lagi.

"Of course."

"Selesai pun. Ingat nak gaduh lama lagi"

Suara seseorang di muka pintu menarik perhatian dua jejaka itu.

Imposibble Secret •S.VT•Where stories live. Discover now